omniture

Bondee Lantik Ketua Pegawai Eksekutif untuk Pimpin Bab Pertumbuhan Seterusnya

BONDEE
2023-08-08 09:00 112

Veteran industri Fei Yu membawa pengalaman luas untuk memacu pengembangan Bondee daripada ibu pejabat Singapuranya

SINGAPURA, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada visi strategiknya untuk masa depan, hari ini Bondee mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, bersedia untuk meningkatkan pertumbuhan platformnya ke tahap baharu. Fei Yu akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Bondee bagi memimpin syarikat menuju era inovasi dan pengembangan baharu, berpangkalan di ibu pejabat Singapuranya.

Fei Yu, Bondee CEO
Fei Yu, Bondee CEO

Dengan latar belakang yang luas dalam industri teknologi dan rekod prestasi kepimpinan yang terbukti, Fei membawa pelbagai kepakaran untuk Bondee. Pernah memegang beberapa jawatan kanan penting dalam firma-firma teknologi terkemuka sejak dua dekad yang lalu, termasuk di Meta, Google dan Microsoft, Fei tidak asing lagi untuk memacu transformasi pasaran dengan memanfaatkan teknologi dan memperkasa perniagaan untuk berkembang dengan memanfaatkan inovasi yang terkini. Fei juga merupakan penyokong kuat untuk kepelbagaian dan keterangkuman, dengan fokus pada peningkatan kepimpinan wanita dalam bidang perniagaan dan juga masyarakat.

"Saya berbesar hati dan teruja untuk menyertai Bondee sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya. Misi Bondee adalah untuk memberi inspirasi kepada penemuan dunia sebenar dan membawa keseronokan melalui penerokaan yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bondee Fei Yu.

"Sepanjang dua puluh tahun yang lalu dalam industri ini, saya melihat sendiri bagaimana Internet telah berkembang dan mengubah cara orang ramai berhubung, berkongsi dan berinteraksi. Menerusi komitmennya untuk mentransformasikan cara orang ramai berhubung dengan dunia, Bondee berkedudukan baik untuk membawa perubahan besar kepada persekitaran ini dengan memanfaatkan platform inovatifnya yang mencipta pengalaman yang lebih menarik dan beraneka, sambil memberi impak positif ke atas masyarakat. Bersama-sama pasukan kami yang berbakat dan berdedikasi di Bondee, kami berbangga untuk bertapak di Singapura sebagai pangkalan utama kami," tambah Fei.

Di bawah kepimpinan Fei dan pasukan eksekutif beliau, Bondee bersedia untuk menggiatkan usaha pengembangannya, berusaha untuk membangunkan pasukan yang berbakat merentas fungsi-fungsi yang berbeza di ibu pejabatnya di Singapura serta pejabat-pejabat global di seluruh Jepun, Korea Selatan dan China. Di Bondee, Fei akan menyelia operasi penting serta pembangunan perniagaan platform ini, berusaha untuk memacu pertumbuhan demi versi baharu yang sedia dilancarkan dalam masa terdekat.

Bondee dilancarkan pada Oktober 2022 sebagai platform sosial generasi seterusnya membawa erti yang penting kepada pengguna di seluruh Asia yang tertarik dengan cadangan untuk berinteraksi antara satu sama lain menerusi avatar yang direka bentuk secara kreatif dalam persekitaran metasemesta. Bondee menjadi popular dengan pantas, tersenarai sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada App Store and Google Play dalam enam pasaran di seluruh Asia. Versi Bondee yang akan datang memanfaatkan teknologi inovatif yang terkini, meluaskan dan memperkayakan cara pengguna mengekspresikan diri mereka secara kreatif, bagi menyampaikan nilai-nilai terasnya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka kemungkinan yang pelbagai di dunia.

Latar Belakang Bondee

Bondee by Metadream ialah platform sosial generasi seterusnya yang menghubungkan dimensi dalam talian dan luar talian dengan lancar, mengubah cara orang ramai berinteraksi dengan dunia sebenar dan menggalakkan mereka untuk melangkah keluar dan meneroka persekitaran mereka dengan cara yang terunggul. Dengan meluaskan dan memperkayakan cara pengguna mengekspresikan diri mereka secara kreatif, Bondee memberi inspirasi kepada penerokaan dunia sebenar dengan penuh keunggulan.

Source: BONDEE
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Personnel announcements