omniture

Bullard Bakal Terima Pensijilan Sirim Malaysia untuk Model Topi Keselamatan S61 FlexGen, Stok Tersedia Sekarang

Bullard
2023-07-27 16:20 12

SINGAPURA, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Bullard, pengeluar kelengkapan perlindungan diri yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa model topi keselamatan S61 FlexGen™ miliknya menerima pensijilan SIRIM daripada Malaysia, seraya mengesahkan pematuhannya mengikut piawaian keselamatan tempatan.

"Kami berbesar hati menerima pensijilan SIRIM untuk model S61 FlexGen™ kami," kata Wells Bullard, Ketua Pegawai Eksekutif Bullard. "Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan keazaman kami untuk menawarkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pekerja dan syarikat di Malaysia dan selanjutnya. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Polyscientific, pengedar kami yang dipercayai di Malaysia, untuk membawakan model S61 FlexGen™ dan produk-produk Bullard yang lain kepada pelanggan di rantau ini."

Vincent Lee, Pengarah Perniagaan Antarabangsa Bullard menambah: "Topi keselamatan S61 FlexGen™ merupakan contoh terbaik komitmen Bullard untuk mereka bentuk produk yang menggabungkan keselesaan, gaya serta keselamatan. Sistem ampaian unik topi keselamatan ini - FlexGen™, reka bentuk yang ringan dan pilihan yang boleh disesuaikan menjadikannya pilihan terbaik untuk pekerja dalam pelbagai industri, bermula daripada pembinaan dan perlombongan hingga minyak dan gas serta banyak lagi."

Topi keselamatan S61 FlexGen™ dibuat di AS dan menampilkan reka bentuk diperkemas dan moden yang menawarkan perlindungan dan gaya yang unggul. Sistem ampaian termajunya memberi keselesaan dan kestabilan maksimum, manakala pilihannya yang boleh disesuaikan membolehkan pekerja memperibadikan peralatan mereka bagi memenuhi keperluan dan keutamaan mereka.

Matt King, Pengurus Produk Global Bullard untuk Perlindungan Kepala dan Muka mengulas: "Topi keselamatan S61 FlexGen™ direka bentuk untuk memberi perlindungan dan keselesaan sebaik mungkin kepada pekerja dalam persekitaran yang mencabar. Kami teruja melihatnya mendapat pengiktirafan dan penerimaan di Malaysia serta pasaran-pasaran lain di tempat Bullard beroperasi.

Hong Yee Seah, Ketua Pegawai Eksekutif Polyscientific, pengedar Bullard Malaysia, menambah: "Kami teruja untuk membawakan model S61 FlexGen™ dan produk-produk Bullard yang lain kepada pelanggan kami di Malaysia. Reputasi Bullard terhadap kualiti dan inovasi, digabungkan dengan jaringan luas dan kepakaran Polyscientific, akan membantu kami memenuhi keperluan syarikat dan pekerja dalam pelbagai industri. Kami mengharapkan perkongsian yang membuahkan hasil bersama Bullard dan untuk menyumbang kepada pertumbuhan pasaran PPE di Malaysia."

Topi keselamatan S61 FlexGen™ kini boleh didapati di Malaysia, selepas selesainya proses pensijilan SIRIM. Bullard dan Polyscientific komited untuk menyediakan penghantaran dan sokongan yang tepat pada masanya dan cekap kepada pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang topi keselamatan S61 FlexGen™, sila kunjungi https://apac.bullard.com/hard-hats/flexgen/

Jingyi Zhang
jingyi_zhang@bullard.com
Tel: +65 6745 0556

Source: Bullard
Keywords: Mining/Metals Oil/Energy Utilities