omniture

Trina Solar terajui penyeragaman industri dengan modul-modul 'saiz emas' untuk semua persekitaran

Trina Solar Co., Ltd
2023-08-03 14:47 101

CHANGZHOU, China, 3 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar-pengeluar modul fotovolta terkemuka termasuk Trina Solar mempersembahkan produk 210R mereka di mesyuarat setengah tahun China Photovoltaic Industry Association pada pertengahan Julai.

Terdahulu, sembilan syarikat bersetuju untuk menyeragamkan dimensi modul wafer silikon segi empat tepat, berdasarkan kepada modul 210R Trina Solar, yang mendorong industri ini maju selangkah ke hadapan menuju penerimaan sejagat teknologi 210mm dan modulnya.

Produk Trina Solar membawakan "saiz emas" termasuk modul format-kecil, sederhana dan besar, meliputi seluruh julat kuasa 400W-500W-600W+. Pengoptimuman format menyampaikan peningkatan kecekapan dan nilai dalam pelbagai jenis persekitaran, termasuk loji janakuasa besar dan untuk kegunaan komersial, perindustrian serta kediaman.

Persekitaran skala-utiliti: Dimensi modul format-besar 210mm, yang pertama diseragamkan kepada 2384/2172x1303mm pada tahun 2021, modul 600W+ menyampaikan nilai maksimum

Dari segi modul format-besar, Trina Solar menyediakan modul-modul Vertex 670W dan Vertex N 700W berdasarkan kepada platform teknologi 210mm termajunya kepada pasaran, membolehkan industri ini memasuki era PV 6.0 dan menerima 700W+.

Berdasarkan kepada wafer 210mm, dimensi modul 2172x1303mm dengan sel 60 dan modul 2384x1303mm dengan sel 66 merupakan yang pertama diseragamkan pada tahun 2021. Pengeluar-pengeluar modul terkemuka bersetuju mengenai dimensi dan lokasi lubang cagak, dengan Trina Solar menerajui jalan, menghasilkan standard kumpulan T/CPIA0003-2022.

Jenis sel

Jenis modul

 Bilangan sel

Panjang modul (mm)

Lebar modul (mm)

Jarak lubang cagak pada sisi panjang (mm)

 Setengah sel

Kaca-tunggal, berbingkai/ dwi-kaca, berbingkai

110

2384±2

1096±2

400/1400±1

120

2172±2

1303±2

400/1400±1

132

2384±2

1303±2

400/1400±1

Standard kumpulan bagi wafer 210mm dicapai pada tahun 2021

Modul 600W+ telah menjadi standard dalam projek-projek stesen janakuasa. Menurut laporan media, hampir 90% daripada modul 600W+ yang dipamerkan di SNEC tahun ini di Shanghai menggunakan sel 210, 182 dan segi empat tepat dengan 210 menyumbang daripada 60% daripada jumlah keseluruhan.

Trina Solar terus menyerlahkan nilai pelanggan dan melangkah secara berterusan ke arah era 700W+. Modul Vertex N 700W+, terkenal dengan prestasi LCOE untuk stesen janakuasa dipasang di tanah, dijangka dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun hadapan.

Persekitaran komersial dan perindustrian: Dimensi modul format-sederhana 210R dibawakan untuk penyeragaman 2384x1134mm

Pada April Trina Solar menjadi peneraju dalam melancarkan modul 210R. Siri ini merupakan yang pertama daripada apa yang digelar sebagai modul saiz emas dalam format sederhana 2384x1134mm. Bukan sahaja prestasinya bertambah baik secara mendadak, bahkan ia juga direka bentuk untuk menggunakan ruang yang optimum dalam kontena perkapalan. Modul dengan saiz ini membolehkan ruang kontena digunakan sebanyak 98.5%, paras tertinggi yang tersedia.

