omniture

K&K Fashion bekerjasama dengan Appier tingkatkan automasi pemasaran dan cadangan diperibadikan

Appier
2023-08-08 13:30 179

Peningkatan ketara bagi kadar dan penukaran klik melalui pemperibadian berkuasa AI

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Appier mengumumkan keputusan kolaborasinya dengan K&K Fashion, peruncit e-dagang berpangkalan di Vietnam terkenal yang mengkhusus dalam pakaian pejabat wanita, menyasarkan untuk merevolusikan strategi penglibatan pelanggan jenama ini. Dengan mengintegrasikan awan pemperibadian AI Appier, AIQUA, K&K Fashion mencapai penambahbaikan yang ketara dalam automasi pemasaran dan interaksi pelanggan diperibadikan. Hasilnya, jenama fesyen Vietnam ini mengalami peningkatan yang luar biasa dalam kadar klik (CTR) dan kadar penukaran (CVR), lalu meningkatkan prestasi perniagaan keseluruhannya.

Pada tahun 2022, Vietnam menyaksikan lonjakan yang besar dalam hasil e-dagangnya, mencapai jumlah yang mengagumkan iaitu kira-kira AS$ 16.4 bilion. Penunjuk utama landskap e-dagang yang berkembang pesat di Vietnam terbukti daripada tinjauan 2022, yang mendedahkan bahawa lebih daripada 60 peratus pengguna internet di negara ini menerima aktiviti membeli-belah dalam talian, menyumbang kepada komuniti pembeli-belah dalam talian yang berkembang pesat. Tambahan pula, sektor e-dagang menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dalam perbelanjaan pengguna merentas pelbagai kategori produk, merangkumi barangan pengguna, media digital dan perjalanan dalam talian, menandakan trajektori yang cerah masa depannya untuk pasaran digital Vietnam[1].

Dengan pertumbuhan e-dagang yang pesat di Vietnam, K&K Fashion memulakan perjalanan transformasi digitalnya sendiri untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan memacu kesetiaan jenama yang lebih kukuh untuk meningkatkan prestasi perniagaannya.

Memperkasa penglibatan pelanggan diperibadikan

Ditubuhkan pada tahun 2010, K&K Fashion menjadi popular dengan pantas dalam kalangan pelanggannya untuk reka bentuknya yang inklusif, bahan-bahan berkualiti tinggi serta teknik-teknik sofistikated. Dengan 13 bilik pameran di seluruh Vietnam dan platform e-dagang yang berkembang pesat, jenama ini berusaha untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan menyesuaikan penawaran mereka mengikut keutamaan individu.

"Kami teruja dengan hasil daripada kolaborasi kami dengan Appier serta transformasi luar biasa yang dibawa olehnya kepada K&K Fashion. Kami merevolusikan strategi penglibatan pelanggan kami, membawa kepada penambahbaikan yang ketara dalam automasi pemasaran dan interaksi pelanggan terperibadi," kata Thanh Le Viet, Ketua Pegawai Eksekutif, K&K Fashion. "Impak daripada penyelesaian berkuasa AI Appier ke atas usaha pemasaran kami adalah sesuatu yang mengagumkan. Perkongsian kami dengan Appier benar-benar kolaboratif dan kami menghargai dedikasi mereka untuk memperbaharui tetapan platform berdasarkan kepada maklum balas kami dan keperluan yang berubah-ubah," simpul Thanh Le Viet. "Sejak tiga tahun yang lalu, Appier telah menjadi rakan kongsi yang tidak ternilai harganya, terus menyampaikan penyelesaian tersuai yang memperkasa K&K Fashion untuk kekal berada di barisan hadapan penglibatan pelanggan serta inovasi dalam landskap fesyen yang kompetitif."

K&K Fashion mengenal pasti dua objektif utama apabila mencari rakan kongsi automasi pemasaran: segmentasi audiens dipercepatkan serta penyampaian kandungan yang menarik dan tepat pada masanya merentas pelbagai saluran. Dengan keupayaan AI AIQUA yang canggih, K&K Fashion menemui penyelesaian yang sempurna untuk memenuhi matlamat mereka dengan berkesan.

Dengan memanfaatkan AIQUA, K&K Fashion memperibadikan pengalaman membeli-belah pelanggannya dengan cekap. Sistem berkuasa AI menganalisis data dan tingkah laku pelanggan untuk memberi cadangan produk terperibadi, seterusnya meningkatkan kemungkinan pembelian dengan ketara. Dengan melaksanakan ciri "Autopilot" AIQUA, K&K Fashion memaksimumkan CTR dan CVR dengan pemilihan dinamik model-model cadangan yang paling berkesan untuk setiap pelanggan.

Memacu kejayaan terulung

Impak AIQUA ke atas usaha pemasaran K&K Fashion telah berubah. Pelaksanaan cadangan produk diperibadikan merentas platform e-dagang mereka menjadikan tempoh sesi 236% lebih tinggi berbanding purata semua saluran manakala kadar penukaran adalah 150% lebih tinggi. Di samping itu, segmentasi berpandukan data AIQUA memperkasa jenama ini untuk menghantar cadangan produk yang relevan kepada kempen pemasaran emel, mencapai kadar penukaran emel yang luar biasa iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata industri.

Sejak tiga tahun yang lalu, K&K Fashion dan Appier telah memupuk hubungan yang kukuh dan kolaboratif. Appier terus memperbaharui tetapan platformnya berdasarkan kepada maklum balas K&K Fashion, lalu menghasilkan penambahbaikan yang berterusan dan penyelesaian disesuaikan yang memenuhi keperluan jenama yang berubah-ubah.

Dengan rekod kejayaan terbukti, K&K Fashion dan Appier bersedia untuk terus memacu inovasi dalam pemasaran diperibadikan pada masa sebenar. Perkongsian berkenaan telah membuahkan hasil yang luar biasa dan Appier komited untuk menyokong K&K Fashion dalam perjalanan mereka untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Latar Belakang K&K Fashion

Ditubuhkan pada tahun 2010, K&K Fashion ialah jenama fesyen wanita terkemuka yang terkenal dengan reka bentuk pakaian pejabatnya yang sofistikated. Dengan 13 bilik pameran di seluruh Vietnam dan platform e-dagang yang berkembang maju, jenama ini memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan yang pelbagai.

Latar Belakang Appier

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokratisasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat di seluruh APAC, Eropah dan A.S. serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut mengenai syarikat.

 

Source: Appier
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence