omniture

CGTN: Chengdu Universiade menyatukan dunia dengan sukan

CGTN
2023-07-31 14:59 67

BEIJING, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Sukan Universiti Dunia Musim Panas Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) kali ke-31 dibuka secara rasminya di Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan, barat daya China, pada malam Jumaat, seperti yang diisytiharkan oleh Presiden Cina Xi Jinping.

Dua kali ditangguhkan ekoran kebimbangan terhadap COVID-19, Summer Universiade ketika ini menjadi pusat perhatian global.

Acara ini, yang berlangsung mulai 28 Julai hingga 8 Ogos, menarik minat sekitar 6,500 atlet dari lebih 113 negara dan wilayah untuk mengambil bahagian dalam 18 disiplin. Ia bukan sekadar sebuah acara sukan untuk anak muda di serata dunia, bahkan merupakan platform yang penting untuk pertukaran budaya.

Prihatin terhadap anak muda 

Presiden Xi, yang percaya bahawa golongan muda merupakan "masa depan negara kita dan juga dunia," menyatakan keprihatinan beliau ke atas mereka dalam banyak kesempatan.

"Bagi Parti dan juga negara ini, anak muda berhak mendapat perlindungan yang terbaik dan memikul harapan tertinggi kami. Mereka ibarat anak pokok yang tumbuh subur di Bumi yang akhirnya membesar menjadi pokok yang menjulang tinggi bagi memberi perlindungan kepada mereka yang memerlukan," kata beliau di sebuah acara untuk menyambut ulang tahun keseratus Liga Belia Komunis China pada tahun 2022.

Semasa bertemu pegawai-pegawai peringkat daerah negara ini pada tahun 2015, beliau menasihati anak muda supaya mengelakkan diri berjaga malam atau menjadi terlalu tertekan di tempat kerja.

Bagi ramai anak muda, Xi ibarat seorang rakan yang memberikan mereka inspirasi daripada kata-katanya.

"Kita harus mendidik dan membimbing golongan muda untuk melihat dunia dengan betul, untuk memahami keadaan negara secara komprehensif dan untuk memahami trend era ini," kata Xi dalam ucapan di sebuah perhimpunan untuk meraikan ulang tahun keseratus Gerakan Empat Mei pada Mei 2019.

"Anak-anak muda, semoga masa mudamu lebih bersinar dalam pengorbanan untuk negara, rakyat, bangsa Cina dan umat manusia," kata beliau sebelum mengakhiri ucapan tersebut.

Mempercepatkan pembinaan kuasa sukan yang utama

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China pada tahun 2012, China telah meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap tujuan sukan.

Ia berjanji untuk menjadi kuasa sukan yang terkemuka menjelang tahun 2050, menurut garis kasar rasmi yang dikeluarkan pada September 2019.

Mengambil maklum mengenai peranan kesihatan rakyat dalam pembangunan sosial dan kemakmuran negara, Xi menegaskan bahawa sukan merupakan cara yang penting untuk meningkatkan kesihatan rakyat dan kaedah penting untuk memenuhi aspirasi mereka demi kehidupan yang lebih baik serta menggalakkan pembangunan insan yang menyeluruh.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang diadakan dengan jayanya pada Februari dan Mac 2022 merupakan demonstrasi yang jelas, yang ketika itu matlamat China untuk melibatkan 300 juta orang dalam aktiviti ais dan salji menjadi kenyataan, dengan rasa puas hati rakyat ditingkatkan dengan jelas.

Bagi Chengdu, tempat sukan untuk acara Sukan itu akan turut memberi manfaat kepada orang ramai. Tatkala bandar tersebut berusaha untuk membangun menjadi sebuah bandar acara sukan yang terkenal di dunia, sejumlah besar tempat sukan baru dibina dan diubah suai, bagi membolehkan penduduk menikmati sukan secara percuma atau dengan bayaran yang rendah.

Menggalakkan pembelajaran bersama tamadun

Chengdu Universiade akan menyumbang untuk memupuk jalinan persahabatan antara atlet muda dan pelajar universiti dari dalam dan luar negara, menggalakkan pertukaran sesama rakyat dan pembelajaran bersama antara tamadun serta memajukan pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, menurut satu sidang media tentang persiapan untuk acara ini dalam bulan April.

Konsep sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia yang dicadangkan dan dijelaskan secara terperinci oleh Xi pada tahun 2017 di Palace of Nations di Geneva, Switzerland, merupakan jawapan China kepada cabaran dan masalah yang dihadapi oleh dunia.

Tatkala masyarakat antarabangsa memberi respons kepada krisis kesihatan awam yang belum pernah terjadi sebelum ini sambil berusaha untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, visi Xi telah diterima secara meluas di seluruh dunia.

Impian Chengdu Universiade juga selari dengan Inisiatif Tamadun Global, produk awam utama yang dicadangkan oleh Xi pada bulan Mac tahun ini.

"Negara-negara perlu mendukung prinsip-prinsip kesaksamaan, pembelajaran bersama, dialog dan keterangkuman antara tamadun serta membolehkan pertukaran budaya mengatasi keterasingan, pembelajaran bersama mengatasi pertembungan dan keterangkuman mengatasi rasa meninggi diri," kata Xi.

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports