omniture

SANY Engineering Vehicles Perkenal Rangkaian Baharu Lori Pembuang Tenaga Baharu Pintar

SANY Group
2023-08-07 21:30 113

CHANGSHA, China, 7 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Bahagian Perniagaan SANY Engineering Vehicles, ("SANY Engineering Vehicles") sebuah jabatan SANY Group ("SANY") yang memfokuskan pada pengeluaran kenderaan tenaga baharu, memperkenalkan seluruh rangkaian produk baharunya, menyuntik tenaga baharu ke dalam sektor lori pembuang tenaga baharu. Model-model yang dinaik taraf bertujuan untuk menyediakan lebih banyak ciri pintar, kecekapan lebih tinggi, output kuasa lebih besar, impak alam sekitar yang lebih rendah dan pengalaman pemanduan yang dipertingkat.

Clients check out the new energy vehicles newly launched by SANY in its industrial park in Changsha.
Clients check out the new energy vehicles newly launched by SANY in its industrial park in Changsha.

Lori pembuang baharu dipamerkan di majlis pelancaran, disesuaikan mengikut sektor-sektor tertentu.

  • Lori Pembuang 432 Tugas-Berat memperkukuh kapasiti bearing casisnya berbanding pendahulunya, dengan keupayaan dipertingkat untuk beroperasi dalam keadaan kerja yang ekstrem.
  • Lori Pembuang 321 Hibrid menampilkan sistem pemanduan hibrid yang menawarkan faedah-faedah untuk aplikasi perlombongan dan kuari.
  • Lori Pembuang 416 Komposit mempunyai badan komposit yang amat sesuai untuk digunakan di persekitaran bandar. Badan komposit membantu mengurangkan berat, menjurus kepada penggunaan tenaga dan kos kendalian yang lebih rendah.
  • Lori Pembuang 423 Hibrid menunjukkan kecemerlangan di kawasan pergunungan, kawasan perlombongan dan rupa bumi sisa pembinaan bandar.
  • Lori Pembuang 207 Elektrik Tulen Bersaiz-Sederhana dioptimumkan untuk digunakan di persekitaran bandar.

Yu Hongfu, Presiden SANY Heavy Industry, menekankan komitmen mereka terhadap 'Strategi Dwi Karbon' negara semasa pelancaran produk dan menyatakan bahawa produk-produk baharu itu merupakan keluaran pertama sejak pewujudan SANY Engineering Vehicles, meliputi platform-platform hibrid, tugas-berat dan komposit.

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan tenaga baharu dalam sanitasi perbandaran dan kejuruteraan pembinaan, SANY melabur dengan banyak dalam sektor ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022, SANY melabur sebanyak lebih RMB 200 juta, membangunkan penyelesaian untuk kenderaan elektrik tulen, hibrid, bahan api hidrogen dan juga kenderaan tradisional.

Dengan meraih kedudukan nombor satu bagi jualan dalam tahun 2022 dan mengekalkan kedudukan kepimpinannya untuk separuh pertama tahun 2023, SANY Engineering Vehicles menunjukkan bahawa ia mendapat pengiktirafan dan kepercayaan pelanggan ekoran produk dan perkhidmatannya yang berkualiti tinggi.

SANY menumpukan perhatian untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan kejuruteraan inovatif yang menyumbang kepada produktiviti dan kecekapan pelanggannya. Pelancaran produk baharu itu menandakan satu langkah penting ke hadapan untuk SANY Engineering Vehicles, yang bersedia untuk merangsang inovasi yang selanjutnya dalam industri ini dan masa depan yang maju dari segi teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Source: SANY Group
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Utilities New products/services