omniture

FAW nikmati jualan eksport melonjak pada tahun ulang tahun

China Daily
2023-07-31 16:40 127

BEIJING, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada China Daily: 

Pembuat auto terkemuka China, FAW Group mencapai peningkatan yang kukuh melalui eksport kenderaan dalam separuh pertama tahun ini, tatkala ia terus memperluaskan kehadirannya dalam pasaran global.

Jenama premiumnya Hongqi mencatatkan lonjakan 172 peratus dalam eksport dengan 5,003 kenderaan, manakala Jiefang mengalami 122 peningkatan peratus dengan 18,001 kenderaan. Bestune mengeksport 7,029 kenderaan, meningkat 127 berbanding tahun sebelumnya.

Setakat tahun 2022, perniagaan luar negara FAW meliputi 85 negara dan wilayah, termasuk Eropah, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika Latin. Dengan lebih daripada 120 wakil penjual luar negara, ia mengeksport sejumlah 400,000 kenderaan. Syarikat ini menubuhkan tiga subsidiari di Eropah Timur, Afrika Selatan dan Tanzania, menggaji lebih 300 orang kakitangan tempatan.

FAW telah mewujudkan beberapa projek kerjasama kapasiti antarabangsa dan membina rantaian industri auto bersepadu untuk pasaran global, merangkumi penyelidikan dan pembangunan, perolehan, pembuatan, logistik serta pemasaran. Inisiatif-inisiatif ini memperluaskan kehadiran FAW dalam pasaran luar negara yang mewah.

Berpangkalan di Changchun, wilayah Jilin, Timur Laut China, FAW Group menyambut ulang tahun ke-70nya pada 15 Julai apabila kenderaan ke-55.77 jutanya dikeluarkan daripada barisan pengeluaran.

Pada 13 Julai 1956, kenderaan buatan tempatan pertama China, trak pemunggah Jiefang, dikeluarkan daripada barisan pemasangan FAW, mengakhiri ketidakupayaan China untuk mengeluarkan kenderaan motor. FAW mengilangkan Dongfeng, kereta penumpang pertama China, Hongqi, sedan mewah pertama negara ini, mengukuhkan kedudukan pembuat auto ini sebagai lambang industri auto China.

Sejak 70 tahun yang lalu, kesetiaan, kebijaksanaan dan keringat generasi pekerja FAW telah mendorong pertumbuhan, pengembangan dan inovasi syarikat, lantas membuahkan pencapaian yang luar biasa.

Pendapatan kendalian FAW mencecah hampir 8.3 trilion yuan ($1.16 trilion) ketika ini, dengan jumlah keuntungan dan pendapatan cukai melebihi 1.87 trilion yuan. Jumlah asetnya melebihi 600 bilion yuan.

Nilai jenama FAW melangkaui 420 bilion yuan pada tahun 2023 manakala nilai jenama-jenama Jiefang dan Hongqi setiap satunya melebihi 110 bilion yuan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 FAW, perkongsiannya dengan Volkswagen dan Audi meraikan ulang tahun ke-35. Pada 14 Julai, ketiga-tiga pihak menandatangani memorandum persefahaman untuk mempererat kerjasama yang strategik di Changchun.

FAW dan Volkswagen mengumumkan mereka akan meningkatkan secara bersama portfolio produk Volkswagen, memajukan pembangunan kenderaan elektrik dan memperkenalkan lebih banyak teknologi Cina.

The 55.77 millionth vehicle of FAW Group rolls off the production line in Changchun, Jilin province, on July 15.
The 55.77 millionth vehicle of FAW Group rolls off the production line in Changchun, Jilin province, on July 15.

 

Source: China Daily
Keywords: Auto Publishing/Information Service Retail Transportation