omniture

REPT BATTERO perluas Pasaran Global untuk Sel Wending 320Aj dengan Sijil TÜV Tigaan Pertama Dunia

REPT BATTERO
2023-07-31 15:32 59

Syarikat Menjadi Peneraju dalam Sektor Sel Storan 320Aj menerusi Pengeluaran Besar-besaran Pertama Dunia Sel Wending 320Aj Bermula dalam S3

BEIJING, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- REPT BATTERO, penginovasi yang terkemuka bagi penyelesaian storan tenaga, mengumumkan pemerolehan tiga sijil antarabangsa yang berprestij daripada TÜV Rheinland, Jerman, iaitu, UL 1973, UL 9540A dan IEC 62619 untuk Sel Storan Tenaga Wending 320Aj perintis mereka. Menerusi sijil-sijil ini, REPT BATTERO telah mencapai kejayaan penting, mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam industri ini dan mengupayakan pengeluaran besar-besaran bateri 320Aj, seterusnya menyediakan akses yang berkesan kepada pasaran global.

REPT BATTERO Wending 320Ah battery cell
REPT BATTERO Wending 320Ah battery cell

Pendekatan proaktif syarikat ini dan komitmen terhadap standard tinggi membuka jalan kepada penembusannya ke dalam dua pasaran penting - Eropah dan Amerika. Awal tahun ini, syarikat ini menjalin perkongsian strategik dengan para pengusaha penting dalam pasaran Amerika Utara, termasuk perjanjian kerjasama dengan Powin yang bertujuan untuk mencapai kapasiti 3GWj. Di samping itu, REPT BATTERO menandatangani perjanjian bekalan sel storan tenaga disejukkan cecair 10GWj yang besar dengan pembangun teknologi storan tenaga AS, Energy Vault. Kolaborasi ini menunjukkan kepentingan storan tenaga yang semakin meningkat dalam pasaran global dan menonjolkan dedikasi syarikat ini untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif kepada industri storan tenaga yang berkembang pesat.

Mengulas tentang pencapaian syarikat ini, Naib Presiden REPT BATTERO, Dr. Min Hou menyatakan, "REPT BATTERO memberi tumpuan untuk mereka bentuk dan membangunkan bateri tenaga baharu seperti sel Wending 320Aj sekali gus menyediakan produk yang menjimatkan dan perkhidmatan kitaran penuh kepada pelanggan. Daya saing kami yang berterusan, berdasarkan kepada teknologi berbilang-platform yang inovatif dan tiga dimensi utama reka bentuk teras kutub, pembuatan ekstrem dan kilang mekanisme, memastikan produk kami memenuhi keperluan ketat pasaran-pasaran yang berbeza di dalam dan luar negara. Kami akan terus bekerja keras untuk sistem pengurusan dan pensijilan standard produk kami."

Sel storan tenaga Wending 320Aj menunjukkan kemajuan signifikan berbanding pendahulunya. Memanfaatkan teknologi termaju yang dibangunkan sendiri oleh REPT BATTERO, sel 320Aj mengekalkan saiz yang sama dengan sel segi empat sama 280Aj sambil memberi prestasi unggul dari segi ketumpatan tenaga yang tinggi, jangka hayat yang dilanjutkan serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat.

Memperoleh sijil TÜV tigaan - UL 1973, UL 9540A dan IEC 62619 - bukanlah satu kejayaan kecil dan melibatkan ujian yang ketat serta pematuhan terhadap standard keselamatan dan kualiti yang ketat. Sijil-sijil ini mengesahkan Sel Wending 320Aj REPT BATTERO mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan global, lalu memberi kedudukan kepada syarikat ini sebagai penyedia penyelesaian storan tenaga yang dipercayai dan andal di seluruh dunia.

Memandang ke hadapan, REPT BATTERO mempunyai rancangan yang bercita-cita tinggi. Dengan adanya sijil-sijil ini, REPT BATTERO kini serba lengkap untuk mencapai kejayaan yang penting dalam industri storan tenaga. Tatkala syarikat ini mendapat akses ke pasaran antarabangsa, ia bersedia untuk memacu inovasi, memenuhi permintaan tenaga global dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan penyelesaian tenaga mampan.

Latar Belakang REPT BATTERO

REPT BATTERO Energy Co., Ltd. (disingkatkan sebagai REPT BATTERO), ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan perusahaan pertama yang dilaburkan oleh TSINGSHAN Industry dalam bidang tenaga baharu. Berdasarkan kekayaan sumber lombong nikel TSINGSHAN, REPT BATTERO memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta penjualan bateri kuasa dan aplikasi peringkat-sistem dan menawarkan penyelesaian yang berkualiti tinggi untuk BEV dan storan kuasa pintar. Pada tahun 2022, REPT merupakan antara syarikat bateri storan tenaga 5 Teratas bagi penghantaran global dan No.2 bagi penghantaran bateri storan tenaga utiliti domestik. Syarikat ini berada di landasan untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan kepada lebih 150 GWj pada tahun 2025. Sila kunjungi laman web dan linkedin kami untuk maklumat lanjut.

Laman Web: www.chinarept.com 
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/reptbattero/ 

Source: REPT BATTERO
Keywords: Auto Chemical Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Licensing/marketing agreements