omniture

Kesan Positif Perkhidmatan Fintech Kepada Komuniti Yang Kurang Mendapat Akses Kewangan dan Perbankan

Boost
2023-08-08 18:17 48

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Akses kepada perkhidmatan kewangan adalah komponen asas dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Malangnya, sebahagian besar penduduk global, terutamanya di negara pasaran baru muncul, masih kurang mendapat perkhidmatan atau terpinggir daripada perkhidmatan kewangan formal. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor penghalang, seperti tidak layak kerana berpendapatan rendah, kekurangan akses fizikal kepada infrastruktur perbankan dan kurang celik kewangan.

Kurangnya keterangkuman kewangan juga akan menjejaskan kualiti hidup sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara. Kebanyakan mereka tidak mempunyai akaun bank dan berurusniaga secara tunai, menyukarkan mereka membina rekod kredit yang mana membolehkan akses kepada perkakasan kewangan formal untuk menjalankan urusniaga yang lebih besar.

Kebangkitan fintech menyediakan penyelesaian inovatif kepada permasalahan yang sudah lama wujud. Selain menjadikan syarikat lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan kewangan, ia juga membuka jalan kepada sistem kewangan yang lebih mudah diakses dan telus, terutamanya untuk segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan di Asia.

Penyelesaian fintech seperti kemudahan perbankan mudah alih dan kredit mikro, mewujudkan peluang baharu untuk PMKS. Penyelesaian ini sesuai bagi memenuhi keperluan penduduk yang kurang mendapat kemudahan perbankan kerana ia lebih mudah diakses, berpatutan dan lebih mudah daripada perkhidmatan perbankan tradisional, selain membolehkan berjuta-juta individu mengakses perkhidmatan kewangan untuk pertama kalinya.

Untuk tujuan ini, ekosistem pembayaran rentas sempadan Boost yang dikuasakan oleh Boost Connect menghimpunkan pengguna dan perniagaan yang kurang akses perbankan di rantau Asia dengan rangkaian penyelesaian kami. Boost telah melancarkan "Direct Carrier Billing" (DCB) merentasi berbilang operator mudah alih di seluruh Asia. DCB menyediakan pilihan pembayaran yang mudah, selamat dan boleh diakses lebih satu bilion pengguna untuk membuat pembelian hanya dengan mengecaj kos ke bil telefon bimbit mereka.

Penyelesaian inovatif yang dipanggil Stretch telah dibangunkan untuk menangani isu ini dengan menyediakan kemudahan pinjaman kredit untuk membolehkan pelanggan melengkapkan pembelian kandungan digital mereka dan membayar balik pinjaman dalam kitaran nilai prabayar seterusnya. Stretch juga membenarkan Credit Advance (Pendahuluan Kredit) melalui DCB, memberikan pelanggan pengalaman yang lancar dalam transaksi digital mereka.

Perniagaan pembiayaan mikro dikuasakan AI Boost, menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan untuk komuniti yang kurang mendapat akses perbankan di rantau ini. Penyelesaian pembiayaan mikro ini termasuk Invoice Financing untuk Pengedar, yang membolehkan pengedar membiayai invois kolektif mereka dengan membayar vendor terlebih dahulu; Supply Chain Financing untuk Rangkaian Peniaga, yang menyediakan pembiayaan pendahuluan kepada pengedar untuk membiayai pesanan inventori peniaga mereka; Capital X untuk Peniaga, yang menawarkan pinjaman modal kerja kepada perniagaan kecil untuk membantu mereka menguruskan keperluan aliran tunai jangka pendek mereka; Capital untuk Peniaga, yang menyediakan pinjaman modal kerja 12 bulan kepada perniagaan kecil yang dibayar balik melalui ansuran bulanan.

Secara keseluruhan, produk pembiayaan mikro ini membantu merapatkan jurang akses kepada kredit dan pembiayaan bagi penduduk yang kekurangan akses perbankan di rantau ini, daripada pengguna kepada PMKS. Memperkasakan kumpulan ini untuk mengembangkan perniagaan mereka, mencipta peluang pekerjaan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, Boost sebagai penggiat teknologi ke

Source: Boost
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology