omniture

Weihai Lancar Rancangan Kolaboratif Pertama China Wujudkan Bandar Mesra-Pandu-Sendiri

CRIOnline
2023-07-28 14:07 9

WEIHAI, China, 28 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada CRIOnline: 

Semasa Persidangan Pengembara Pandu-Sendiri Di Jalan Raya Seribu Batu Gunung dan Laut (Thousand Miles of Mountains and Sea On-road Self-drive Traveler Conference) 2023 baru-baru ini, satu inisiatif telahpun diperkenalkan oleh Weihai. Inisiatif ini menandakan pelancaran rancangan kolaboratif pertama di China untuk mewujudkan sebuah bandar mesra-pandu-sendiri. Acara berkenaan menyaksikan pelancaran di lapangan Declaration on G228 China's Most Beautiful Coastal Highway (Weihai) (Pengisytiharan Lebuh Raya Pantai Paling Indah China G228 (Weihai)) oleh persatuan-persatuan industri perkhemahan pandu-sendiri yang mewakili wilayah-wilayah dan kawasan-kawasan autonomi sepanjang Lebuh Raya Kebangsaan China 228 (G228). 

G228, lebuh raya pantai yang indah terbentang di seluruh China dari utara ke selatan, diiktiraf secara meluas sebagai laluan pantai China yang paling indah. Segmen Weihai daripada G228 memainkan peranan penting dalam lebuh raya pelancongan tentuan yang dibincangkan di persidangan itu. Pengisytiharan berkenaan menggariskan set tugas komprehensif yang melibatkan terutamanya pewujudan mekanisme kerjasama untuk mengintegrasikan pengangkutan dan pelancongan sepanjang G228. Ia turut menekankan promosi tapak-tapak terkenal sepanjang laluan yang menakjubkan ini, serta penganjuran aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) kebudayaan dan kreatif dengan tumpuan spesifik terhadap G228.   

Weihai, dengan kerjasama Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan Penyeragaman untuk Riadah serta China Tourism Automobile and Cruise Association, bersiap sedia untuk mewujudkan bandar mesra-pandu-sendiri pertama China. Kerjasama berkenaan bertujuan untuk menawarkan bilangan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang lebih banyak untuk pelancong pandu-sendiri di seluruh negara ini serta menggalakkan kemajuan dalam industri pelancongan.

Source: CRIOnline
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Transportation Travel Trade show news