Bagi tahun ke-13 berturut-turut, CCL merupakan satu-satunya institusi -- daripada lebih 75 yang disenaraikan -- yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan secara eksklusif.
SINGAPURA, 26 Mei 2014 /PRNewswire/ -- The Center for Creative Leadership (CCL®), peneraju global dalam pendidikan eksekutif dan latihan kepimpinan, telah berada di kedudukan No. 4 secara keseluruhannya dalam tinjauan pendidikan eksekutif seluruh dunia, Financial Times 2014.
Dengan rangkaian pejabatnya di Asia, Eropah serta Amerika Utara, CCL mendaki empat anak tangga untuk berada di kedudukan No. 4 pada peringkat global bagi program Khusus serta kedudukan No. 9 bagi program Penyertaan Terbuka. Di samping itu, kedudukan baharu CCL ini meneruskan arah aliran kecemerlangan yang tekal dengan beroleh kedudukan 10 Teratas selama 13 tahun berturut-turut dalam tinjauan global itu.
Kedudukan tersebut adalah berdasarkan maklum balas langsung daripada pelanggan organisasi dan pelanggan individu yang menilai penyedia pendidikan eksekutif yang menerajui bidang itu mengikut kualiti dan kesannya.
"Di CCL, kami membantu para pelanggan untuk memanfaatkan kepimpinan bagi menghasilkan keputusan yang paling bermanfaat untuk mereka," ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CCL John R. Ryan. "Kedudukan yang diperoleh ini mengesahkan hasil usaha kami memberi manfaat kepada para individu, pasukan, organisasi serta masyarakat. Kami amat berterima kasih atas kelebihan untuk bekerjasama dengan mereka semua."
"Kami amat komited untuk menghasilkan keputusan yang berterusan bagi para pelanggan kami dan kami amat terharu dengan satu lagi pengesahan positif hasil usaha kami yang memberikan kesan dan melangkaui jangkaan, terutamanya di Asia," Dr Roland Smith berkata pula, sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan CCL, Asia Pasifik. "Kami amat berterima kasih kepada mereka kerana membenarkan kami untuk memberi sokongan terhadap perjalanan pembangunan kepimpinan ini sepanjang dekad lalu, terutamanya di seluruh Asia."
Latar Belakang CCL
The Center for Creative Leadership (CCL®) ialah penyedia pembangunan kepimpinan pada peringkat global yang berkedudukan tinggi. Dengan memanfaatkan kelebihan kepimpinan bagi menghasilkan keputusan yang paling berfaedah untuk para pelanggan, CCL mentransformasikan pemimpin individu, pasukan, organisasi serta masyarakat. Penyelesaian kami yang terkini dan berkepelbagaian ini adalah berdasarkan kajian yang meluas serta pengalaman yang diperoleh hasil daripada kerjasama dengan sejumlah besar pemimpin pada pelbagai peringkat. Sebagai antara penyedia pendidikan eksekutif yang disenaraikan dalam kedudukan 5 Teratas di seluruh dunia oleh Financial Times dan 10 Teratas oleh Bloomberg BusinessWeek serta Financial Times, CCL mempunyai sejumlah pejabat di Greensboro, Carolina Utara; Colorado Springs, Colorado; San Diego, California; Brussels, Belgium; Moscow, Rusia; Addis Ababa, Etiopia; Johannesburg, Afrika Selatan; Singapura; New Delhi-NCR, India; dan juga Shanghai, China.
Maklumat Perhubungan Media
Molly Chin
Pusat Kepimpinan Kreatif
+65-6854-6009
chinm@ccl.org
Samson Lam
The Hoffman Agency
+65-6361-0250
slam@hoffman.com