omniture

Trina Storage Elementa menyerlah di Intersolar Europe 2023, dianugerahkan lebih 1GWj projek BESS skala-grid merentas pasaran Eropah

Trina Storage
2023-08-01 16:49 105
  • Elementa, produk bersepadu secara vertikal oleh Trina Storage dipilih untuk projek-projek storan bateri beberapa ratus-megawatt jam dalam pasaran UK dan Jerman
  • Trina Storage memperkenalkan E²MS, sistem pengurusan tenaga dalaman direkayasa untuk kawalan maksimum, kecekapan dan kemampanan bateri skala-grid Trina di Intersolar Europe 2023

MUNICH, 1 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Trina Storage, penyedia penyelesaian storan tenaga global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh beberapa ratus megawatt jam projek BESS dalam pasaran UK & Jerman yang menggunakan produk utamanya, Elementa – sistem storan bateri skala-utiliti seperti yang disampaikan di Intersolar Europe 2023, menandakan bermulanya Era Gigawatt Elementa.

Penyelesaian bateri Elementa dioptimumkan selanjutnya dengan platform EMS dalaman baharu

Semasa Intersolar Europe 2023, Trina Storage mempamerkan produk Elementa skala-penuh buat julung kalinya. Syarikat ini memiliki semua usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepanjang pengilangan sel serta keupayaan penyepaduan yang kukuh di Changzhou, China. Disepadukan sepenuhnya dengan sel LFP dalaman Trina, Sistem Pengurusan Bateri berbilang-peringkat dan sistem tebatan & penindasan kebakaran komprehensif, Elementa menawarkan aset grid termaju, menjana hasil dengan keselamatan yang dipertingkat dan kos dioptimumkan.

"Ini merupakan kali pertama saya melihat produk Elementa secara fizikal. Dari saat pertama kali melihatnya, ia nampaknya dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada semua elemen penting yang akan kami cari: sebagai contoh keperluan O&M dan betapa mudahnya untuk menangani isu atau menyelenggara produk itu," kata Liam Breathnach, Pengarah Teknologi bagi Storan Bateri Skala Grid di SMS plc.

Full-size Trina Storage Elementa
Full-size Trina Storage Elementa

Bagi memaksimumkan kawalan serta prestasi aset baterinya, Trina Storage turut memperkenalkan E²MS – sistem pengurusan tenaga pakar. E²MS ialah penyelesaian perisian dan perkakasan komprehensif yang bersepadu secara lancar dengan sistem storan tenaga bateri (BESS) skala grid Trina. Ia berdasarkan kepada seni bina sistem berlapis yang merangkumi Pengawal Loji Kuasa (PLC), Pelayan SCADA dan Meter Grid. Dibenamkan dengan algoritma evolusi yang sofistikated, strategi kawalan pintar dan antara muka perkakasan khusus, E²MS mengumpul, menganalisis dan mentafsir dengan tepat data masa sebenar & terdahulu daripada aset bateri, menyediakan kepada pelanggan dengan kawalan maksimum, kecekapan dan kemampanan BESS. Dalam tempoh jangka panjang, ia mengupayakan selanjutnya operasi yang lebih selamat, prestasi sistem yang dipertingkat dan pulangan projek dioptimumkan.

Trina Storage Elementa menerajui jalan dengan lebih 1GWj projek sedang dibina

Trina Storage telah memperoleh beratus-ratus megawatt jam projek BESS yang menggunakan produk utamanya Elementa, meluaskan jejak rendah-karbonnya secara strategik di seluruh Eropah. Baru-baru ini, Trina Storage mengumumkan pemuktamadan kontrak untuk dua lagi projek storan bateri dengan DIF Capital Partners, pengurus dana infrastruktur bebas yang ditubuhkan pada tahun 2005, menambah satu lagi 180MWj kepada projek Solar + Storan Trina di UK. Kedua-dua projek, iaitu projek Warley 50MW/100MWj dan projek Sundon 40MW/80MWj yang terletak di timur England, merupakan projek storan dua-jam yang ditempatkan bersama penjanaan solar. Penyelesaian Trina Storage Elementa BESS akan digunakan dalam kedua-dua projek untuk mengalihkan penjanaan puncak daripada sistem PV apabila permintaan tenaga berubah-ubah, seterusnya menambah kebingkasan dan kefleksibelan kepada tapak. Projek-projek Warley dan Sundon dijangka akan ditauliahkan menjelang akhir tahun 2024.

Mengulas tentang urus janji ini, Terry Chen, Ketua Perniagaan Storan Luar Negara berkata, "Penyelesaian storan canggih kami dibina untuk KPI perkhidmatan grid yang paling mendesak dan akan dapat bertahan menghadapi ujian masa. Kami meningkatkan lagi kapasiti pembuatan, penyepaduan dan pengujian kami; kini berkedudukan amat baik untuk menyokong pengembangan berterusan sektor tenaga boleh baharu dan memberi sumbangan besar kepada peralihan tenaga global."

Latar Belakang Trina Storage

Trina Storage, sebuah unit perniagaan Trina Solar, ialah penyedia sistem storan tenaga global yang dikhususkan untuk mentransformasikan cara kami menyediakan tenaga. Misi kami adalah untuk menerajui peralihan tenaga boleh baharu melalui storan yang berkesan kos dan untuk menyediakan Solar For Everyone (Solar Untuk Semua) dengan memperluaskan penjanaan solar secara berskala. Membangun berdasarkan pengalaman solar selama 25 tahun, kami menyampaikan penyelesaian yang berkesan kos dan fleksibel kepada utiliti dan pembangun di serata dunia.

Maklumat lanjut tersedia di laman web Trina Storage serta Facebook dan LinkedIn

Latar Belakang Trina Solar

Lebih 25 tahun Trina Solar berkembang daripada pembekal modul PV kelas terbaik menjadi penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, menerusi produk PV, penyelesaian sistem dan tenaga pintar. Syarikat ini mengilangkan, menjual serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas produk PV, EPC dan O&M serta sistem pelengkap mikro-grid pintar dan berbilang tenaga dan juga operasi platform-awan tenaga. Trina Solar hadir di lebih 100 negara dan wilayah, termasuk memiliki ibu pejabat serantau di Zurich, San Jose, Miami, Tokyo, Singapura, Dubai. Syarikat ini mengendalikan lapan pangkalan pembuatan dan lebih daripada 40 cawangan serta mempunyai lebih 12,000 pekerja di seluruh dunia.

 
Source: Trina Storage
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news