omniture

FBS Memperkasa Rakan Kongsi dengan Potensi Perolehan Lebih Besar - Sistem Pembayaran Komisen Baharu Kini Beroperasi

FBS Trading
2023-08-03 13:23 10

FBS, broker dalam talian antarabangsa terkemuka, memperbaharui Program Introducing Broker (IB) dan melancarkan sistem pembayaran komisen yang lebih pantas dan lebih telus. Dikeluarkan pada 1 Ogos, Sistem Pembayaran Komisen Baharu menawarkan salah satu syarat rakan kongsi terbaik pasaran – kadar komisen setanding yang lebih tinggi, bayaran untuk setiap pesanan dan peningkatan yang signifikan kepada potensi perolehan rakan kongsi.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Susulan komitmennya untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang mudah dan telus, FBS menganalisis maklum balas rakan kongsi dan meningkatkan syarat-syarat komisen untuk ahli-ahli Program Introducing Broker (IB) FBS. Dengan sistem pembayaran baharu, FBS menghapuskan peraturan buka-tutup 59 mata dan komisen tetap setiap lot yang terikat pada instrumen dan jenis akaun.


"Sistem baharu ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada rakan kongsi kami untuk menerima ganjaran mereka dan meneruskan strategi pertumbuhan selaras dengan keutamaan mereka," kata Dmitry Pasechnik, Ketua Pegawai Komersial, FBS. "Kini dan seterusnya, rakan kongsi FBS menerima bayaran komisen sebagai peratus daripada spread untuk setiap pesanan, tanpa mengira perbezaan harga dagangan pelanggan. Ciri baharu yang paling menarik ialah peningkatan kadar komisen maksimum yang mencecah sehingga 43% daripada spread - syarat utama dalam pasaran," tambah beliau.

Di bawah pendekatan baharu, kadar bayaran komisen akan bergantung pada sistem gred, tipologi rakan kongsi enam-peringkat yang menentukan peratus komisen yang diterima – semakin tinggi gred, semakin tinggi kadarnya. Gred dipaparkan pada FBS Partner Area dan dihitung mengikut purata komisen yang diterima sepanjang tiga bulan yang lalu, membebaskan rakan kongsi daripada keperluan yang berlebihan seperti bilangan pelanggan atau lot yang diniagakan. Ini membolehkan rakan kongsi FBS memajukan gred secara konsisten dan mencapai kadar komisen maksimum yang menarik sebanyak 43% daripada spread.

FBS berpegang teguh kepada komitmennya untuk menyokong rakan kongsinya sepanjang peralihan ke sistem baharu. Bagi memastikan pelarasan yang lancar, semua rakan kongsi FBS akan menerima peningkatan peratusan spread untuk tiga bulan akan datang. Langkah yang proaktif ini bertujuan untuk membantu rakan kongsi menyesuaikan strategi mereka mengikut keadaan pasaran yang dinamik, mengekalkan tumpuan pada pertumbuhan dan kejayaan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang sistem pembayaran komisen FBS, sila kunjungi www.fbs.com.

Latar Belakang FBS
FBS ialah broker berlesen seluruh dunia dengan pengalaman selama lebih 14 tahun dan lebih daripada 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran, dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27 000 000 dan rakan kongsinya melebihi 500 000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion. FBS juga merupakan Rakan Kongsi Rasmi Leicester City Football Club.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Akhbar FBS
press@fbs.com

Source: FBS Trading
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology