LOS ANGELES, 28 Julai 2023 /PRNewswire/ -- THINKCAR Tech telah mencapai kejayaan penting dengan mengumpul lebih 600,000 pengguna teras setakat Julai 2023, satu bukti kepada pendekatan pembangunan produknya yang bertumpukan pengguna. Syarikat ini terus melabur dalam pembangunan berbilang saluran bagi mencapai matlamat kelab sejuta pengguna. Sejak penubuhannya, THINKCAR Tech komited untuk mencipta produk teknologi yang memenuhi keperluan sebenar pengguna dan menyelesaikan masalah utama mereka, menggunakan teknologi termaju dan reka bentuk cemerlang.
THINKCAR Tech Achieves 600,000 Core Users in Three Years, Expands Globally with Multi-Channel Approach
Bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, THINKCAR Tech memperluaskan kehadiran pasaran globalnya dengan menubuhkan pejabat-pejabat di Amerika Syarikat, Asia, Eropah dan wilayah-wilayah lain. Syarikat ini turut mengutamakan pembinaan dan penyebaran imej jenamanya, mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa serta forum industri bagi meningkatkan kesedaran jenamanya. Dalam separuh pertama tahun 2023, syarikat ini mengambil bahagian dalam 15 pameran profesional antarabangsa di seluruh Amerika, Eropah dan Asia, menjalin hubungan yang kukuh bersama bakal pelanggan, rakan kongsi dan juga pakar industri.
Dipacu oleh inovasi teknologi, THINKCAR Tech melabur dalam teknologi termaju seperti kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan data raya, membawa kepada penciptaan teknologi diagnostik canggih yang inovatif dalam industri ini. Syarikat ini memperoleh lebih 260 unit harta intelek dan melancarkan peralatan diagnostik jarak jauh video automotif yang merevolusikan industri diagnostik. Peralatan ini membolehkan komunikasi suara dan video masa-sebenar antara juruteknik penyelenggaraan, pakar penyelenggaraan dalam talian dan peniaga perkhidmatan, lalu meluaskan teknologi pembaikan dan diagnostik canggih dari bandar-bandar tempatan ke seluruh negara, malah ke serata dunia.
Dalam separuh kedua tahun 2023, THINKCAR Tech merancang untuk melengkapkan pelaksanaan pusat servis dalam talian globalnya dan pelayan pengkomputeran awan di lebih 10 negara dan wilayah di seluruh dunia. Syarikat ini juga akan terus mengembangkan pengaruh globalnya dengan mengambil bahagian secara aktif dalam beberapa pameran antarabangsa termasuk Auto Parts & Aftermarket di Frankfurt (Moscow, Auto Korea, Auto Parts & Aftermarket di Frankfurt (Afrika Selatan), Bus & Truck Show di Yangon (Myanmar), Frankfurt Show di Shanghai dan Dubai (Emiriah Arab Bersatu).
Nantikan perkembangan terkini THINKCAR Tech dengan mengunjungi laman web rasmi: www.thinkcar.com