omniture

Kumpulan FWD mengumumkan nama baru dan CEO untuk perniagaan insurans hayatnya di Malaysia

FWD Group Holdings Limited
2023-07-28 15:29 28

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Julai 2023 /PRNewswire/ -- FWD Group Holdings Limited ("Kumpulan FWD" atau "syarikat") telah mengumumkan Aman Chowla sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk perniagaan insurans hayatnya di Malaysia. Syarikat ini juga telah mengumumkan penukaran nama perniagaan kepada FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance") dari Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN").

Kumpulan FWD mengumumkan nama baru dan CEO untuk perniagaan insurans hayatnya di Malaysia
Kumpulan FWD mengumumkan nama baru dan CEO untuk perniagaan insurans hayatnya di Malaysia

Pengembangan dan perluasan lanjut nama dan jenama FWD di Malaysia diraikan pada hari ini di majlis makan tengah hari komuniti perniagaan di Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan sebahagian acara delegasi ke Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China, Yang Hormat Encik John KC Lee GBM, SBS, PDSM, PMSM dan dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong,  diketuai oleh Pengerusinya, Dr Peter KN Lam, GBM, GBS.

Delegasi ini turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan FWD, Professor Frederick Ma GBS, JP, dan Richard Li Tzar Kai, Pengerusi Pacific Century Group.

Perkembangan Kumpulan FWD di Malaysia adalah berikutan daripada pelaksanaan pelaburan syarikat baru-baru ini, bersama dengan pelabur-pelabur lain, dalam perniagaan yang sebelum ini dikenali sebagai Gibraltar BSN pada 3 April 2023.

"Kami gembira mengalukan kedatangan Aman ke FWD untuk memimpin dan memperluas perniagaan insurans hayat kami di Malaysia," kata Binayak Dutta, Pengarah Urusan, Pasaran Baru Muncul dan Ketua Pegawai Pengedaran Kumpulan FWD. "Ini adalah masa yang tepat untuk  memperkenalkan jenama FWD kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan menawarkan perkhidmatan yang komprehensif di negara ini. Aman adalah seorang veteran industri yang berpengalaman dan mempunyai kejayaan yang cemerlang di Malaysia. Kami berharap kepakarannya yang mendalam dalam pasaran yang penuh dengan potensi pertumbuhan jangka panjang yang hebat dapat dimanafaatkan"

Encik Chowla mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri insurans hayat dan am. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi di syarikat insurans multinasional di rantau Asia Tenggara.

"Komitmen FWD untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans, bersamaan dengan rancangan pertumbuhan yang menarik di Malaysia, merupakan faktor penentu dalam keputusan saya untuk menyertai syarikat ini. Saya berharap dapat bekerjasama  dengan rakan sekerja baru saya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan FWD yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia," kata Encik Chowla.

Kumpulan FWD pertama kali memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019 sebagai penyedia produk takaful keluarga melalui FWD Takaful Berhad. Pada tahun yang sama, syarikat telah menubuhkan pusat teknologi dan inovasi serantau di Kuala Lumpur, dengan tumpuan pada penyampaian teknologi terbaik dalam kelas dan menyokong inovasi di seluruh perniagaan Kumpulan FWD. Dengan penubuhan FWD Insurance pada tahun 2023, syarikat kini mampu menawarkan perkhidmatan penuh di Malaysia, dengan penyelesaian takaful keluarga dan insurans hayat.

Mengenai Kumpulan FWD 
Kumpulan FWD ("FWD") adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan lebih daripada 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. FWD menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun 2023. FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.

Source: FWD Group Holdings Limited
Related Stocks:
LSE:FWD
Keywords: Banking/Financial Service Health Insurance Insurance Corporate Expansion Personnel announcements