omniture

Coway Keluarkan Laporan Kelestarian 2023

Coway Co., Ltd.
2023-07-28 13:33 20

SEOUL, Korea Selatan, 28 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengeluarkan Laporan Kelestarian Coway edisi 2023. Laporan berkenaan memberi gambaran yang komprehensif tentang kemajuan syarikat ke arah mencapai matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urusnya (ESG) serta komitmennya yang berterusan untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan dalam masa yang sama mencipta nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan.

"Kami berbesar hati untuk mendedahkan laporan kelestarian ke-18 kami, mengesahkan komitmen teguh kami terhadap amalan lestari dan memperkenalkan visi pengurusan ESG baharu kami untuk menjadi 'Syarikat Menjaga Bumi Lebih Baik' ('Company Caring for a Better Earth')," kata Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Jangwon Seo. "Visi ini menetapkan hala tuju yang jelas untuk inisiatif Coway dan akan memandu kami untuk menjadi pelopor dalam perjalanan kami menuju masa depan yang lebih lestari."

Laporan Kelestarian Coway 2023 merupakan edisinya yang ke-18. Penerbitan sulungnya adalah pada tahun 2006 dan ia mempunyai laman web khususnya sejak tahun 2015.

Pada tahun ini, Coway memperkenalkan penilaian kematanan berganda bagi menilai impak isu-isu kelestarian ke atas perniagaan dan kesan aktiviti perniagaan terhadap masyarakat dan alam sekitar. Laporan tersebut turut menilai pematuhan rantaian bekalan dengan inisiatif ESG Coway itu sendiri dan menggariskan status semasa isu-isu ESG yang penting dan baru muncul.

Coway Sustainability Report 2023
Coway Sustainability Report 2023

Laporan Kelestarian Coway pada tahun ini menonjolkan tiga tugas keutamaan ESG penting yang dikenal pasti melalui kolaborasi bersama Jawatankuasa ESG. Tugas-tugas ini termasuk mewujudkan sistem pengurusan mesra alam, memperjuangkan hak asasi manusia dan kepelbagaian serta menjamin tadbir urus yang mampan. Dengan melaksanakan tugas-tugas ini, Coway bermatlamat untuk mengumpul dan merangkumkan maklum balas pihak berkepentingan secara berkesan sekali gus memupuk budaya inovasi yang berterusan dalam perjalanannya menuju kecemerlangan ESG.

Di samping itu, laporan berkenaan meneliti prestasi pengurusan mampan Coway dalam domain-domain kritikal iaitu Alam Sekitar, Masyarakat dan Tadbir Urus.

Salah satu sasaran prestasi yang paling penting ialah misi syarikat untuk mengurangkan emisi karbon kepada separuh menjelang tahun 2030 berbanding tahun 2020. Strategi Coway tertumpu pada peralihan sumber tenaga lestari dan amalan yang mesra alam dalam seluruh pembangunan produk serta pengurusan kitar hayat.

Beberapa kejayaan penting yang ditonjolkon dalam laporan tersebut bagi tahun 2022 termasuk loji janakuasa solar kedua, penambahbaikan dari segi kecekapan penggunaan tenaga dan penyepaduan bahan-bahan yang lebih mesra alam ke dalam produk Coway.

Coway tetap komited terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, berinteraksi dengan masyarakat setempat melalui aktiviti yang bermakna. Beberapa inisiatif penting termasuk sumbangan pembersih air dan udara kepada komuniti yang kekurangan sumber dan hutan rakyat untuk memulihara biodiversiti. Di samping itu, syarikat ini menunjukkan komitmennya kepada kepelbagaian dan keterangkuman dengan menubuhkan pasukan bola keranjang berkerusi roda pertama Korea yang dimiliki oleh sebuah syarikat sektor swasta, 'BlueWheels Basketball Team.'

Bagi mengukuhkan amalan tadbir urus, Coway melantik lembaga pengarah bebas wanita baharu yang meningkatkan kepelbagaian jantina dan mendorong perspektif yang pelbagai dalam membuat keputusan di peringkat eksekutif.

Teks penuh Laporan Kelestarian Coway 2023 boleh didapati di sini.

Latar Belakang Coway Co., Ltd. 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household Products Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research