SINGAPURA, 9 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Vectra AI, peneraju bagi pengesanan dan respons ancaman siber berpandukan AI, hari ini mengumumkan Vectra AI Platform dengan Attack Signal Intelligence™ berpaten untuk memberi isyarat bersepadu yang diperlukan oleh perusahaan untuk menjadikan pengesanan dan respons lanjutan (XDR) suatu kenyataan. Dengan Vectra AI Platform, Perusahaan dapat mengintegrasikan awan awam, identiti, SaaS dan isyarat rangkaian Vectra AI dengan isyarat pengesanan dan respons titik akhir (EDR) sedia ada untuk memperlengkapi pasukan SOC agar dapat seiring dengan kecanggihan, kelajuan dan skala serangan hibrid yang semakin berkembang.
Tanpa penyelesaian yang berkesan untuk penyerang hibrid termaju, pasukan keselamatan menghadapi rentetan keadaan bermasalah dengan lebih banyak permukaan serangan, kaedah penyerang yang semakin bersifat mengelak, lebih banyak amaran dan seterusnya, menambahkan lebih banyak beban kerja dan lesu upaya penganalisis SOC.
Kajian baru-baru ini mendapati bahawa 63% daripada penganalisis SOC melaporkan bahawa saiz permukaan serangan mereka meningkat sejak tiga tahun yang lalu dan 67% tidak mampu mengurus jumlah amaran harian yang diterima. Vectra AI Platform membolehkan pasukan keselamatan bergerak pada kelajuan penyerang hibrid moden untuk mengenal pasti tingkah laku yang tidak dapat dikenal pasti oleh alat-alat lain. Memanfaatkan kuasa AI untuk menganalisis tingkah laku penyerang dan meneliti, mengaitkan dan mengutamakan kejadian keselamatan secara automatik, Vectra AI Platform menyediakan isyarat bersepadu yang memberi kuasa kepada XDR.
"Bagi kami, hal ini adalah berkaitan dengan hasil, bukan sekadar akronim. Ia berkisarkan matlamat akhir, bukan definisi yang ditetapkan tentang cara untuk mencapainya," kata Jay DePaul, Ketua Pegawai Keselamatan Siber & Risiko Teknologi di Dun & Bradstreet. "Vectra AI membantu kami mencapai matlamat akhir, menghentikan musuh termaju, memodenkan operasi keselamatan kami dan akhirnya, meningkatkan kebingkasan siber kami."
Menurut Jon Oltsik, penganalisis terkenal dan felow Enterprise Strategy Group (ESG), "Tanpa mengira bagaimana XDR ditakrifkan, golongan profesional keselamatan berminat menggunakan XDR untuk membantu mereka mengatasi beberapa cabaran pengesanan dan respons ancaman. XDR kelihatan seperti pilihan yang menarik memandangkan alat-alat masa kini bergelut untuk mengesan dan menyelidik ancaman lanjutan, memerlukan kemahiran khusus dan tidak berkesan untuk mengaitkan amaran. Ringkasnya, CISO mahukan alat-alat XDR yang dapat meningkatkan kecekapan keselamatan, terutamanya berhubung pengesanan ancaman termaju. Di samping itu, mereka mahukan XDR memperkemas operasi keselamatan dan meningkatkan produktiviti kakitangan."
Mencapai Isyarat Bersepadu Merentas Permukaan Serangan Hibrid
Vectra AI Platform mengintegrasikan isyarat serangan natif dan pihak ketiga merentas domain awan hibrid termasuk AWS, Microsoft Azure, Google Cloud Platform, Microsoft 365, Microsoft Azure AD, semua jenis rangkaian dan titik akhir yang memanfaatkan alat pilihan Pengesanan dan Respons Titik Akhir (EDR) pelanggan.
"Pendekatan semasa terhadap pengesanan dan respons ancaman pada asasnya tidak lengkap memandangkan semakin banyak organisasi beralih kepada persekitaran hibrid dan pasukan keselamatan terus menghadapi kerumitan awan yang semakin meningkat, keletihan amaran dan lesu upaya penganalisis," kata Hitesh Sheth, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Vectra AI. "Sebagai pelopor bagi pengesanan dan respons ancaman berpandukan AI, platform terbaik dalam kelas kami menyampaikan isyarat bersepadu paling tepat merentas Perusahaan hibrid untuk menjadikan XDR suatu kenyataan pada skala yang pantas."
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vectra AI Platform.