omniture

CIFF Shanghai 2023 Bersedia Mengalu-alukan Hadirin Global Kembali ke Pameran September Ini

CIFF Shanghai 2023
2023-08-07 22:08 51

SHANGHAI, 7 Ogos 2023  /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China kali ke-52 (Shanghai) ("CIFF Shanghai 2023") dijadualkan berlangsung mulai 5 hingga 8 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai. Acara tersebut, yang meliputi kawasan seluas 340,000 meter persegi yang mengagumkan dan menampilkan 1,500 peserta pameran, sekali lagi bersedia untuk mengalu-alukan hadirin global.


Sorotan bagi acara tahun ini ialah Dewan Reka Bentuk yang disusun dengan rapi, meliputi kawasan yang luas iaitu 60,000 meter persegi. Ia bertujuan untuk menetapkan standard baharu bagi reka bentuk rumah asli di China dan akan mempamerkan produk baharu dengan bangganya daripada jenama-jenama reka bentuk yang terkemuka di dunia.

Selain daripada Dewan Reka Bentuk, pameran berkenaan akan turut membawakan tiga astaka perabot lembut mewah, termasuk dua dewan sofa dan sebuah astakan ekologi tidur pintar. Ini akan menempati kawasan keseluruhan berkeluasan 90,000 meter persegi, menghimpunkan jenama-jenama domestik dan antarabangsa yang terkemuka serta menawarkan kepada pengunjung dengan gambaran sekilas terhadap senario kehidupan rumah yang berkualiti tinggi.

Bersempena dengan pameran utama, CIFF Shanghai akan menjadi tuan rumah secara serentak kepada Pameran Jentera WMF CIFF, Pameran Ruang Pejabat Komersial CIFF, Pameran Estetika Kehidupan Trend CIFF dan Pameran Luaran Bandar CIFF. Keempat-empat sub-pameran ini meliputi seluruh rantaian industri kelengkapan rumah, bermula daripada huluan hingga hiliran.

CIFF Shanghai 2023 bersedia untuk menjadi sebuah acara yang penting dalam industri ini, menjangkakan kehadiran seramai kira-kira 100,000 wakil penjual dan 50,000 pereka. Pameran ini akan berperanan sebagai platform yang strategik untuk perniagaan berinteraksi dengan rakan-rakan kongsi di seluruh negara dan di peringkat global. Ia akan memberi penekanan untuk menarik minat pembeli antarabangsa dengan menawarkan perkhidmatan eksklusif yang menyasarkan untuk mendorong kolaborasi perniagaan.

Sejak pewujudannya pada tahun 1998, CIFF menonjolkan pasaran yang berkualiti secara berterusan, menyepadukan pameran dan kedai serta melengkapkan jenama-jenama reka bentuk terunggul dengan jenama-jenama industri yang terkemuka. Kini, ia telahpun berkembang menjadi sebuah pameran perabot terkenal yang diadakan dua kali setahun di Guangzhou dan Shanghai.

Tahun ini, CIFF Shanghai melaksanakan usaha yang gigih untuk menghubungkan pembeli global dan mendorong kerjasama antarabangsa. Melalui pengantarabangsaan, globalisasi serta promosi dan jemputan berbilang saluran, pameran berkenaan bermatlamat untuk menarik minat pembeli profesional dari seluruh dunia, bagi membangunkan sebuah platform kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

CIFF Shanghai 2023 menjadi simbol kebingkasan dan kebangkitan semula, menawarkan platform untuk pengusaha-pengusaha industri untuk berhubung semula, berkongsi pandangan dan meninjau peluang masa depan. Pameran berkenaan mengalu-alukan dengan penuh mesra pembeli global dan berharap dapat mempermudah kerjasama perniagaan yang membuahkan hasil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.ciff.furniture

 

Source: CIFF Shanghai 2023
Keywords: Banking/Financial Service Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Machinery Mining/Metals Retail Trade show news Future Events