omniture

LOTTE HOTELS & RESORTS Buka Jenama 'L7 HOTELS BY LOTTE' Luar Negara Pertama di Hanoi

LOTTE HOTELS & RESORTS
2023-08-04 08:00 46

SEOUL, Korea Selatan, 4 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Kumpulan hotel yang terbesar di Korea Selatan, LOTTE HOTELS & RESORTS mengumumkan pembukaan lunak L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI pada 28 Julai, hotel luar negara pertama daripada jenama L7 HOTELS BY LOTTE, terletak di Hanoi, Vietnam.

L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI
L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI

Di tengah-tengah kawasan Tay Ho di Hanoi, L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI terletak di dalam Lotte Mall West Lake Hanoi, kompleks pusat membeli-belah terbesar di Vietnam dengan kawasan berkeluasan sejumlah 353,700 meter persegi.

Dibina sebagai kompleks dengan dua menara 23-tingkat, L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI mempunyai 264 bilik hotel dan 192 bilik kediaman berservis yang menghadap Tasik Barat dan Sungai Merah. Semua bilik di hotel ini mempunyai teres yang menyediakan pengalaman mencari ketenangan tropika yang harmoni dengan alam semula jadi yang indah.

Memandangkan kawasan Tasik Barat merupakan sebuah kampung yang sudah lama wujud serta kaya dan wilayah berkenaan merupakan kawasan yang sibuk dan popular untuk penduduk asing dan pelancong, hotel ini dijenamakan sebagai hotel gaya hidup 5-bintang servis-penuh dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan tambahan. Hotel gaya hidup ialah hotel butik yang memaparkan reka bentuk dalaman dan perkhidmatan bergaya, memperkenalkan kepada tetamu dengan gaya hidup baharu yang mencerminkan budaya tempatan.

Lake Salon ialah bilik istirehat eksklusif untuk tetamu yang menginap di bilik premium dengan akses kepada Club Lounge, menyediakan pelbagai perkhidmatan makanan dan minuman seperti minum petang dan waktu ria.

Kolam infiniti atas bumbung di tingkat 23 menghadap Tasik Barat mempunyai lilitan berukuran 16km dan menyediakan pemandangan panoramik yang luas terbentang yang mengungkap rasa.

Terdapat usaha baharu yang perlu diberi perhatian di kawasan F&B. Lush Salon ialah sebuah bilik istirehat yang mana tetamu boleh menikmati menu kopi istimewa, pencuci mulut serta bir ringan. Dengan permintaan yang tinggi dan populariti ruang kerja bersama dalam kalangan milenia tempatan, reka bentuknya adalah berasaskan konsep bilik istirehat komunal yang boleh berfungsi sebagai pejabat kongsi.

Di samping itu, terdapat pelbagai restoran atas-premis seperti Layered, sebuah restoran bufet yang mana anda boleh menikmati pelbagai hidangan di tujuh stesen masakan langsung, termasuk sushi & sashimi serta sudut BBQ & daging potong segar, Tim Ho Wan, francais dim sum berbintang-Michelin di Hong Kong dan Hedonist, sebuah bar koktel dengan suasana mewah yang menghadap Tasik Barat.

Laman Web Rasmi L7 HOTELS BY LOTTE WEST LAKE HANOI: https://www.lottehotel.com/westlakehanoi-l7/en.html

 

Source: LOTTE HOTELS & RESORTS
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion New products/services