omniture

Randstad Malaysia Berpindah ke Pejabat Baharu dan Lebih Besar bagi Memacu Rancangan Pengembangan Selanjutnya

Randstad Malaysia
2023-08-01 11:00 26

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Randstad, agensi bakat sumber manusia terbesar di dunia, hari ini memperkenalkan pejabat baharunya di The Horizon, sebuah pusat komersial utama yang terletak di Bangsar South.

Terletak di dalam MSC Malaysia Cybercentre @ Bangsar South City, pejabat baharu Randstad Malaysia menampilkan ruang yang luas berukuran 9,629 kaki persegi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran bakat Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa inovatif dalam industri ini, membentuk semula masa depan kerja dan pemerolehan bakat.

Fahad Naeem, Pengarah Negara di Randstad Malaysia berkata, "Pengembangan ini selari dengan visi kami yang lebih luas untuk menyatukan bakat terbaik dan syarikat, merapatkan jurang antara ahli profesional yang tertinggi dan organisasi yang berpandangan jauh. Ia turut menunjukkan kejayaan penting dalam strategi pengembangan Randstad Malaysia, mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk mendorong inovasi, menyokong kakitangan kami dan menyampaikan penyelesaian yang luar biasa kepada bakat dan juga pelanggan."

"Tatkala kami menetapkan sasaran kami untuk menjadi syarikat bakat yang paling saksama dan khusus di dunia, kami akan terus memperjuangkan keterangkuman, kepelbagaian dan keadilan dalam semua aspek operasi kami dan memupuk sebuah persekitaran yang dapat memberi inspirasi kepada pasukan kami untuk berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang melebihi kerperluan bakat dan pelanggan kami," sambung Naeem.

Ruang yang dipilih susun untuk memupuk inovasi, keterangkuman dan kolaborasi

Pejabat baharu Randstad Malaysia memiliki pelbagai ruang yang dibina khas, termasuk reruai perbincangan, pod telefon, ruang kolaborasi, ruang bersantai serta ruang acara terbuka untuk acara-acara korporat, ramah mesra dan pekerja.

Ruang yang dipilih susun dengan teliti ini berfungsi sebagai pemangkin untuk daya kreativiti dan kolaborasi, menyediakan persekitaran kepada kakitangan yang memberi inspirasi dan berkembang maju untuk membantu kakitangan berkembang dan menjadi versi diri mereka yang lebih baik.Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya, Randstad Malaysia merancang untuk meluaskan keupayaan pencarian eksekutifnya, dengan tumpuan yang lebih kukuh untuk membantu organisasi-organisasi memacu pertumbuhan transformatif dengan menghubungkan mereka dengan bakat peringkat senior dan eksekutif peringkat tertinggi yang berpengalaman.

Naeem berkata, "Sebagai rakan kongsi yang dipercayai baik oleh bakat mahupun organisasi, kami membayangkan dunia yang mana kerja bukanlah semata-mata cara untuk mencapai tujuan, tetapi sebagai sumber mencapai pemenuhan, pertumbuhan dan peluang. Apabila sifat kerja menjadi lebih fleksibel dan dinamik, kami melihat alam pekerjaan yang semakin berkembang sebagai peluang untuk berinovasi dan membayangkan semula bagaimana bakat dan syarikat berhubung. Ketika kami menetapkan sasaran kami terhadap masa depan, kami teruja untuk meneroka kemungkinan baharu ini untuk kakitangan kami tatkala mereka membawa diri mereka yang terbaik dan autentik untuk bekerja setiap hari."

Randstad Malaysia: 26 tahun dan semakin berkembang

Randstad Malaysia terus mengembangkan tawaran perkhidmatannya bagi memenuhi permintaan yang dinamik daripada industri sumber manusia.

Hari ini, kami menyediakan pelbagai penyelesaian perekrutan bakat khusus yang komprehensif, dibangunkan untuk memenuhi keperluan bakat dan kemahiran yang unik untuk perniagaan di Malaysia. Selain daripada perkhidmatan perekrutan kolar putih untuk jawatan eksekutif rendah hingga jawatan peringkat tertinggi, syarikat ini turut menawarkan Perkhidmatan Kontrak Bakat serta Parkover dan Penggajian di bawah Randstad Talent, sebuah syarikat bersekutu dalam Kumpulan Randstad bagi memenuhi keperluan pelbagai pelanggan, bermula daripada syarikat pemula yang bercita-cita tinggi hinggalah syarikat multinasional.Selain daripada perkhidmatan teras iaitu perundingan dan perekrutan bakat kami, kami mengambil usaha tambahan untuk memperkasa perniagaan dan golongan profesional HR untuk meningkatkan strategi tarikan dan pengekalan bakat mereka. Tinjauan global kami, seperti Workmonitor dan Employer Brand Research, memberi pandangan yang berharga untuk membantu pemimpin memperkukuh strategi tarikan bakat dan pengurusan tenaga kerja mereka, bagi memastikan mereka kekal kompetitif dalam pasaran.

Latar Belakang Randstad

Randstad ialah syarikat bakat sumber manusia terbesar di dunia dan rakan kongsi pilihan untuk pelanggan. Kami komited untuk menyediakan peluang sama rata kepada orang ramai daripada semua latar belakang dan membantu mereka kekal relevan dalam alam pekerjaan yang berubah pantas ini. Kami memahami dengan mendalam pasaran bakat dan industri sumber manusia dan membantu pelanggan kami melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi, pelbagai dan tangkas yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya. Seramai 46,000 kakitangan kami dari serata dunia memberi impak positif kepada masyarakat dengan membantu orang ramai merealisasikan potensi sebenar mereka sepanjang kehidupan bekerja mereka.

Randstad ditubuhkan pada tahun 1960 dan beribu pejabat di Diemen, Belanda. Pada tahun 2022, dalam 39 pasaran kami, kami membantu lebih daripada 2 juta orang mencari pekerjaan yang memuaskan  dan menasihati lebih 230,000 pelanggan mengenai keperluan bakat mereka. Kami menjana hasil sebanyak €27.6 bilion. Randstad N.V. disenaraikan pada Euronext Amsterdam.

Untuk maklumat lanjut, lihat www.randstad.com.my.

Source: Randstad Malaysia
Keywords: Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion