omniture

Sydney Dilimpahi Warna dan Cahaya semasa Pesta Vivid Sydney Tahunan Keenam

Destination NSW
2014-05-26 09:00 146

SYDNEY, 26 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney (23 Mei hingga 9 Jun) telah dirasmikan pada malam ini oleh Perdana Menteri New South Wales Mike Baird, sambil Layar Panggung Opera Sydney yang ikonik telah dihidupkan dengan paparan pemetaan 3-dimensi eksklusif dunia yang memukau, manakala Harbour City pula telah dilimpahi warna dan cahaya.

Bagi melihat aset multimedia, sila lawati http://en.prnasia.com/pr/2014/05/26/140288112.shtml

(Video: http://photos.prnasia.com/prnh/20140523/8521402881-e )
(Photo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140523/8521402881-a )
(Photo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140523/8521402881-b )
(Photo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140523/8521402881-c )
(Photo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140523/8521402881-d )

Vivid Sydney, pesta terbesar bagi cahaya, warna dan juga idea di Hemisfera Selatan, dan Acara Terbesar pada Tahun ini di Australia, menyajikan pertunjukan cahaya besar-besaran setiap malam dengan percuma, penayangan paparan bangunan serta teater air di sekeliling pelabuhan Sydney mulai 6 petang hingga tengah malam, di samping persembahan muzik secara langsung dan lebih 200 acara industri kreatif.

Setelah dibangunkan enam tahun lalu oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW, Vivid Sydney telah menarik kunjungan lebih 800,000 pelawat pada tahun 2013.

Sebagai tambahan baharu kepada Vivid Sydney tahun ini, Harbour Lights akan menyaksikan feri dan kapal ikonik Sydney bercahaya, dengan semua lampunya dikawal oleh komputer melalui navigasi satelit sambil kapal dan feri tersebut belayar membelah pelabuhan paling indah di dunia. Satu lagi tambahan baharu kepada Vivid Sydney, ruang perniagaan utama bandar itu, Martin Place akan menyajikan persembahan cahayanya sendiri, dengan pemasangan pencahayaan besar, paparan bangunan 3-dimensi serta laser.

Harbour Bridge yang terkenal di Sydney juga akan menjadi paparan cahaya interaktif terbesar di dunia, memandangkan para pelawat dijemput untuk memilih warna yang mereka ingin guna untuk 'mengecat' jambatan itu dengan menggunakan skrin sentuh interaktif, melalui kolaborasi dengan Intel dan juga pakar pencahayaan Sydney, 32 Hundred Lighting.

Sorotan utama Vivid Sydney sudah semestinya Lighting the Sails untuk Panggung Opera Sydney, yang telah direka khas pada tahun ini oleh agensi kreatif yang memenangi anugerah 59 Productions, yang dikenali dengan hasil kerja mereka semasa Acara Pembukaan Sukan Olimpik London dan pertunjukan teater West End, War Horse.

Selain Vivid Light:

Vivid Music membawakan muzik secara langsung kepada para penonton di pelbagai lokasi termasuk Panggung Opera Sydney. Persembahan semasa Vivid Music itu termasuklah oleh Pixies, Pet Shop Boys, Cik Lauryn Hill, St Vincent serta Midlake.

Vivid Ideas diiktiraf sebagai salah satu daripada sepuluh pesta idea terbaik di dunia oleh akhbar Guardian UK, dan membawakan pemimpin pemikiran serta tokoh kreatif antarabangsa yang menerajui bidang masing-masing ke Sydney dalam lebih 200 acara perniagaan industri kreatif. Sorotan menarik termasuklah perbincangan yang eksklusif di Australia dan acara yang dihadiri Candy Chang, Ryan Holiday, Sara Critchfield, Skylar Tibbits serta pengarah Joshy D daripada REBEL8.

Gambar pegun, video dan gambar sela masa boleh didapati dan akan sentiasa dikemas kini di: http://www.vividsydney.com/media-centre/

Atur cara Vivid Sydney boleh didapati http://vividsydney.com/

Maklumat Perhubungan media:
Hannah Le Coic
Pegawai Seranta Kanan, Destination NSW
hannah.lecoic@dnsw.com.au / +61-2-9931-1416

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel