Perkongsian sedia ada akan ditingkatkan di luar Asia
PULAU PINANG, Malaysia, 4 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Trip.com Group dan Penang Global Tourism (PGT) telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang memperluaskan perkongsian sedia ada mereka ke peringkat global. Dengan MOU baharu ini, platform Trip.com Group – termasuk Trip.com dan Ctrip – akan mempromosikan pelancongan ke negeri Pulau Pinang sepanjang tiga tahun akan datang. Perjanjian ini akan menyaksikan Pulau Pinang dipromosikan kepada pengembara dari pasaran global termasuk Tanah Besar China, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Australia.
Trip.com Group dan PGT telah menjalin kerjasama sejak tahun 2016, namun perjanjian ini masih berupaya membawa hubungan ini melalui beberapa titik pencapaian baharu – Trip.com Group merupakan rakan kongsi global pertama PGT, manakala PGT juga merupakan rakan kongsi global pertama Trip.com Group di Malaysia. MOU ini juga merupakan MOU pascapandemik pertama antara kedua-dua organisasi.
En. Bo Sun, Ketua Pegawai Pemasaran, Trip.com Group, berkata: "Trip.com Group dan Penang Global Tourism mempunyai hubungan rakan kongsi yang sudah bertahan sejak sekian lama. Kerjasama kami menjadi semakin erat selepas bersama-sama menempuhi cabaran yang timbul akibat daripada pandemik. Kami tetap komited untuk membangunkan pelbagai jenis produk dan mengembangkan pasaran untuk Pulau Pinang. Dengan penerimaan dan trend pelancongan baharu yang semakin memuncak selepas pandemik, kami berharap kerjasam kami dapat dimanfaatkan untuk terus memperkukuh serta memandu industri pelancongan negeri ini ke arah pemulihan pantas serta mencapai pertumbuhan mampan melalui inovasi."
YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang Sementara, berkata: "Pelancongan menjadi nadi yang merancakkan ekonomi kami dan mendorong cita-cita kami dalam kemakmuran negeri Pulau Pinang. Tatkala kami menjalin hubungan yang bersejarah ini dengan Trip.com Group yang menjadi perkongsian global yang pertama selepas pandemik dan yang pertama di Malaysia, kami mengukuhkan komitmen kami untuk menerima dunia dengan tangan terbuka sehingga ke 10 buah pasaran. Pelancongan tetap menjadi daya penggerak yang mendorong Pulau Pinang ke hadapan, memacu pertumbuhan ekonomi dan memperkayakan kehidupan di seluruh negeri ini."
Latar Belakang Trip.com Group
Trip.com Group ialah penyedia perkhidmatan pelancongan global terkemuka yang terdiri daripada Trip.com, Ctrip, Skyscanner, Qunar dan TrainPal. Trip.com Group membantu pengembara di seluruh dunia membuat tempahan pada harga yang lebih jimat untuk produk dan perkhidmatan pelancongan merentasi platofrmnya. Rakan Kongsi juga boleh menghubungkan penawaran mereka dengan pengguna melalui pengumpulan kandungan dan sumber komprehensif yang berkaitan dengan pelancongan. Platform transaksi termaju yang disediakan oleh Trip.com Group terdiri daripada aplikasi, laman web dan pusat sokongan pelanggan 24/7. Ditubuhkan pada tahun 1999 dan disenaraikan pada NASDAQ dalam tahun 2003 dan HKEX dalam tahun 2021, Trip.com Group telah menjadi salah satu kumpulan pelancongan yang paling terkenal di dunia dengan misi "untuk menerokai perjalanan yang sempurna demi dunia yang lebih baik." Ketahui lebih lanjut mengenai Trip.com Group di sini: group.trip.com.
Ikuti kami di: Twitter, Facebook, LinkedIn dan YouTube.
Latar Belakang Penang Global Tourism
Ditubuhkan untuk mempromosikan, memasarkan dan menjana pelancongan untuk Negeri Pulau Pinang di Malaysia, Penang Global Tourism (PGT) ialah biro pelancongan yang berperanan sebagai pusat tumpuan untuk menyelaraskan semua aktiviti pelancongan. PGT bekerjasama erat dengan pelbagai penggiat industri pelancongan penting di dalam dan luar negara. PGT mengambil bahagian dalam misi jualan luar negara di pameran perdagangan yang terkenal di dunia. Pendedahan tersebut menempa nama Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi, lokasi pelaburan dan rumah pilihan untuk ramai orang dari seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Penang Global Tourism di sini: www.mypenang.gov.my