omniture

Jenama F&B sedia-AI, Francais Taiwan dan Pelesenan Karakter Menjadi Tumpuan Penting di Franchising & Licensing Asia 2023

Constellar
2023-08-07 10:30 286

SINGAPURA, 7 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pengunjung yang menghadiri Franchising & Licensing Asia (FLAsia) pada Ogos ini boleh meninjau peluang pemfrancaisan dengan jenama-jenama makanan dan minuman (F&B) yang memfokuskan untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui AI dan automasi; jenama-jenama yang dipilih khas dari Taiwan; dan buat julung kalinya, peluang pelesenan karakter dan barangan.


Kembali pada 17-19 Ogos di Aras 1 Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Dewan C, FLAsia ialah platform perdagangan yang paling bertapak kukuh di Asia untuk industri ini, dipersembahkan setiap tahun oleh Franchising and Licensing Association (Singapore) dan dianjurkan oleh Constellar. Edisi tahun ini membawakan lebih 100 francais tempatan dan antarabangsa dari Australia, Hong Kong (China), Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan (China), Amerika Syarikat dan Vietnam, menghubungkan individu dan usahawan bercita-cita tinggi dengan jenama-jenama sedia-global yang ingin berkembang ke seluruh pelosok Asia dan dunia, dengan Singapura sebagai batu loncatan.

Dengan tema FLAsia 2023 'Menerobos Sempadan dengan Pemfrancaisan: Membuka Jalan untuk Usahawan Bercita-cita Tinggi & Jenama-jenama Sedia-Global,' Cik Low Yen Ling, Menteri Negara, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia & Kementerian Perdagangan dan Industri akan memberi ucapan alu-aluan beliau, diikuti oleh persidangan selama 2 hari dan bengkel pada hari terakhir yang akan menyelami secara mendalam topik-topik yang memfokuskan untuk menerobos sempadan pemfrancaisan.

Menampilkan lebih 40 pemimpin dan pakar yang mempunyai banyak pengalaman silang-sektor, FLAsia 2023 akan meneliti topik-topik bermula daripada pilihan pelanggan yang berubah-ubah, kesahan pelesenan jenama, pengurusan hubungan pemberi francais-pemegang francais, pilihan pembiayaan dan pendanaan, antara lain. Bengkel hari ketiga akan mengambil pendekatan amali yang mana para peserta memulakan perjalanan kajian yang komprehensif untuk memeriksa dan mengemudi dengan teliti komponen francais.

Terokai francais F&B dan bagaimana AI serta automasi dapat mengoptimumkan kecekapan

Di tingkat pameran, FLAsia 2023 terus mendapat sokongan padu dan penyertaan daripada jenama-jenama F&B serta restoran-restoran seperti Brotzeit® German Restaurant and Beer Bar, Canadian 2 for 1 Pizza, Chewy Junior, Crystal Jade, Gloria Jean's Coffees, Gopizza, Home Fiesta by Tung Lok dan Russo's New York Pizzeria.

Peserta pameran kali pertama Arteastiq akan melancarkan 'AI Tomato', jenama khusus pasta dari Singapura yang menerima kemajuan teknologi untuk menghasilkan hidangan pasta yang lazat dan berkualiti tinggi dengan bahan-bahan segar. Dapur berteknologi tinggi ini menggabungkan kecerdasan buatan dan teknologi automasi canggih untuk menggantikan segmen-segmen persediaan makanan tradisional dan proses memasak.

Alami contoh unggul kulinari dan gaya hidup Taiwan 

Astaka Jenama-jenama Francais Taiwan yang luas akan membawakan barisan jenama minuman, kulinari dan gaya hidup Taiwan luar biasa yang ingin meluaskan kehadiran jenama mereka di seluruh dunia. Ini termasuk pengusaha-pengusaha yang bertapak kukuh dalam bidang minuman segar Taiwan seperti COCO fresh tea & Juice; Chinyo Tea dan Cozy Tea Loft. Jenama-jenama kulinari Taiwan yang perlu dilihat termasuk Hu Xu Zhang (Formosa Chang); Fuhuigen; Kazama Catering, Meet Fresh dan Moon Met Mountain Shawarma. Para pengunjung juga harus melihat jenama-jenama gaya hidup AQUA dan LUVAII by Peisheng Beauty Group.

