omniture

Pusat Pengajian Perniagaan IMD Siarkan Kedudukan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2014

IMD International
2014-05-22 00:01 147

LAUSANNE, Switzerland, 22 Mei 2014 /PRNewswire/ --

AS mendahului, Eropah pulih manakala pasaran besar baru muncul pula sedang bergelut

IMD, pusat pengajian perniagaan global yang terkemuka dan terletak di Switzerland, hari ini mengumumkan kedudukan daya saing dunia tahunannya. Sebagai sebahagian daripada pemeringkatan 60 ekonomi teratas bagi tahun 2014, Pusat Daya Saing Dunia IMD turut menilai persepsi setiap negara sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140522/687031-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140522/687031-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140522/687031-c)

"Kisah daya saing keseluruhan bagi tahun 2014 merupakan salah satu kejayaan berterusan di AS, pemulihan separa di Eropah dan juga pergelutan bagi beberapa pasaran besar baru muncul," ujar Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD. "Tiada rahsia untuk sesebuah negara itu menaiki tangga kedudukan daya saing tersebut dan kebanyakannya adalah bergantung pada konteks tempatan."

Sorotan pemeringkatan bagi tahun 2014

AS berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 pada tahun 2014, lalu memperlihatkan daya tahan ekonominya, jumlah pekerjaan yang lebih baik serta penguasaannya dalam bidang teknologi dan infrastruktur.

Tidak banyak perubahan yang dilihat dalam kalangan kedudukan sepuluh teratas. Negara ekonomi yang kecil seperti Switzerland (2), Singapura (3) serta Hong Kong (4) terus meraih keuntungan menerusi eksport, kecekapan perniagaan dan juga inovasi.

Eropah meraih kedudukan lebih baik berbanding tahun lalu hasil daripada pemulihan ekonomi secara beransur-ansur. Denmark (9) berada dalam kedudukan sepuluh teratas, berserta Switzerland, Sweden (5), Jerman (6) dan juga Norway (10). Dalam kalangan negara ekonomi Eropah yang lebih kecil, Ireland (15), Sepanyol (39) serta Portugal (43) berjaya menaiki tangga kedudukan, manakala Itali (46) dan Greece (57) pula jatuh.

Jepun (21) terus menaiki anak tangga, hasil daripada mata wang lebih lemah yang telah menambah baik daya saingnya di luar negara. Bagi negara lain di Asia, Malaysia (12) dan Indonesia (37) berjaya meraih keuntungan, berbanding Thailand (29) yang terus jatuh disebabkan oleh ketidaktentuan politiknya.

Kebanyakan pasaran besar baru muncul menurun daripada segi kedudukannya memandangkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan asing menjadi perlahan manakala infrastruktur pula masih tidak mencukupi. China (23) juga jatuh, sebahagiannya adalah berpunca daripada persekitaran perniagaannya yang membimbangkan, manakala India (44) dan Brazil (54) pula mengalami masalah akibat pasaran tenaga kerja yang tidak cekap serta pengurusan perniagaan yang tidak berkesan. Turki (40), Mexico (41), Filipina (42) dan juga Peru (50) turut jatuh.

Berkenaan persepsi: Imej negara di luar negara

Tujuh daripada 10 negara teratas dalam kedudukan keseluruhan 2014 tersebut juga merupakan 10 teratas yang mempunyai imej luar negara bagi menggalakkan pembangunan perniagaan, menurut tinjauan IMD terhadap kalangan eksekutif yang ditempatkan di setiap negara tersebut. Secara umumnya, terdapat hubung kait yang kukuh antara kedudukan daya saing keseluruhan bagi sesuatu negara dengan imej antarabangsanya sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan (lihat jadual).

Para eksekutif di Singapura merupakan yang paling yakin terhadap imej luar negara bagi negara mereka, manakala Ireland, Chile, Qatar serta Korea Selatan pula kesemuanya adalah jauh lebih tinggi dalam kriteria ini berbanding kedudukan keseluruhan.

Sebaliknya, para eksekutif di AS, Perancis, Taiwan dan juga Poland pula meramalkan imej antarabangsa yang jauh lebih suram bagi negara mereka masing-masing. Keputusan oleh AS mungkin memperlihatkan konflik antarabangsa dan situasi politik domestik yang buntu, sementara persepsi Perancis terus menunjukkan reformasi yang perlahan serta sikap negatif negara tersebut terhadap globalisasi.

"Walaupun prestasi ekonomi berubah dari tahun ke tahun, persepsi bersifat jangka panjang dan berubah secara lebih berperingkat. Persepsi juga dapat menghasilkan imej yang lebih hebat serta prestasi ekonomi yang lebih baik," kata Bris. "Oleh itu, bagaimana para eksekutif melihat persepsi yang diterima oleh negara mereka merupakan panduan berguna dan berpotensi untuk pembangunan daya saing masa depan di negara masing-masing."

Kedudukan Buku Tahunan Daya Saing Dunia IMD mempunyai lebih 300 kriteria, berdasarkan petunjuk statistik dan tinjauan IMD terhadap 4,300 eksekutif antarabangsa. Mula diterbitkan pada tahun 1989, Buku Tahunan Daya Saing Dunia diiktiraf sebagai laporan tahunan terbaik tentang daya saing negara.

HUBUNGI

Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352, matthew.mortellaro@imd.org

SUMBER  IMD International

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education