omniture

Manitowoc Mengutamakan Inisiatif Hijau, Menjana Nilai Dipertingkat

Manitowoc
2023-08-03 08:19 105

SHANGHAI2 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Manitowoc menganjurkan Persidangan Pengedar Asia Pasifik 2023, yang melaluinya pembuat kren ini menekankan komitmennya untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Acara tersebut turut menampilkan pencapaian terkini syarikat ini dalam perlindungan terhadap alam sekitar serta pembangunan mampan. Manitowoc juga merancang untuk terus melabur dalam bidang-bidang ini, bertujuan untuk menjana nilai yang dipertingkat baik untuk pelanggan mahupun masyarakat secara keseluruhan.

Dengan pembangunan mampan yang menjadi semakin penting, "hijau" muncul sebagai istilah penting dalam sektor-sektor pembinaan serta peralatan pembinaan. Beberapa tahun kebelakangan ini, Manitowoc menjalankan beberapa inisiatif baik dalam operasi dalamannya mahupun dalam kolaborasi bersama pelanggan untuk memajukan pembangunan hijau. Syarikat ini memastikan pematuhan dengan semua peraturan perlindungan terhadap alam sekitar dalam seluruh proses pembuatan, dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pembangunan mampan industri pembinaan dan pelanggannya melalui penyediaan kren menara berprestasi tinggi.

Berubah menjadi pengeluar hijau

Kilang Zhangjiagang, kemudahan pembuatan utama Manitowoc di peringkat global, telah melalui beberapa penaiktarafan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada hala tuju penghijauan (greenification) keseluruhan syarikat ini.

Sebagai sebahagian daripada penaiktarafan kedai cat, tukang cat di kilang Zhangjiagang disusun semula kepada tiga kumpulan dan semua proses disatukan ke dalam ruang penyembur tunggal. Penaiktarafan tersebut dijangka dapat menjimatkan kira-kira 600 kW kuasa elektrik sehari. Pada tahun 2017, bumbung kemudahan berkenaan digantikan dengan tatasusunan panel fotovolta, bagi memenuhi sebahagian besar daripada keperluan elektrik operasi asas. Dalam tahun fiskal 2022-2023, kilang berkenaan memasang sistem pemulihan wasap kimpalan yang mengurangkan emisi gas kimpalan secara dramatik.

Memenuhi permintaan pasaran dan mencipta lebih nilai

Bangunan pasang siap, terkenal dengan kecekapannya yang tinggi dan ciri-ciri menjimatkan tenaga, merupakan aspek penting pembangunan hijau dalam industri pembinaan. Kren menara memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pembinaan seperti bangunan, terutamanya untuk mengangkat struktur konkrit pratuang yang lebih berat dan komponen-komponen penting yang lain.

Meningkatkan pulangan pelaburan (ROI) kitaran hayat kren menara dan meminimumkan perbelanjaaan modal pelanggan menyokong usaha mereka untuk mencapai objektif-objektif pembangunan mampan. Menyediakan kren menara terbaik yang memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan, membawa kepada pengurangan penggunaan keluli dan tenaga dalam pengeluaran jentera baharu. Kejayaan inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepada kemajuan industri yang tangkas dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Keselamatan dan keandalan adalah amat penting dalam seluruh kitaran hayat kren menara. Manitowoc mengekalkan pematuhan ketat kepada piawaian yang berkaitan semasa fasa reka bentuk dan mencipta setiap komponen dengan teliti bagi memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum.

Inisiatif hijau dan rendah-karbon membuka jalan baharu untuk pembangunan dalam industri kren menara. Langkah-langkah yang diambil oleh Manitowoc untuk memperkemas dan mentransformasikan operasinya sebagai persediaan untuk pusingan terkini transformasi perindustrian ini menempatkan kedudukan pembuat kren dengan sempurna untuk memenuhi komitmennya bagi membantu pelanggan dan industri ini mencapai matlamat pembangunan mereka.

Source: Manitowoc
Keywords: Construction/Building