omniture

Pekerja dan Pengedar Herbalife Menghabiskan Masa Lebih 3,200 Jam Menyumbang Kembali kepada Masyarakat Di Seluruh Asia Pasifik Pada Bulan Tujuan Global

Herbalife Asia Pacific
2023-07-27 17:43 108

HONG KONG, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat kesihatan dan kesejahteraan terulung Herbalife melabuhkan tirai Bulan Tujuan Global anjurannya (Global Month of Purpose) pada hari ini di seluruh Asia Pasifik. Pekerja dan pengedar Herbalife menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menghabiskan masa lebih 3,200 jam mulai April hingga Jun, dengan menjadi sukarelawan dalam pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada orang ramai dan alam sekitar, di Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 

"Inisiatif Bulan Tujuan Global ini melengkapkan program mantap kami untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan, mencipta peluang tambahan bagi membolehkan pekerja dan pengedar kami menjadi sukarelawan demi tujuan yang wajar," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau untuk Asia Pasifik dan China di Herbalife. "Sama ada ia merupakan hadiah berbentuk masa dengan menjadi sukarelawan di program Casa Herbalife tempatan, menyokong dapur makanan kejiranan atau mengutip sampah dari pantai, pekerja dan pengedar kami terus melaksanakan usaha yang positif bagi menambah baik komuniti dan planet kita."

Aktiviti sukarela yang dijalankan oleh pekerja dan pengedar Herbalife di seluruh rantau Asia Pasifik selari dengan agenda Tanggungjawab Global syarikat ini, memfokuskan untuk memberi impak sosial dan alam sekitar yang positif. Bagi menggalakkan kesukarelawanan, Herbalife menawarkan 16 jam masa cuti berbayar setiap tahun untuk pekerjanya bagi melaksanakan perkhidmatan komuniti.

Pekerja Herbalife di Filipina menyediakan makanan panas untuk orang yang memerlukan
Pekerja Herbalife di Filipina menyediakan makanan panas untuk orang yang memerlukan

Semasa Bulan Tujuan Global pada tahun ini, kebanyakan aktiviti di seluruh Asia Pasifik memberi tumpuan untuk membantu masyarakat yang terabai, seperti menyediakan makanan berkhasiat dan bersukan dengan kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik yang dijaga melalui Program Herbalife Casa, yang disokong oleh Herbalife Nutrition Foundation.

Khidmat sukarela yang lain termasuk lawatan ke sebuah sekolah kanak-kanak cacat mental oleh pekerja dan pengedar Herbalife di Vietnam, yang bermain permainan dan memberi hadiah kepada kanak-kanak. Di samping itu, sukarelawan Herbalife di Filipina menyumbangkan masa mereka untuk membantu Rise Against Hunger menyediakan hidangan panas untuk 2,500 orang yang memerlukan.

Sukarelawan Herbalife di Taiwan mengumpulkan 183kg sampah semasa acara pembersihan pantai.
Sukarelawan Herbalife di Taiwan mengumpulkan 183kg sampah semasa acara pembersihan pantai.

Pembersihan pantai, kitar semula sabun dan penanaman pokok merupakan antara aktiviti sukarela yang memberi impak alam sekitar yang positif. Khususnya, semasa pembersihan pantai di Taiwan, sukarelawan Herbalife mengutip sampah seberat 183kg secara keseluruhan. Di Indonesia, pekerja Herbalife mengunjungi cawangan pengumpulan rakan kongsi tanggungjawab global syarikat, Plastic Bank, yang melaluinya mereka mendapat tahu tentang keperluan mendesak untuk menghentikan plastik di laut, sekali gus turut membantu mengumpul sisa plastik.

Inisiatif Bulan Tujuan Global menyumbang kepada matlamat Herbalife untuk memberi 50 juta impak positif yang dapat memupuk orang ramai dan planet kita menjelang tahun 2030, ulang tahun ke-50 syarikat ini.

Latar Belakang Herbalife Ltd.

Herbalife (NYSE: HLF) ialah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai melalui produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang disokong oleh sains kepada pengguna dalam lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif demi menjalani kehidupan yang terbaik.

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources