omniture

Telefon Permainan nubia Neo 5G Dilancarkan dengan UNISOC T820, Kini Tersedia di Asia Tenggara

UNISOC
2023-08-02 17:14 33

SHANGHAI, 2 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- ZTE melancarkan secara rasmi siri telefon permainan 5G baharu-nubia Neo 5G baru-baru ini, dikuasakan oleh 5G SoC T820 baharu UNISOC, platform mudah alih dengan CPU Okta-teras, proses EUV 6nm, keupayaan dwi-tunggu sedia dwi-SIM 5G, memberikan sambungan 5G berkelajuan tinggi dan amat stabil.

Prestasi yang dipertingkat untuk pengalaman hiburan multimedia yang lebih baik

T820 terdiri daripada Arm Cortex-A76 tunggal yang beroperasi pada 2.7GHz, tiga A76 tambahan yang beroperasi pada 2.3GHz dan empat Arm Cortex-A55 beroperasi pada 2.1GHz. Dengan 3MB L3 cache dan 4 Core GPU Arm Mali-G57 pada frekuensi sehingga 850MHz, menunjukkan prestasi kukuh antara portfolio produk Unisoc.

Sementara itu, T820 diluluskan untuk beroperasi pada 40% kurang penggunaan kuasa berbanding platform 5G generasi-pertama UNISOC dalam senario tertentu ekoran penambahbaikan teknikal reka bentuk penjimatan kuasa baharu, yang dapat menyediakan prestasi yang tinggi untuk permainan sambil mengekalkan tahap penggunaan kuasa yang rendah.

T820 membawakan pengurangan hingar AI dan teknologi penguat kuasa Smart PA yang memastikan bes yang dipertingkat dan kualiti bunyi lebih baik, sambil menyediakan pengalaman panggilan yang amat jelas kepada pengguna.

Penyelesaian sekuriti gred-kewangan bersepadu

T820 menerima pakai persekitaran pelaksanaan yang dipercayai dan enjin bebas dengan penyulitan/penyahsulitan berasaskan perkakasan. Penyelesaian ini mengintegrasikan Secure Element peringkat kewangan ke dalam SoC. Ia bukan sahaja menyediakan kapasiti storan lebih besar untuk sekuriti, bahkan turut mengurangkan kos PCB dan pengilangan, lalu menyediakan penyelesaian yang lebih kompetitif kepada pelanggan.

Sambungan 5G dipertingkat untuk menyelesaikan masalah utama paut naik

UNISOC T820 menyokong teknologi pengagregatan dwi-pembawa 5G NR TDD+FDD dan mengupayakan pengagregatan frekuensi sehingga 130MHz untuk meningkatkan dengan ketara liputan rangkaian 5G dan memastikan kelajuan 5G yang lebih tinggi.

Di bawah sokongan teknologi peningkatan liputan-senario penuh inovatif yang dibangunkan oleh UNISOC, T820 meningkatkan daya pemprosesan paut naik bagi pengguna titik-terdekat sebanyak 60% dan memanfaatkan liputan rangkaian sebanyak lebih daripada 100%. Ini dapat mengatasi kesesakan paut naik 5G sedia ada, memberi sokongan teknikal bagi menggalakkan pemantauan definisi-tinggi berbilang-saluran, kawalan pergerakan jarak jauh, visi mesin dan aplikasi-aplikasi lain.

Imaginasi kreatif disokong oleh keupayaan pengimejan profesional

T820 menampilkan seni bina ISP kuad-teras digabungkan dengan enjin imej Vivimagic generasi keenam UNISOC, memiliki kamera 100 Megapiksel dan rakaman video definisi-tinggi 4K sistem-penuh. Disokong oleh algoritma AI milik UNISOC, T820 mampu menyediakan perkhidmatan pengurangan hingar AI, AI-HDR, AI-Bokeh, AI FaceID, Pengesanan Wajah AI dan pelbagai fungsi pengimejan AI yang lain.

Menampilkan pemprosesan RAW 14bit, seni bina "enjin pemprosesan imej heterogen" baharu dan dilengkapi dengan teknologi berbilang-bingkai dan berbilang-pendedahan XDR waktu-malam khusus, T820 berupaya memulihkan butiran yang lebih terperinci dan menyediakan kesan pemandangan malam yang berkualiti lebih tinggi.

Pelbagai keupayaan AI untuk kecerdasan digital senario-penuh

T820 membawakan seni bina NPU+VDSP generasi baharu yang berkecekapan tinggi  dengan kuasa pengkomputeran NPU mencapai 8 TOPS. Ini membolehkan peningkatan 67% berbanding generasi terdahulu, bagi mengoptimumkan lebar jalur rangkaian.

Generasi baharu seni bina paparan berbilang-teras

Dilengkapi dengan seni bina paparan berbilang-teras generasi terkini UNISOC yang membawakan FHD+ pada kadar segar semula 120Hz, berserta keupayaan penonjolan standard HDR sistem penuh dan format penuh, T820 menyediakan kualiti imej berlapis dalam kepada pengguna.

Paparan berbilang-skrin T820 dapat menyokong kualiti imej sehingga 4K HDR10+. Dengan peningkatan kontras yang dinamik, ia menyediakan kepada pelanggan dengan penonjolan realistik, semula jadi, warna yang jelas, terang serta paparan visual yang membawakan palet warna yang lebih luas. Ini meningkatkan dengan ketara pengalaman pengguna untuk permainan kompetitif kadar bingkai tinggi, video UHD 5G, XR dan aplikasi imersif secara visual yang lain.

Dengan sambungan 5G berprestasi tinggi dan amat stabil yang disediakan oleh UNISOC T820, nubia Neo 5G memperkasakan pemain di Asia-Tenggara dan membawakan pengalaman permainan yang menyeronokkan kepada mereka.

Source: UNISOC
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Semiconductors Telecommunications New products/services