omniture

CIB FinTech dan Huawei Bersama-sama Menang The Asian Banker's Award untuk Pelaksanaan Infrastruktur Data Terbaik di China

Huawei
2023-07-31 09:16 72

SHENZHEN, China, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Di Future of Finance China 2023, majalah kewangan antarabangsa yang berprestij The Asian Banker mendedahkan para pemenang bagi Financial Technology Awards pada tahun ini. Industrial Digital Financial Services Co., Ltd. (ringkasnya, CIB FinTech) dan Huawei Technologies Co., Ltd. (ringkasnya, Huawei) bersama-sama memenangi anugerah Pelaksanaan Infrastruktur Data Terbaik dalam kategori ini.

CIB FinTech and Huawei Jointly Win The Asian Banker's Award for Best Data Infrastructure Implementation in China.
CIB FinTech and Huawei Jointly Win The Asian Banker's Award for Best Data Infrastructure Implementation in China.

Ketika ini, industri kewangan sedang menyaksikan inflasi yang sangat besar berhubung sejumlah besar data yang dihasilkan olehnya dan nilainya semakin meningkat dengannya. Institusi-institusi kewangan kini perlu memperoleh dan menggunakan data pada masa sebenar, lalu menimbulkan keperluan yang lebih tinggi terhadap aplikasi, tadbir urus dan sekuriti data.

Berdasarkan kepada Huawei Financial Data Intelligence Solution yang merangkumi produk perisian dan perkakasan seperti Kunpeng, Kylin, Huawei Cloud dan data lakehouse, CIB FinTech membina platform analisis bersepadu peringkat-perusahaan dan semua-senario. Sebagai asas teknikal perkhidmatan data layan diri, masa sebenar dan pintar, platform ini merangkumi sub-platform data, penjadualan, pengurusan dan perkhidmatan. Ia menggantikan sistem gudang data asal dan berfungsi sebagai teras baharu perkhidmatan data kumpulan, lalu menambah baik perkhidmatan data daripada empat aspek.

1.Memperkukuh keupayaan data asas
Berdasarkan kepada seni bina pengkomputeran teragih berskala-besar, platform analisis baharu ini mengintegrasikan gudang data kelompok, gudang data masa sebenar dan gudang data IoT bagi mencapai kebolehskalaan dan ketersediaan yang tinggi. Ia meningkatkan bilangan nod sebanyak 12 kali ganda dan memperbesar ruang ketersediaan yang tinggi sebanyak 20 kali ganda.

2.Mengupayakan aplikasi data dengan lebih baik
Dengan membina platform pembangunan kod-rendah, kumpulan ini menghasilkan graf hubungan data visual proses penuh. Ini memendekkan keluk pembelajaran dengan ketara dan mempermudah pembinaan aplikasi, lalu mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

3.Memperhalusi tadbir urus dan kawalan data
Peta data yang tepat dilukis untuk mengesan sumber data dan menilai nilai data dengan tepat. Melalui pengurusan data berbilang dimensi, kumpulan ini dapat mencipta penyelesaian pengurusan data yang berpandangan jauh.

4.Memperluas perkongsian keupayaan data
Kumpulan ini dapat memberi akses kepada penyewa dengan keupayaan storan data dan pengkomputeran, mencapai bekalan elastik, yang membolehkan jabatan perniagaannya mendapat pengalaman optimum dalam memperoleh dan menggunakan data.

Platform baharu ini meletakkan asas teknikal yang kukuh untuk Bank Perindustrian berurusan dengan pelbagai perniagaan secara lebih baik.

  • Kawalan risiko: Platform ini meningkatkan kecekapan bekalan data laporan penting sebanyak 51% agar berpuluh-puluh bilion transaksi boleh dianalisis dalam beberapa saat. Ini dapat membantu ibu pejabat menganalisis risiko dan mencegah penipuan dengan tepat.
  • Pemasaran: Bank memiliki model peruncitan tepat dioptimumkan bagi menampung berpuluh-puluh juta pelanggan. Dengan membina proses pemasaran digital gelung-tertutup, kempen pemasarannya memiliki berbilion-bilion interaksi masa-individu setiap tahun.
  • Teknologi: Kadar penggunaan semula antara muka awam dipertingkatkan sebanyak 10 kali ganda, mengurangkan kos R&D dengan ketara. Ketika ini, lebih daripada 300 sistem telah mengakses perkhidmatan data.

CIB FinTech dan Huawei bersama-sama membina semula platform data peringkat-perusahaan. Dengan bergantung pada infrastruktur digital yang membawakan keupayaan kawalan layan diri, penumpuan serta O&M pintar, platform ini meningkatkan nilai aset data, mengoptimumkan pengalaman perkhidmatan data dan mentransformasikan model kendalian dan keuntungan bank-bank, seterusnya meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi.

Huawei menyelami domain data dan tetap komited untuk meneroka senario baharu dan dalam masa yang sama berkolaborasi dengan pelanggan serta rakan kongsi untuk membantu institusi-institusi kewangan menaik taraf keupayaan data dan kecerdasan. Memanfaatkan Financial Data Intelligence Solution awan-data-AI-pengkomputeran tertumpu, Huawei mempercepatkan pengeluaran nilai data dan membantu institusi-institusi kewangan menginovasi perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Huawei Financial Data Intelligence Solution, sila rujuk https://e.huawei.com/en/industries/finance/data-intelligence

HUBUNGI: hwebgcomms@huawei.com

 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Data Analytics Financial Technology