Temui potensi menguntungkan pelesenan karakter dan pembarangan

Buat julung kalinya, FLAsia2023 akan menjadi tuan rumah kepada dua syarikat yang terkemuka dalam pasaran pelesenan - Bandai Namco Entertainment dan Forward Creation – yang menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menghasikan barang berlesen yang menggabungkan karakter ikonik mereka. Bandai Namco Entertainment jenama-jenama permainan legasi dan blokbusternya seperti PAC-MAN, Elden Ring, Tekken, Taiko no tatsujin dan banyak lagi. Forward Creations berbangga kerana dapat menghubungkan jenama-jenama konsep dengan komuniti K tempatan dan akan mempersembahkan IP karakternya iaitu GOODYVERSE, Dr.B-PANG dan SMELLY untuk penerokaan pelesenan dan pembarangan dan yang selanjutnya.

"Kami amat teruja mengenai FLAsia pada tahun ini dengan portfolio jenama yang pelbagai yang menawarkan peluang pemfrancaisan dan pelesenan kepada pengunjung tempatan dan serantau yang berminat. Ia sekali lagi menunjukkan potensi menguntungkan pasaran pengguna Asia, dengan Singapura menjadi batu loncatan untuk jenama-jenama berkembang ke rantau ini. Kepelbagaian dan keanekaan kandungan pada tahun ini adalah sangat memperkasakan bakal pemegang francais dan rakan kongsi pelaburan yang berminat, memberikan pengukuhan ketara proposisi FLAsia sebagai platform pertukaran ilmu dan jaringan perniagaan yang penting," kata En Dickson Low, Presiden Franchising and Licensing Association (Singapore).

Jenama-jenama lain untuk dilihat termasuk Nullspace Robotics and Speech Academy berfokus pendidikan; jenama-jenama kesihatan & kesejahteraan Anytime Fitness dan Mscents; jenama kedai serbaneka 7-Eleven; jenama mesin layan diri yang memfokuskan untuk menjual produk Diperakui Halal dan Berkaitan Islam - CLEAN by One Halal Nation; dan banyak lagi.

Kemasukan ke FLAsia 2023 adalah percuma dan dibuka kepada pengunjung perniagaan/perdagangan serta individu bercita-cita tinggi yang mencari peluang perniagaan serta pelaburan. Daftar di sini.

Butiran Acara

Franchising & Licensing Asia (FLAsia) 2023

17 – 19 Ogos 2023 (Khamis – Sabtu), 10 pagi – 6 petang, setiap hari

Laman Web: https://franchiselicenseasia.com/

Facebook: https://www.facebook.com/FranchiseLicenseAsia

LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/franchiselicenseasia/

Tanda Pagar Rasmi: #FLAsia2023 #FLAsia


Latar Belakang Franchising and Licensing Association (Singapore)

FLA (Singapore), salah satu ahli pengasas World Franchise Council, ditubuhkan pada tahun 1993 dengan misi untuk mendorong dan membangunkan industri francais Singapura. Sebagai komponen penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan Singapura, FLA (Singapore) menggalakkan dan mempermudah penggunaan pemfrancaisan, pelesenan dan penjenamaan sebagai strategi pertumbuhan untuk perusahaan Singapura, seterusnya menyumbang untuk mengubah Singapura menjadi hab francais dan lesen serantau. Melalui perkongsiannya dengan agensi kerajaan Singapura serta badan francais dan lesen antarabangsa, FLA (Singapore) turut membantu ahli-ahlinya dalam program pembangunan antarabangsa mereka. Dengan keahlian aktif yang semakin berkembang kepada hampir 140 syarikat, mewakili lebih daripada 250 jenama yang mantap, FLA (Singapore) dipimpin dan diurus oleh pasukan penasihat, ahli jawatankuasa dan sekretariat sepenuh masa yang berdedikasi dengan matlamat untuk menyokong syarikat-syarikat Singapura berkembang ke peringkat antarabangsa. https://www.flasingapore.org/

Latar Belakang Constellar

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan kongsi rujukan Asia untuk menyusun atur pengalaman acara dan tempat yang inovatif, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi kesan untuk menyatukan pasaran global, perniagaan dan pengguna demi pertumbuhan mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu anda membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan mengupayakan kolaborasi silang-industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.

 

Source: Constellar
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Restaurants Retail Trade show news Future Events