omniture

RS Components dan Allied Electronics Mengiktiraf Siemens, Phoenix Contact, Arduino dan Schneider Electric dengan Anugerah Pembekal Global 2014

Empat pembekal telah diiktiraf kerana pencapaian cemerlang dengan anugerah untuk prestasi, kecemerlangan perkhidmatan, inovasi serta perkongsian
RS Components
2014-05-27 11:00 140

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS) dan Allied Electronics (Allied), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia, telah menganjurkan Anugerah Pembekal global pertama mereka bagi mengiktiraf pencapaian pengeluar terpilih sepanjang tahun lepas dalam empat kategori berbeza: prestasi; kecemerlangan perkhidmatan; inovasi; serta perkongsian. Anugerah itu telah disampaikan kepada empat pemenang kategori itu dalam majlis keraian yang diadakan semasa kejohanan ragbi Hong Kong Sevens dari 28 hingga 30 Mac 2014.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Siemens telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Prestasi bagi mengiktiraf usaha pembekal itu untuk mencapai pertumbuhan jualan luar biasa dalam masa 12 bulan lepas. Siemens juga telah bekerjasama dengan RS dan Allied bagi mendapatkan ribuan pelanggan baharu, dan turut membantu menjana peningkatan signifikan bagi pulangan saham.

Dalam kategori Kecemerlangan Perkhidmatan, pengeluar automasi dan kejuruteraan elektrik Phoenix Contact telah diiktiraf kerana mencapai ketepatan penghantaran tertinggi bagi lebih 35,000 pesanan yang telah disalurkan melalui RS dan Allied pada peringkat global.

Para pembangun platform pemprototaipan barangan elektronik sumber terbuka Arduino merangkul anugerah untuk Inovasi, bukan sekadar untuk inovasi produk, tetapi juga untuk usaha kolaboratif mereka dengan RS dan Allied untuk penghantaran eksklusif, kuantiti pelancaran utama, serta tempoh pendahuluan pengisian semula. Sokongan teknikal dan pemasaran yang bagus juga merupakan faktor utama, termasuk tutorial video, blog dan juga penyertaan bersama di pameran pencipta Maker Faire. Semua ini menyumbang kepada pertumbuhan jualan luar biasa bagi rangkaian Arduino.

Hadiah untuk Perkongsian telah dianugerahkan kepada Schneider Electric kerana kerjasama dengan RS dan Allied bagi membangunkan inisiatif jualan dan pemasaran koperasi terbesar yang disasarkan kepada para pelanggan pada peringkat global. Schneider juga merupakan penyokong kuat perisian pemodelan DesignSpark Mechanical 3D baharu revolusioner yang telah dilancarkan oleh RS dan Allied pada tahun 2013, menggunakan platform itu bagi menyediakan sokongan jualan kepada para jurutera. Syarikat itu sangat sejajar dengan RS dan Allied dalam strategi eDagang mereka.

"Kami menyimpan stok kira-kira 500,000 produk daripada ribuan pembekal pada peringkat global, dan kami menyasarkan untuk menyemai hubungan rapat dengan para pembekal kami bagi meningkatkan tawaran kami kepada para pelanggan," berkata Phil Dock, Ketua Produk dan Pengurusan Pembekal Global di Electrocomponents. "Kami telah mewujudkan anugerah pembekal ini bagi menyerlahkan dan turut mengiktiraf apa yang boleh dicapai melalui kerjasama yang berjaya pada peringkat global dan dengan menerima cara baharu bagi melibatkan dan menyokong pelanggan melalui sumber dalam talian yang inovatif."

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan terakhir yang tamat pada 31 Mac 2013, telah mencatatkan hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengarah Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Semiconductors Awards