omniture

Keinginan untuk Menjadikan Kapitalisme Lebih Adil; Kemampuan untuk Melakukannya

The Conference on Inclusive Capitalism
2014-05-27 07:01 134

LONDON, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Lelaki dan Wanita yang Mengawal Satu Pertiga daripada Aset Cair Dunia Berkumpul Bersama untuk Menjadikan Perangkuman dan Keadilan Sebagai Asas Kukuh Perniagaan Global

Kesamaan, peluang & tanggungjawab menjadi titik tengah persidangan London yang tersendiri dengan menyaksikan ucapan daripada Clinton, Lagarde & Carney

Persidangan Kapitalisme Terangkum menyediakan jalan untuk menjadikan perniagaan dan para pelabur sebagai pelopor usaha menentu ukur semula masyarakat pasca krisis kewangan

Para penceramah: Yang Amat Mulia Putera Wales - Bill Clinton - Christine Lagarde - Mark Carney - Lawrence H. Summers - Paul Polman - Sir Charlie Mayfield - Jin Liqun - Eric Schmidt - Lord David Sainsbury

250 delegasi global dari 37 negara dan 35 sektor perniagaan mewakili aset di bawah pengurusan yang bernilai kira-kira $30 trilion – satu pertiga daripada pendapatan dunia yang boleh dilaburkan

Persidangan yang diadakan buat julung kalinya ini dan mengumpul bersama pemimpin daripada kalangan pelabur berinstitusi terkemuka, pengurus aset, syarikat, dana kekayaan diraja serta institusi kewangan dari seluruh dunia, akan diadakan di sini hari ini. Delegasi Persidangan Kapitalisme Terangkum berkongsi satu matlamat yang sama: untuk mencari cara yang praktikal bagi memperbaharui sistem kapitalis, lalu menjadikannya enjin terangkum yang terdiri daripada peluang ekonomi dan kemakmuran bersama.

Sejak krisis kewangan, debat yang didokumentasikan dengan rapi tentang peranan dan juga tujuan perniagaan telah muncul. Para pemimpin telah mempersoalkan sama ada orang ramai akan terus menyokong sistem yang semakin membiakkan ketidaksamaan, membenarkan dan turut memberi ganjaran pula terhadap perbuatan tidak beretika, serta menindas kepentingan tujuan sosial demi memberi tumpuan utama terhadap hasil kewangan suku tahun berikutnya semata-mata.

Responskerjasama yang berani sangat-sangat diperlukan daripada mereka yang mempunyai kuasa untuk menjadikan kapitalisme dan pasaran bebas merangkumi masyarakat secara keseluruhannya. Kesan inovasi teknologi pantas, globalisasi perniagaan dan idea yang semakin meluas, serta sumber yang semakin dihadkan menjadikan respons yang bersatu lebih penting berbanding sebelum ini.

Memandangkan ketokohan individu yang hadir serta skala sumber yang mereka wakili, Persidangan Kapitalisme Terangkum itu mewakili permulaan zaman ketika perniagaan boleh mengorak langkah untuk memberi komitmen terhadap tindakan kolaboratif yang boleh mengubah keadaan semasa.

Persidangan Kapitalisme Terangkum menyokong semua usaha untuk meningkatkan faedah sosial dan ekonomi untuk semua bidang aktiviti komersil. Namun begitu, ada tiga bidang yang Persidangan Kapitalisme Terangkum percaya dapat menerima impak yang signifikan dan mendalam daripada perniagaan, maka Persidangan ini akan bertumpu terhadap:

Menggalakkan kelakuan berhemah yang menggariskan kewibawaan dan keadilan sistem serta melindungi kepentingan orang ramai dan syarikat yang bekerja dalam lingkungannya

Mewujudkan peluang ekonomi melalui pendidikan yang diperhebat, latihan kemahiran, pewujudan peluang pekerjaan serta inovasi

Pelaburan jangka panjang dengan bertumpu terhadap pulangan yang tertinggi untuk semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kestabilan kapitalisme, dan bukan sekadar pulangan yang terpantas untuk para pemegang saham.

