omniture

Kehidupan Lebih Baik melalui Teknologi Hijau: Sherwin-Williams Menyerlah di Pameran Penyalut China 2023

The Sherwin-Williams Company
2023-08-04 01:51 9

SHANGHAI, 4 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Sherwin-Williams, peneraju global dalam industri penyalut, mengadakan pameran yang dinamik di Pameran Penyalut China (China Coatings Show 2023, CCS) yang diperkenalkan di Shanghai hari ini. Menumpukan pada tema "Kehidupan Lebih Baik melalui Teknologi Hijau," Syarikat ini membawa bersama rangkaian penuh penyelesaian penyalut inovatif dan teknologi canggih daripada enam unit perniagaannya yang sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi.

Sherwin-Williams Booth
Sherwin-Williams Booth

CCS ialah acara perdagangan yang disanjung tinggi baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Dengan fokus pada pembangunan kualiti dan pemerkasaan teknologi pada tahun ini, CCS menarik penyertaan daripada kira-kira 800 pengusaha penting dalam rantaian nilai penyalut termasuk Sherwin-Williams.

Jason Wu, Presiden Sherwin-Williams Asia, berkata: "Rantau Asia Pasifik ialah salah satu pasaran yang paling pelbagai untuk penyalut di seluruh dunia. Ia memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan industri global yang mampan. Pasaran China merupakan tonggak rantau ini yang ditonjolkan oleh momentum luar biasa, kekuatan inovatif dan dinamiknya. Penyertaan kami dalam CCS merupakan satu lagi kenyataan komitmen jangka panjang kami dalam menawarkan perkhidmatan kepada pasaran China dan juga Asia. Di acara ini, kami bukan sahaja mempamerkan portfolio penyelesaian inovatif kami kepada pelanggan dan rakan kongsi, bahkan turut berharap dapat bertukar-tukar idea dengan mereka mengenai cara untuk mencipta masa depan yang lebih mampan secara bersama."

Enam bahagian perniagan Sherwin-Williams yang mengambil bahagian di CCS 2023 termasuk Kayu Perindustrian, Perindustrian Am, Pembungkusan, Gegelung, Kemasan Automotif dan Pelindung serta Marin.

Enigma Xiong, Pengarah Kanan Penyelidikan & Pembangunan untuk Sherwin-Williams Asia, berkata, "Penyelesaian penyalut Sherwin-Williams ideal untuk pelbagai aplikasi bermula dengan perabot, perindustrian, pembinaan, pengangkutan, marin dan pembungkusan yang memenuhi keperluan mereka yang terpelbagai. Dipacu oleh kepakaran kami selama 157 tahun dan usaha kecemerlangan inovasi yang berterusan, Sherwin-Williams berusaha untuk mencapai tahap baharu dalam teknologi kemampanan dan membantu mempermudah kemajuan rentas-industri. Penyelesaian kami menyampaikan prestasi fungsian luar biasa dan estetika memberi impak, sekali gus turut menyumbang kepada matlamat kemampanan seperti pengurangan kandungan VOC. Sherwin-Williams berkedudukan baik untuk menjadi peneraju indusri, memacu inovasi dan berkembang secara berterusan."

Enigma Xiong at Opening Ceremony
Enigma Xiong at Opening Ceremony

Sherwin-Williams telahpun melaksanakan program Sustainability by Design (Kemampanan oleh Reka Bentuk) seluruh syarikat yang menerapkan kemampanan ke dalam proses untuk memacu inovasi dan pembangunan produk. Ia telah menetapkan matlamat jejak alam sekitar global bagi tahun 2030 dengan memberi tumpuan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau dan menyokong penggunaan tenaga boleh baharu serta kitar semula. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup rendah-karbon untuk China, Asia dan dunia.

CCS 2023 selama tiga hari kini dibuka hingga 5 Ogos. Reruai 2008 & 2010 Sherwin-Williams terletak di: Dewan W2, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Khalayak juga boleh menonton audio siar strim langsungnya di CCS melalui akaun WeChat Sherwin-Williams (nama akaun: 宣伟Sherwin-Williams).

Latar Belakang Sherwin-Williams

Ditubuhkan oleh Henry Sherwin dan Edward Williams pada tahun 1866, hari ini The Sherwin-Williams Company (NYSE: SHW) ialah peneraju global bagi pembangunan, pengedaran dan penjualan cat, penyalut dan produk berkaitan. Kami mempunyai lebih daripada 64,000 pekerja dan perniagaan di lebih 120 negara, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan profesional, perindustrian, komersial dan runcit.

Menembusi pasaran Asia pada tahun 1930 dan beribu pejabat di peringkat serantau di Shanghai, hari ini The Sherwin-Williams Company menjalankan perniagaan di kebanyakan negara Asia dan membekalkan penyelesaian penyalut bersama jenama-jenama terkenal seperti Sherwin-Williams®, Valspar®, Aquaguard®, Ultra®, Debeer Refinish®, Fluropon®, WeatherXLdan banyak lagi untuk pasaran pembinaan, pengguna, perindustrian, pembungkusan, pengangkutan dan sebagainya.

 

 

 

Source: The Sherwin-Williams Company
Related Stocks:
NYSE:VAL
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail