omniture

Gartner Pilih Pitcher sebagai "Vendor Hebat" dalam Sains Hayat

Pitcher
2014-05-23 00:11 115

ZURICH, 23 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian e-Perincian dan Pemasaran Gelung Tertutup yang memecah kebiasaan, Pitcher dengan bangganya mengumumkan ia telah dipilih sebagai "Vendor Hebat" dalam bidang Sains Hayat oleh firma penyelidikan yang menerajui di dunia, Gartner, Inc. Pengiktirafan ini benar-benar menyusuli kemasukan Pitcher ke dalam senarai Eropah, 100 Teratas Red Herring, yang kami percaya telah mengukuhkan reputasi firma ini sebagai salah satu penyedia teknologi paling inovatif yang terdapat dalam pasaran.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140522/686137)

Menurut laporan tersebut,[i] "Pemilihan Vendor Hebat bagi tahun ini menciptakan nilai baharu daripada dataset yang berkepelbagaian dan tidak berstruktur merentasi spektrum sumber yang luas bermula daripada R&D (Penyelidikan & Pembangunan) sehinggalah kepada interaksi doktor/pesakit."

Dengan menempatkan dirinya sebagai alat untuk mobiliti sebenar, dari mulanya lagi Pitcher mengenal pasti fleksibiliti dan kebolehskalaan sebagai kunci kejayaan platformnya yang menyepadukan penyelesaian sedia ada untuk meliputi seluruh kitar jualan dan pemasaran. Dengan pasukan yang terdiri daripada pakar teknologi, ahli profesional pemasaran dan juga pengurus perkhidmatan pelanggan, Pitcher sedang melakukan inovasi dengan konsisten bagi memastikan penyelesaian yang disediakan dapat berkembang selari dengan keperluan industri.

"Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Gartner kepada Pitcher. Kami juga berbangga dengan nilai yang telah diberikan kepada interaksi wakil jualan menerusi platform Pemasaran Gelung Tertutup kami," kata Mert Yentür, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pitcher. "Kami ingin terus membawakan inovasi berterusan serta nilai pelanggan ke dalam sektor sains hayat dan seterusnya."

Latar Belakang Pitcher

Pitcher merupakan syarikat penyelesaian mudah alih hujung ke hujung yang bertumpu terhadap Pemasaran Gelung Tertutup (CLM) dan juga pengurusan pendapatan. Setelah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk memberi tumpuan terhadap teknologi e-Perincian, Pitcher telah memantapkan reputasinya kerana menyediakan salah satu platform jualan dan pemasaran paling inovatif dan andal dalam industri farmaseutikal serta sains hayat. Dalam tempoh kurang tiga tahun, produk tersebut telah dipasarkan secara besar-besaran kepada lebih 40 pelanggan di lebih 95 negara menerusi pelbagai industri. Bagi mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari http://www.pitcher.com.

Ikuti Pitcher melalui Twitter: @pitcherdotcom

Langgan melalui YouTube: http://www.youtube.com/pitcherdotcom

'Like' Pitcher di Facebook

Lihat Pitcher di LinkedIn

Penafian

Gartner tidak menyokong apa jua vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan para pengguna teknologi untuk memilih vendor dengan pemeringkatan tertinggi sahaja. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner turut menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk apa jua jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

[i] Gartner "Cool Vendors in Life Sciences, 2014" oleh Michael Shanler, Dale Hagemeyer dan Don Scheibenreif, 29 April 2014.

Hubungi:
Peter Adler, +41-43-535-77-90, info@pitcher.com

SUMBER  Pitcher

Source: Pitcher
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards