-- Perluasan ke 13 lokasi MCP (Platform Awan Terurus) memberikan Dimension Data kehadiran awan bertaraf syarikat terbesar di dunia
SAN FRANCISCO, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dimension Data, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian ICT global bernilai USD 6 bilion, hari ini mengumumkan yang tiga pusat data awan global baharu akan memulakan operasinya bagi menangani permintaan berterusan untuk perkhidmatan awan bertaraf syarikat di Toronto, Kanada; Auckland, New Zealand; dan bulan hadapan di Sao Paulo, Brazil. Penambahan lokasi Platform Awan Terurus (MCP) baharu itu akan menjadikan MCP Awam Dimension Data peringkat global berjumlah sebanyak 13 lokasi dengan pusat data berbilang di setiap rantau negara benua Amerika, gugusan Eropah, Timur Tengah serta Afrika, rantau Asia Pasifik dan juga rantau Australia.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120402/NE80686LOGO
Pelancaran MCP baharu itu menyusuli pengumuman yang dibuat hari ini oleh Cisco yang menyatakan ia akan menggunakan Platform Awan Terurus (MCP) Dimension Data dan penyelesaian SaaS bagi menyediakan set perkhidmatan awan berpusatkan pasaran tengah kepada para pelanggan dan penjualnya. Menurut kenyataan itu Dimension Data akan menguruskan dan turut mengendalikan tawaran Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) untuk Cisco, yang akan diberkaskan bersama bagi menyediakan penyelesaian awan hibrid yang dibezakan.
MCP Dimension Data mengehoskan perkhidmatan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) awan awam dan perkhidmatan Pengehosan Terurus syarikat itu. Setiap MCP memberikan pengguna akhir di rantau itu akses kependaman rendah kepada perkhidmatan awan persendirian awam, peribadi dan terhos bertaraf syarikat yang selamat dan andal.
Steve Nola, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan ITaaS Dimension Data berkata: "Pengumuman hari ini dibuat berikutan sebilangan pencapaian tanda aras signifikan baru-baru ini oleh Dimension Data dalam ruang awan. Ini termasuklah pemerolehan Teleris, penyedia perkhidmatan komunikasi visual berasaskan awan, pelantikan kami sebagai penyedia awan diperakui SAP dan pengehosan pada peringkat global, serta penyedia perkhidmatan awan persendirian Microsoft pada platform awannya sendiri.
"Brazil, Kanada serta New Zealand merupakan perluasan baharu yang signifikan kepada kemampuan MCP kami dan menunjukkan pemecutan dalam kadar pewujudan pusat tambahan. Mewujudkan tujuh MCP baharu dalam hanya 12 bulan sudah hampir menggandakan jejak kami. Perluasan menjadi 13 lokasi MCP memberikan Dimension Data kehadiran awan bertaraf syarikat yang terbesar di dunia, dan merupakan bukti permintaan global yang semakin meningkat daripada pelanggan baharu serta pelanggan sedia ada," kata Nola.
Dimension Data menawarkan penyelesaian Pengkomputeran sebagai Perkhidmatan (CaaS) awan awam dan persendirian yang menyediakan khidmat layan diri berprestasi tinggi, pengkomputeran berasaskan awan, simpanan dan sumber perangkaian. Tidak seperti penyedia awan lain yang cuba menjadi sebaiknya, Dimension Data menyediakan perkhidmatan awan dengan SLA yang mantap, perangkaian yang boleh dikonfigurasi serta sistem keselamatan dan berprestasi tinggi bagi menyokong SaaS penghasilan dan juga aplikasi web, aplikasi syarikat, seperti SAP, serta ujian dan pembangunan.
Semua MCP Awam Dimension Data sedia digunakan oleh syarikat, menawarkan berbilang lapisan keselamatan, kawalan pentadbiran, SLA dengan 99.99 peratus ketersediaan dalam Awan Awam, sokongan telefon 24 jam sehari, tujuh hari seminggu serta kemampuan pengurusan bersepadu.
Lawati www.dimensiondata.com/cloud untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dimension Data dan tawaran pengkomputeran awannya.
Latar belakang Dimension Data
Setelah ditubuhkan pada tahun 1983, Dimension Data plc ialah penyedia perkhidmatan dan penyelesaian ICT yang menggunakan kepakaran teknologinya, kemampuan penyediaan perkhidmatan globalnya serta semangat keusahawanannya untuk mempercepat pencapaian cita-cita perniagaan pelanggan mereka. Dimension Data ialah ahli NTT Group. www.dimensiondata.com
Bagi maklumat lanjut
Hilary King, Pengurus Perhubungan Awam Global
Dimension Data plc
Tel: +27 11 575 6728
Telefon Bimbit: +27 82 414 9623
Hilary.king@dimensiondata.com