omniture

Trina Solar dinamakan Pencapai Tertinggi Keseluruhan oleh RETC untuk kali keempat

Trina Solar Co., Ltd
2023-08-09 16:35 45

CHANGZHOU, China, 9 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar sekali lagi diiktiraf sebagai Pencapai Tertinggi Keseluruhan atas prestasi cemerlang modul siri Vertex N 700W dalam Laporan Indeks Modul PV 2023 RETC, yang diterbitkan baru-baru ini. Ini merupakan kali keempat Trina Solar diberi penghormatan dengan pengiktirafan berkenaan, menunjukkan contoh kepimpinannya dalam industri PV.


Laporan tahunan tersebut menilai produk-produk dari segi kualiti, prestasi dan keandalan, menyediakan rujukan untuk pihak berkepentingan mengenai produk berdasarkan kepada keputusan ujian perbandingan.

Dalam ujian keandalan, sesebuah syarikat dikatakan telah meraih Pencapaian Tinggi sekiranya degradasi kuasa produknya adalah kurang daripada -2%. Trina Solar diberikan Pencapaian Tinggi dalam Keandalan berhubung dengan kesemua urutan ujian: DH2000, PID, SDML dan TC 600. Prestasi bagi DH2000 adalah amat jelas, dengan modul siri Vertex N 700W menunjukkan degradasi serendah -0.87% dan -0.96%.

Tiada keraguan bahawa modul-modul dengan hasil tenaga yang lebih tinggi boleh memberi tahap keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur dan juga pengguna akhir. Trina Solar dianugerahkan Pencapaian Tinggi dalam Prestasi dengan prestasi yang cemerlang dalam PID dan LeTID. Ujian PID RETC adalah dua kali lebih ketat berbanding untuk IEC. Modul siri Vertex N 700W memiliki nilai degradasi hanya -0.59% dan -0.53% selepas ujian PID, jauh lebih baik daripada modul-modul ujian lain dan hanya menunjukkan degradasi sekitar -0.09% dan -0.17% selepas ujian LeTID RETC.

Dalam ujian kualiti, modul siri Vertex N 700W Trina Solar lulus ujian pembanting sepenuhnya dan menunjukkan prestasi yang sangat baik. Sebagai peneraju dalam industri PV, Trina Solar menjalankan kawalan kualiti yang ketat daripada peringkat reka bentuk dan dikhususkan untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan global.

Dinamakan sebagai Pencapai Tertinggi Keseluruhan menonjolkan usaha konsisten Trina Solar dalam mengekalkan nilai-nilai teknologi dan produknya ke standard tertinggi. Trina Solar telah menjadi pembekal yang amat dipercayai oleh pelanggan di seluruh dunia, menerusi pengiktirafan daripada institusi-institusi antarabangsa, termasuk dinamakan sebagai Pelaksana Terbaik selama sembilan tahun berturut-turut oleh PVEL, diberikan penarafan AAA tertinggi dalam tempoh lima tahun berturut-turut dalam laporan Keupayaan Menjana Keuntungan PV ModuleTech oleh PV Tech, dimasukkan ke dalam Senarai Pembuat Modul PV Tahap 1 berkali-kali oleh BNEF dan TÜV Rheinland bagi mengesahkan penggunaan selamat produknya dalam persekitaran marin, yang pertama dalam industri ini.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Survey, Polls & Research