PISA, Itali dan HONG KONG, 26 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Abiogen Pharma S.p.A. di Pisa Itali dan Lee's Pharm bersama-sama mengumumkan perjanjian bagi Pelesenan, Pengedaran serta Pembekalan bagi tujuan pemasaran Attila® (Asid Neridronik) di seluruh China, Hong Kong, Macau dan juga Taiwan. Di bawah syarat perjanjian, Abiogen Pharma S.p.A. memberikan hak dan lesen eksklusif kepada Lee's Pharm untuk mendaftar, mengimport, memasarkan, mengedarkan dan turut menjual Attila® di wilayah tersebut bagi merawat dua penyakit yang jarang berlaku iaitu Osteogenesis Imperfecta (OI) dan Sindrom Kesakitan Serantau Kompleks (CRPS). Neridronat merupakan satu-satunya agen terapeutik yang diluluskan bagi merawat penyakit jarang sebegitu: OI (1 dalam 10,000 di UE) dan CRPS (3 dalam 10,000 di UE). Attila® telah didaftarkan di Itali dan digunakan oleh para pesakit di 32 negara Eropah di bawah tanda niaga Nerixia®. Neridronat mempunyai profil keselamatan unggul bagi penggunaan jangka panjang manakala populasi individu dewasa dan kanak-kanak pula menunjukkan daya toleransi yang tinggi terhadapnya. Ia merupakan satu-satunya bisfosfonat yang digunakan untuk neonat serta kanak-kanak. Dr. Massimo Di Martino, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Abiogen Pharma berkata: "Saya amat gembira apabila mengetahui Neridronat dapat merentasi sempadan politik dan sempadan geografi bagi tujuan merawat pesakit. Perkongsian kami dengan Lee's Pharma akan membantu para pesakit di China dan Taiwan untuk pulih daripada penyakit kritikal yang jarang berlaku dan tiada rawatan pilihan lain untuk merawatnya." Dr. Benjamin Li, Ketua Pegawai Eksekutif Lee's Pharm berkata: "Kami amat berbesar hati dengan perkongsian kami dengan Abiogen Pharma dan teruja dengan peluang yang ada untuk mengusahakan Neridronat di wilayah kami. Ini merupakan ubat keempat bagi penyakit jarang berlaku yang telah diluluskan dan ia sekali lagi memperlihatkan komitmen kami untuk merawat penyakit yang jarang berlaku."
Latar Belakang Attila® (natrium neridronat)
Attila® ialah aminobisfosfonat yang dibangunkan dan dimiliki oleh Abiogen Pharma, Pisa. Aktiviti antiresorpsi ini mengurangkan kadar erapan semula tulang yang merupakan asas penting bagi menggunakan ubat ini dalam rawatan penyakit Osteogenesis imperfecta. Ini merupakan satu-satunya bisfosfonat yang diluluskan untuk digunakan dalam bayi, kanak-kanak serta individu dewasa. Produk ini beroleh pendaftaran pertama di Itali pada tahun 2002, dikenali sebagai Nerixia®.
Latar Belakang Abiogen Pharma
Abiogen Pharma, yang terletak di Pisa, Itali ialah syarikat pakar farmaseutikal milik persendirian yang bertumpu terhadap metabolisme tulang dan juga beberapa penyakit yang jarang berlaku.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.abiogen.it.
Latar Belakang Lee's Pharmaceutical
Lee's Pharm merupakan syarikat biofarmaseutikal berasaskan penyelidikan yang berpusat di Hong Kong dan telah menjalankan operasi selama lebih 19 tahun dalam industri farmaseutikal China.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.leespharm.com.
SUMBER Abiogen Pharma