omniture

Huion Lancar Kempen Kembali ke Sekolah dengan Tawaran, Peraduan dan Hadiah Tiada Tandingan

Huion
2023-08-08 15:00 30

NEW YORK, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Huion, peneraju industri dan pembekal tablet lukisan digital serta produk-produk yang berkaitan, dengan sukacitanya mengumumkan permulaan kempen Kembali-ke-Sekolah (Back-to-School), menawarkan pelbagai tawaran, peraduan dan hadiah percuma untuk pelajar dan pengajar bagi meraikan semester baharu.


Huion memahami populariti tablet pen dan paparan pen yang semakin meningkat dalam bidang pendidikan serta pembelajaran kreatif. Lantaran itu, ia menyediakan penyelesaian mampu milik kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan seni digital, mencatat nota dan menyiapkan tugasan dengan mudah. Kini, pelanggan boleh menjimatkan sehingga 30% daripada pembelian mereka sepanjang acara ini.

Bagi mereka yang mengambil jurusan seni, bekerja dengan seni digital, animasi atau reka bentuk grafik, Huion mengesyorkan Kamvas Pro 16 (2.5K), Kamvas Pro 24 dan Kamvas Studio 16/24. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mahukan peranti mudah alih untuk belajar atau mengajar dalam talian dengan subjek-subjek seperti matematik dan kimia, maka Huion Note, Inspiroy 2 series dan Kamvas 12/13 merupakan pilihan terbaik untuk pengajaran interaktif, membuat anotasi dan menyiapkan tugasan.

Bersama-sama jualan itu, Huion turut menganjurkan permainan uji-peranan yang menarik, pameran ruang belajar dan acara pemberian hadiah melalui laman rangkaian sosialnya, seraya menjadikan kempen ini sebagai suatu perayaan dan temasya untuk semua peminat dan pengikut Huion.

Satu lagi aspek menarik daripada kempen ini ialah pertandingan melukis yang berkaitan dengan Hari Pertama Kembali ke Sekolah. Cabaran lerang manga empat-panel ini didatangkan dengan himpunan hadiah yang beraneka, bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memenangi beberapa hadiah menarik sekali gus mempamerkan bakat artistik mereka.

"Kami teruja untuk melancarkan kempen Kembali ke Sekolah kami dan menawarkan kepada pelajar serta pengajar dengan tawaran dan peluang terbaik untuk menunjukkan daya kreativiti mereka," kata seorang perancang kempen daripada Huion. "Kami berharap agar semua orang di serata dunia mendapat akses kepada alat-alat yang mereka perlukan untuk berjaya dan kami komited untuk menjadikannya suatu kenyataan."

Kempen Kembali ke Sekolah akan berlangsung mulai 8 Ogos hingga 8 September dan semua tawaran, peraduan serta hadiah percuma akan tersedia pada laman web serta platform media sosial Huion.

Latar Belakang Huion

Sebagai penyedia yang terkemuka bagi tablet dan aksesori lukisan digital, Huion menawarkan pelbagai jenis produk untuk artis dan pelajar. Menerusi komitmen kepada kualiti, kemampuan dan inovasi, Huion menjadi nama yang dipercayai dalam dunia seni digital.

Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai Huion dan produknya, sila kunjungi www.huion.com.

Source: Huion
Keywords: Art Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Education Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)