omniture

Kepimpinan Shanghai Electric Lawat Siemens di Jerman untuk Terus Jalin Kerjasama Hijau, Rendah-Karbon Baharu

Shanghai Electric
2023-08-02 17:55 63

SHANGHAI, 2 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pengerusi Lembaga Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727), Cik Leng Weiqing mengunjungi Jerman baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan Christian Bruch, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kemampanan Siemens Energy AG mulai 25 hingga 27 Julai bagi mempererat lagi kerjasama industri dan inovasi kolaboratif serta menggalakkan transformasi dan pembangunan tenaga rendah-karbon dan berkualiti tinggi. Mesyuarat tersebut berlaku empat bulan selepas Christian Bruch, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kemampanan Siemens Energy melawat ibu pejabat Shanghai Electric.

Ms. Leng Weiqing, Chairwoman of Shanghai Electric, recently visited Siemens in Germany to Further Forge New Green, Low-Carbon Cooperation.
Ms. Leng Weiqing, Chairwoman of Shanghai Electric, recently visited Siemens in Germany to Further Forge New Green, Low-Carbon Cooperation.

Semasa mesyuarat berkenaan, strategi pembangunan dan susun atur Siemens Energy telah dibentangkan secara ringkas oleh En. Bruch. Mengiktiraf kedudukan Siemens Energy sebagai sebuah syarikat teknologi tenaga yang terkemuka di dunia dan pembekal peralatan yang tersohor, En. Bruch mengetengahkan teknologi teras canggih mereka, merangkumi elektrolisis air untuk penghasilan hidrogen, grid pintar dan stesen penggalak luar pesisir.

Skop perniagaan Siemens yang luas merangkumi penjanaan kuasa menggunakan gas, transmisi kuasa, kuasa angin dan industri rendah-karbon. Di bawah trend rendah-karbonisasi global, sektor tenaga mempunyai potensi yang besar. Siemens menyatakan keyakinan yang tinggi dan menekankan kepentingan pasaran dwi-karbon China. Sebagai rakan kongsi strategik, Shanghai Electric dan Siemens beraspirasi untuk merebut peluang kolaborasi dan transformasi, mencari jalan baharu untuk menjalin kerjasama praktikal merentas pelbagai domain. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan penggalakan transformasi tenaga hijau dan rendah-karbon, menunjukkan dedikasi mereka kepada masa depan lestari.

Cik Leng Weiqing melahirkan rasa terima kasih yang tulus kepada Siemens Energy, menyatakan, "Shanghai Electric menganggap hijau dan rendah-karbon sebagai fokus pembangunan masa depan dan mengikut strategi landasan baharu, kami memfokuskan pada susun atur empat bidang tenaga baharu yang utama iaitu angin, cahaya, storan tenaga dan hidrogen, sambil menggalakkan secara komprehensif pembangunan tenaga hijau dan transformasi rendah-karbon. Dalam bidang teknologi hijau, Shanghai Electric mempercepatkan pembentukan daya saing teras melalui kerjasama dan sinergi terbuka. Sebagai rakan kongsi strategik yang telahpun bekerjasama dengan ikhlas selama hampir 30 tahun, kami berharap dapat mempererat lagi kerjasama teknikal dan pertukaran bakat dengan Siemens Energy, menginovasi model kerjasama dan berganding bahu menerusi konsep pembangunan berorientasikan masa depan, inovasi teknologi, portfolio produk dan penyelesaian. Kami bersama-sama berhasrat untuk berkolaborasi bagi membina masa depan tenaga baharu, sambil komited sepenuhnya kepada pencapaian masa depan lestari ternyahkarbon sepenuhnya untuk semua."

Semasa lawatan di Jerman, Cik Leng Weiqing dan delegasi beliau melawat Kilang Transformer Siemens Energy, Kilang Penghasilan Hidrogen PEM, Kilang Turbin Gas dan Pusat Inovasi. Mereka terlibat dalam perbincangan mesra yang selanjutnya dengan Karim Amin, Naib Presiden Eksekutif dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Siemens Energy serta mendapat pandangan berharga tentang pembangunan industri tenaga Siemens, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta model organisasi dan pengurusan pengeluaran mereka yang cekap.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK:2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan rendah-karbon dan transformasi digital dengan membuka arena baharu serta menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Trade show news