"Persidangan Kapitalisme Terangkum ingin memberi maklum balas kepada masalah peralihan kedudukan serius yang disebabkan oleh pembangunan dalam kapitalisme sepanjang tempoh 30 tahun lepas: kegoyahan kepercayaan umumterhadap perniagaan, peningkatan ketidaksamaan hasil pendapatan seluruh dunia, tempoh jangka pendek yang semakin menular dalam pasaran modal, serta krisis integriti dan nilai sistem itu. Di terasnya, Persidangan Kapitalisme Terangkum ingin memulihkan peranan kapitalisme sebagai enjin peluang untuk semua," kata Lynn Forester de Rothschild, Ketua Pegawai Eksekutif EL Rothschild serta Penganjur Bersama dan Pengasas Persidangan Kapitalisme Terangkum. "Melalui Persidangan Kapitalisme Terangkum, kami akan memerangiketidaksamaan harapan yang wujud dalam sistem hari ini."

Penceramah ucapan dasar, Christine Lagarde, pengarah urusan IMF berkata: "Dahulu, pakar ekonomi telah memandang rendah kepentingan ketidaksamaan. Mereka telah bertumpu terhadap pertumbuhan ekonomi, terhadap saiz habuan yang mereka akan dapat dan bukannya terhadap pengagihan kemewahan itu. Hari ini kita sudah semakin sedar dengan kemusnahan yang disebabkan oleh ketidaksamaan. Pendek kata, pengagihan pendapatan yang sangat tidak seimbang akan menjejaskan kadar dan kemampanan pertumbuhan dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia akan membawa kepada ekonomi pengecualian, dan banyak potensi yang sia-sia. Pengakuan terhadap fakta ini oleh persidangan kapitalisme terangkum ini adalah sangat penting demi masa hadapan jangka panjang yang makmur untuk semua."

Delegasi persidangan Paul Polman, Ketua Pegawai Eksekutif Unilever memberi komen,"Inti pati kapitalisme itu sendiri sedang terancam. Kita mesti membawa dunia ini kepada kewarasannya semula dan lebih mengutamakan kepentingan bersamaberbanding kepentingan sendiri. Pertemuan penting pemimpin perniagaan dan kewangan global ini menyediakan kami peluang untuk mencecah titik penentu agar perniagaan, kerajaan serta kewangan boleh bekerja bersama untuk membangunkan kerangka kerja beretika yang baharu bagi pertumbuhan."

Fiona Woolf, Datuk Bandar London dan penganjur bersama Persidangan Kapitalisme Terangkum berkata: "Kapitalisme terangkum bukan sekadar idea yang menarik – malah peralihan yang penting untuk dilakukan jika kita mahu kapitalisme terus bernyawa. Anda tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk berasa risau dengan hala tuju yang sedang diambil oleh ketidaksamaan. Jika kapitalisme mahu mengekalkan tuntutan moralnya untuk berkhidmat kepada manusia, ia mesti mencari jalan untuk melibatkan lebih ramai orang, dalam lebih banyak cara, dalam pulangannya. Inilah cabaran yang kami hadapi – dan kami mesti menerimanya."

Semua media

Persidangan itu akan diadakan di bawah Chatham House Rule, dengan pengecualian ucapan dasar, yang akan dicatatkan dalam rekod.

Semua ini akan disiarkan secara langsung pada waktu berikut melalui https://www.ft-live.com/ft-events/conference-on-inclusive-capitalism/sessions/live-stream/

9:05 pagi - Yang Amat Mulia Putera Wales

9:15 pagi - Christine Lagarde, Pengarah Urusan, Tabung Kewangan Antarabangsa

1:35 tengah hari - Lawrence H. Summers, Profesor Universiti Charles W. Eliot di Harvard

5:00 petang - Presiden Bill Clinton, Pengasas Yayasan Clinton dan Presiden ke-42 Amerika Syarikat

8:00 malam - Mark Carney, Gabenor, Bank England

Memandangkan Persidangan itu diadakan di bawah Chatham House Rule, kami tidak boleh memenuhi permintaan pihak media untuk menghadiri persidangan itu.