Modul Vertex N 605W, dibangunkan menggunakan teknologi sel i-TOPCon jenis-n termaju, dibawa ke pasaran dalam bulan November. Dimensi siri modul ini ialah 2384x1134mm, dengan kuasa 30W lebih tinggi berbanding produk-produk lain dalam pasaran. Reka bentuk dimensi terunggul ini membolehkan penggunaan panjang penjejak yang sempurna. Berbanding dengan modul jenis-n konvensional dengan sel 72, kapasiti terpasang pada barisan penjejak tunggal meningkat sebanyak 13%. Berbanding dengan generasi produk format-sederhana terdahulu, modul 605W jenis-n Vertex mengurangkan BOS sebanyak 1.8%~4.5%, menjadikannya benar-benar ideal untuk penjejak. Menjelang suku pertama tahun ini, jumlah penghantaran modul 2384x1134mm (termasuk 2384x1096mm) telah mencecah 30GW. Penghantaran kumulatif dijangka mencapai 50GW menjelang akhir tahun ini.

2384x1134mm Vertex 605W: the "best partner" of trackers
2384x1134mm Vertex 605W: the "best partner" of trackers

Konsep sel wafer segi empat tepat kini diterima sepenuhnya dalam pasaran, mencapai kemuncak dengan pengusaha-pengusaha industri yang terkemuka mencapai kata sepakat pada awal Julai mengenai dimensi standard modul format-sederhana.

Persekitaran kediaman: Format-kecil 2m2 (1762x1134mm) membawakan kecekapan tinggi dan reka bentuk termaju

Modul Vertex S dibangunkan berdasarkan kajian yang meluas dan reka bentuk persekitaran bersasar. Ia dicirikan oleh berapa kecil saiznya dan berapa banyak kuasa yang dihasilkan, sangat sesuai untuk keperluan pelanggan bagi projek-projek teragih di mana jua mereka berada.

Spesifikasi generasi baharu modul Vertex S, dibangunkan dengan teknologi wafer segi empat tepat 210R, adalah sehingga 450W, dengan dimensi 1762x1134mm dan hanya 1.998m2, dengan kuasa semakin meningkat sebanyak 10~15W hingga 450W, mencapai kuasa tertinggi dalam 2 m2, dengan kecekapan 22.5% dan seberat hanya 21kg. Vertex S+ bukan sahaja memenuhi keperluan peraturan keselamatan bangunan Jerman yang amat ketat berhubung had saiz atas, tetapi juga keperluan berat "kurang daripada 50 paun (~23kg) untuk dibawa oleh seorang individu."

Di SNEC, Shanghai dan pameran Intersolar Europe yang diadakan baru-baru ini di Jerman, pengeluar-pengeluar terkemuka mempamerkan modul dengan saiz yang sama seperti modul Vertex S. Justeru itu, 1762x1134mm menjadi saiz emas bagi format kecil.

Jenama

Teknologi sel 

Saiz modul (LxW mm) 

Kuasa modul (W) 

Trina Solar

TOPCon

1762x1134

450

JinkoSolar

TOPCon

1762x1134

445

JinkoSolar

TOPCon

1762x1134

450

JA Solar

TOPCon

1762x1134

455

JA Solar

TOPCon

1762x1134

445

JA Solar

PERC

1762x1134

440

Beberapa produk daripada pengeluar-pengeluar modul terkemuka tersedia dalam 1762x1134mm

Bermula dengan penyeragaman saiz modul 210mm, pengurangan kos pembuatan dan LCOE dengan modul berkuasa tinggi 210mm menjadi satu trend dalam industri PV. Trina Solar meletakkan asas kukuh untuk penyeragaman saiz modul dengan meneruskan inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), telus dengan teknologinya dan membina sebuah ekosistem bersama pengusaha-pengusaha terkemuka yang lain.

Sejak dua tahun yang lalu, saiz emas 210mm untuk format kecil, sederhana dan besar telah menjadi pilihan yang lazim dalam seluruh industri ini.

Lantaran itu, penyeragaman saiz dijangka dapat memberi manfaat kepada seluruh rantaian industri. Dari satu segi, keperluan pelanggan hiliran terhadap pelbagai persekitaran PV akan dipenuhi sepenuhnya dan nilai pelanggan akan dimaksimumkan. Dari satu sisi yang lain, ini dapat menyediakan cara yang praktikal untuk memaksimumkan nilai huluan dan pertengahan rantaian industri serta mengurangkan kos untuk seluruh rantaian industri.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services