omniture

Memperkukuh Inovasi dan Pembangunan Berkualiti Tinggi, XCMG Machinery Menduduki Kedudukan Tertinggi Antara Semua Syarikat Jentera Pembinaan Cina dalam Fortune China 500 2023

XCMG Machinery
2023-08-07 14:01 20

XUZHOU, China, 7 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425) menduduki kedudukan ke-212 dalam Senarai Fortune China 500 2023 yang dikeluarkan oleh Fortune China pada 25 Julai di Beijing, yang tertinggi antara semua syarikat jentera pembinaan Cina, dengan jumlah hasil mencecah USD 13,946.8 juta dan keuntungan sebanyak USD 640.3 juta dalam tahun fiskal 2022. 

Sebagai penyedia jentera pembinaan dan penyelesaian pembangunan mampan yang terkemuka di peringkat global, kini XCMG mengeksport ke 191 negara dan wilayah, dengan bahagian pasaran meningkat sebanyak 2.42 peratus. XCMG melihat kejayaan yang berterusan pada tahun 2023, memandangkan suku pertama melaporkan hasil sebanyak 23.9 bilion yuan, yang mana hasil luar negara melebihi 10.6 bilion yuan, mencatat rekod dalam sejarah suku tunggal dan menyumbang sebanyak 45% daripada hasil kendalian.

XCMG sedang beralih menempuh kemelesetan ekonomi yang menjejaskan industri ini dengan mengutamakan inovasi teknologi dan pengantarabangsaan untuk berkembang dengan bingkas. Pada tahun 2022, XCMG melabur sebanyak 5.75 bilion yuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), satu peningkatan sebanyak 6.13 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menjelang akhir tahun 2022, XCMG memegang 9,742 paten berlesen sah, termasuk 2,458 paten inovasi dan 183 paten luar negara.

Industri jentera pembinaan berada pada titik perubahan peralihan dan transformasinya yang pintar dan mampan. Menurut Counterpoint, satu dalam tiga mesin pembinaan dijual pada tahun 2022 mempunyai fungsi sambungan dibenamkan dan sektor pasaran dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan mencecah 11 peratus sepanjang lapan tahun akan datang. XCMG merupakan salah satu daripada lima pengusaha penting yang bersama-sama mencapai 60 peratus bagi penghantaran mesin pembinaan terhubung pada tahun 2022.

Mempromosikan industrialisasi baharu sebagai asas transformasi digital, XCMG memberi tumpuan untuk membina infrastruktur digital dan pintar demi pembangunan produk serta perkhidmatan.

Di Sidang Kemuncak Metasemesta China Hurun ke-2 yang diadakan pada 20 Julai di Guangzhou, XCMG dinamakan sebagai perusahaan 200 Teratas dalam senarai "Syarikat-syarikat Metasemesta China Hurun dengan Potensi Terbesar 2023" atas potensinya dalam bidang metasemesta.

"XCMG komited untuk menyediakan penyelesaian yang canggih, mampan untuk pelanggan global kami, memanfaatkan kelebihan utama kami dari segi R&D teknologi yang inovatif, rantaian bekalan yang komprehensif dan jaringan operasi global serta keupayaan pembuatan pintar, bagi mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan global kami," kata Yang Dongsheng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi XCMG. 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Awards