omniture

Kajian Susulan 8 Tahun Baru Diterbitkan Sahkan Keselamatan, Keberkesanan serta Ketahanan Stretta dalam Rawatan GERD

Mederi Therapeutics
2014-05-21 21:34 93

NORWALK, Connecticut, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Kajian tinjauan sejawat baru diterbitkan yang menilai terapi Stretta®, mengesahkan lagi keberkesanan jangka panjang rawatan tanpa pembedahan ini untuk penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Kajian selama 8 tahun ini yang diterbitkan dalam Gastroenterology Research and Practice, bertajuk "Ketahanan Rawatan Radiofrekuensi Stretta untuk GERD: Keputusan Kajian Susulan Selama 8 Tahun" mengukuhkan penemuan satu lagi kajian jangka panjang yang baru diterbitkan tentang Stretta dengan susulan 10 tahun.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794

Kajian baharu ini, yang ditulis oleh Dr. Luca Dughera, Dr. Maria De Cento, Dr. Paola Cassolino, serta Dr. Fabio Cissaro daripada City of Health and Sciences Hospital, Turin, Itali, dan juga Gianluca Rotondano daripada Hospital Maresca, Naples, Itali, menyimpulkan Stretta ialah rawatan yang selamat dan berkesan dengan hasil yang tahan lama. Kesimpulan ini adalah untuk pesakit yang tidak mendapat kawalan yang memuaskan terhadap simptom GERD setelah menjalani terapi PPI, dan juga pesakit yang memilih pilihan rawatan yang kurang invasif berbanding pembedahan.

"Antara pelbagai penemuan penting dalam kajian ini, salah satu penemuan yang paling signifikan ialah esofagus Barrett atau esofagitis erosif langsung tidak kelihatan dalam populasi susulan 8 tahun kemudian," ujar Dr. Dughera. "Penemuan ini menjelaskan dengan kawalan simptom yang bagus, Stretta dapat mengurangkan kebergantungan pesakit terhadap ubat-ubatan, di samping mengurangkan kesan berbahaya pendedahan asid esofagus berpanjangan, yakni punca utama penyakit Barrett dan esofagitis. Malah, dalam kajian ini, 76.9 peratus daripada jumlah pesakit masih tidak menjalani terapi PPI pada susulan 8 tahun itu," kata Dr. Dughera. "Stretta merupakan pilihan rawatan tanpa pembedahan yang amat bernilai bagi merawat GERD," beliau berkata lagi.

Stretta menggunakan tenaga radiofrekuensi (RF) dengan kuasa dan suhu rendah bagi membentuk semula otot sfinkter esofagus bawah, seterusnya mengurangkan GERD dan simptomnya.

"Kajian susulan 8 tahun ini memperoleh data untuk ditambahkan kepada data jangka panjang yang sedang dikumpulkan, yang kini melibatkan kajian selama 10 tahun, 8 tahun dan juga tiga kajian 4 tahun susulan, serta 30 kajian lain dengan pelbagai tempoh susulan, lalu menjadikan Stretta rawatan tanpa pembedahan untuk GERD yang paling banyak dikaji setakat ini," ujar Will Rutan, Ketua Pegawai Eksekutif Mederi Therapeutics, pencipta Stretta. "Hasil yang diperoleh daripada kesemua kajian jangka panjang ini tetap menunjukkan tahap keselamatan, keberkesanan serta ketahanan rawatan ini yang luar biasa," Rutan berkata pula. Pada Februari 2013, Stretta berjaya meraih pengesyoran tertinggi GRADE (Gred Pengesyoran, Pentaksiran, Perkembangan serta Penilaian) daripada Persatuan Pakar Bedah Gastrousus dan Endoskopi Amerika (SAGES) dalam Garis Panduan Klinikal untuk rawatan GERD Endoluminal.

Stretta akan dipaparkan menerusi demonstrasi kes secara langsung ketika acara Endolive Roma yang akan datang di Rom, Itali pada 22 dan 23 Mei, www.endoliveroma.it, dan juga di GEEW di Brussels, Belgium pada 23 hingga 25 Jun, www.live-endoscopy.com.

Bagi mendapatkan kajian penuh, layari http://www.hindawi.com/journals/grp/2014/531907/

Maklumat lanjut tentang Stretta boleh didapati di stretta-therapy.com.

LATAR BELAKANG STRETTA® DAN MEDERI®

Stretta merupakan rawatan pesakit luar yang invasif secara minimum untuk GERD yang melibatkan penyaluran tenaga RF kepada LES dan kardium gastrik. Rawatan ini merupakan alternatif yang selamat serta berkesan bagi terapi ubat-ubatan jangka panjang atau pembedahan dan turut dilindungi oleh pelbagai pelan insurans.

Mederi Therapeutics mengeluarkan Stretta dan Secca – peranti inovatif yang menyalurkan tenaga RF bagi merawat penyakit pencernaan. Terapi Mederi boleh didapati di seluruh dunia.

Hubungi: Julia Brannan
+1-908-464-2470
julia@pascalecommunications.com

Source: Mederi Therapeutics
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news