omniture

Pembentukan Kerajaan Thai dalam Buangan diberikan Pertimbangan

Amsterdam & Partners LLP
2014-05-27 22:18 131

LONDON, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Berikutan pengumuman rampasan kuasa ketenteraan haram oleh Tentera Thailand pada hari Khamis, Robert Amsterdam, peguam bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra dan gerakan pro-demokrasi 'Baju Merah', menyatakan pertimbangan aktif sedang diberi kepada pembentukan kerajaan dalam buangan ekoran daripada rampasan kuasa haram yang dilakukan di Thailand oleh Jeneral Prayuth Chan-Ocha pada 22 Mei 2014. En. Amsterdam menegaskan semula yang tindakan junta tentera Thai itu adalah haram daripada semua segi dan dianggap sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang Thai dan antarabangsa. Satu-satunya organisasi di Thailand dengan mandat popular dan sah untuk mentadbir masih merupakan Parti Pheu Thai, berdasarkan kemenangan mereka yang tidak dapat disangkal lagi sewaktu pilihan raya am negara pada 3 Julai 2011.

"Rampasan kuasa tentera yang dilakukan oleh Tentera Thailand tidak mempunyai sebarang keabsahan. Tentera Thailand juga tidak memegang mandat daripada rakyat Thailand untuk mentadbir negara ini. Pihak yang benar-benar memegang mandat rakyat Thailand, yang dimenangi melalui pilihan raya yang bebas dan adil, kini sedang mempertimbangkan pembentukan kerajaan dalam buangan," kata En. Amsterdam.

En. Amsterdam juga membangkitkan persoalan penahanan haram penggiat pro-demokrasi yang kini sedang dikumpulkan oleh junta itu dengan menyatakan "Saya mengecam tindakan penahanan haram semua pemimpin politik di Thailand. Berdasarkan rekod hak asasi manusia yang diamalkan oleh Tentera Thailand, kami sangat risaukan keselamatan tahanan politik mereka, dan kami menggesa komuniti antarabangsa untuk kekal berwaspada."

En. Amsterdam juga menyatakan sebilangan kerajaan asing sudah pun melahirkan rasa kesanggupan mereka untuk menyokong kerajaan dalam buangan itu di bawah amalan dan undang-undang antarabangsa yang termaktub. Beliau menegaskan lagi yang Tentera Thailand tidak berhak untuk mentadbir negara dan tindakan itu telah menyalahi undang-undang tempatan serta antarabangsa.

"Tidak syak lagi, inilah rampasan kuasa ketenteraan yang haram dan mesti dihukum dengan sekeras-kerasnya menggunakan semua sekatan dan langkah diplomatik bagi memastikan keselamatan rakyat Thailand," kata Amsterdam.

Robert Amsterdam bertindak sebagai peguam antarabangsa untuk Barisan Nasional Bersatu bagi Demokrasi menentang Pemerintahan Diktator (UDD) Thailand. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://robertamsterdam.com/thailand.

SUMBER  Amsterdam & Partners LLP

Source: Amsterdam & Partners LLP
Keywords: Publishing/Information Service