Ucapan dasar yang disenaraikan di atas akan dikumpulkan oleh Reuters dan dihantar melalui LiveU dalam definisi standard. Sila hubungi inclusivecapitalism.press@edelman.com untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkan suapan ini.

Sila hubungi pejabat akhbar di Inclusivecapitalism.press@edelman.com jika anda ingin mengadakan sebarang temu bual media dengan jurucakap bagi persidangan itu.

Latar belakangPersidangan Kapitalisme Terangkum

Idea untuk Persidangan Kapitalisme Terangkum ini tercetus pada Mei 2012 sebagai maklum balas terhadap jemputan kepada E.L. Rothschild daripada Kota London bagi menganjurkan pertemuan global penting yang boleh menghasilkan pelan tindakan yang boleh diambil oleh para pelabur dan perniagaan sebagai maklum balas kepada pelbagai impak negatif yang disebabkan oleh krisis kewangan; seperti peningkatan dalam ketidaksamaan pendapatan, skandal korporat dan kewangan berskala besar serta kegoyahan kepercayaan umum terhadap perniagaan, kadar pengangguran yang berterusan dan begitu tinggi sehingga mencatat rekod serta pendekatan jangka pendek untuk menguruskan dan turut memiliki syarikat.

Persidangan itu telah dianjurkan oleh E.L. Rothschild dengan bantuan daripada Financial Times Live, Edelman, dan ramai lagi sukarelawan serta sokongan yang melimpah-ruah daripada yayasan yang disenaraikan di bawah Yayasan Tony Elumelu dari Afrika, Yayasan Rockefeller dan Yayasan Ford dari AS, Yayasan Amal Gatsby serta Yayasan Keluarga Blavatnik dari UK, Sunshine Kaidi New Energy Group dari China, dan juga Institut Kerakyatan Keusahawanan (ICE) dari Brazil.

Kapitalisme Terangkum ialah istilah yang merupakan sebahagian daripada semua usaha terpuji yang dilakukan oleh golongan yang menekankan kapitalisme sedar, kapitalisme moral, kapitalisme bagus dan juga semua usaha lain bagi membuatkan ekonomi dunia lebih mampan dengan menjadikan ekonomi tersebut bekerja dengan lebih baik untuk seluruh masyarakat serta untuk planet ini. Segala usaha itu dilakukan berdasarkan fakta kapitalisme memerlukan sokongan awam yang meluas agar dapat berjaya, yang hanya dapat dikekalkan jika pasaran itu memberikan pulangan berasaskan keluasan daripada segi pendapatan dan standard kehidupan. Kapitalisme terangkum mengiktiraf yang motif keuntungan semata-mata tidak boleh diharapkan untuk mengelakkan pertumbuhan berbahaya dalam ketidaksamaan, penyelewengan serta pecah amanah, ataupun kebinasaan terhadap kesihatan awam dan persekitaran global. Di pusatnya ialah pandangan yang mengatakan perniagaan dan pelabur mesti sedar akan peranan mereka dalam masyarakat selain matlamat utama mereka, dan turut mempunyai tanggungjawab untuk mengubah kelakuan mereka apabila keyakinan umum dalam pasaran mula goyah.

Sebagai legasi berkekalan untuk Persidangan Kapitalisme Terangkum ini, koleksi esei nukilan para peserta persidangan itu akan diterbitkan. Esei itu akan mengandungi usul daripada peserta persidangan untuk menjadikan kapitalisme lebih terangkum. Bagi kemas kini dan maklumat tentang kemajuan usaha untuk menjadikan kapitalisme lebih terangkum sila lawati http://www.conferenceoninclusivecapitalism2014.com selepas persidangan itu berlangsung. Tambahan lagi, rakaman acara itu akan turut disediakan, berserta temu bual dengan hadirinnya dan juga sorotan kepimpinan pemikiran bersama yang dihasilkan oleh delegasi itu tentang subjek Kapitalisme Terangkum.

Sumber: The Conference on Inclusive Capitalism

Source: The Conference on Inclusive Capitalism
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news