omniture

Dengan Pelancaran Goodnotes 6, Goodnotes Menjadi Syarikat Kertas Digital Berkuasa-AI Pertama Dunia, Mengubah dan Memperbaiki Cara Orang Ramai Mencipta, Belajar, Bekerja dan Mencatat Nota Selama-lamanya

Goodnotes Limited
2023-08-09 18:00 6
  • Untuk kemas kini terbarunya, Goodnotes membina keupayaan tulisan tangan AI pertama seumpamanya seperti Spellcheck untuk nota tulisan tangan dan AI Math Assistance untuk persediaan ujian matematik
  • Goodnotes 6 turut merangkumkan ciri-ciri yang amat dinanti-nantikan seperti gerak isyarat dakwat umpamanya Scribble to Erase, templat dan folder yang boleh disesuaikan dan pasaran dalam-aplikasi baharu untuk alat tulis digital
  • Goodnotes akan melancarkan ciri-ciri revolusioner lain yang membolehkan pengguna mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kontekstual daripada nota mereka dalam masa terdekat

LONDON, 9 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Goodnotes, aplikasi kertas digital yang disukai untuk pengambilan nota dan Aplikasi iPad 2022 Terbaik Tahunan, mendedahkan Goodnotes 6, menerobos sempadan tulisan tangan dengan ciri-ciri sokongan AI baharu seperti Spellcheck (Semakan Ejaan) dan AI Math Assistance (Bantuan Matematik AI). Goodnotes 6 akan mengubah cara orang ramai berinteraksi dengan maklumat secara peribadi dan profesional.

Goodnotes sedang dalam misi untuk menghapuskan halangan untuk idea dan ilmu pengetahuan, agar pengguna dapat mencari semua keperluan pengambilan nota mereka dalam satu aplikasi, sama ada berkongsi, merancang, tidak buntu, memberi ilham kepada kreativiti atau belajar daripada pandangan serta bahan orang lain.

Goodnotes 6 meningkatkan pengalaman kertas digital dengan ciri-ciri terbarunya:

  • Spellcheck berkuasa-AI yang membetulkan kesilapan tulisan tangan serta merta dengan tulisan tangan milik pengguna sendiri
  • Bahan-bahan persediaan peperiksaan interaktif untuk SAT dan ujian terpiawai lain, dengan pembayang terbina dalam dan AI Math Assistance untuk mengenal pasti kesilapan
  • Pasaran dalam-aplikasi baharu yang mana pengguna boleh memuat turun templat baharu, nota lekat dan alat tulis digital terus dalam aplikasi
  • Templat dinamik yang membolehkan pengguna menyesuaikan saiz dan warna kertas digital dalam buku nota mereka, serta folder boleh disesuaikan
  • Gerak isyarat dakwat baharu seperti Scribble to Erase dan Circle to Lasso

"Pasukan kami berasa sangat teruja untuk membayangkan semula cara orang ramai berinteraksi dengan maklumat dan membawa inovasi sebenar kepada pengalaman pengambilan nota digital," kata Steven Chan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Goodnotes. "Kami teruja kerana akhirnya dapat meletakkan Goodnotes 6 di tangan pengguna kami, yang kami harap dapat merasakan keajaiban Goodnotes yang lebih pintar dan lebih menggembirakan dengan antara muka pengguna baharu kami dan ciri-ciri tulisan tangan AI kami yang pertama dalam industri."

Goodnotes bekerjasama dengan Motto, sebuah syarikat penjenamaan strategik global, untuk mendedahkan penjenamaan semulanya bersama-sama pelancaran Goodnotes 6. Penjenamaan semula ini menampilkan strategi jenama yang diperbaharui, identiti visual dan logo yang dikemas kini bagi menunjukkan keseronokan dan perjalanan pengambilan nota digital.

Goodnotes 6 boleh dimuat turun secara percuma pada iOS, iPadOS serta macOS dan boleh digunakan secara percuma untuk sehingga 3 buku nota. Rangkaian ciri penuh boleh didapati dengan buku nota tanpa had berharga RM 49.90 setahun atau RM 149.90 sebagai pembelian sekali sahaja. Dengan pembelian iPad baharu, pengguna layak mendapat potongan 50% untuk langganan tahun pertama Goodnotes 6.

Pengguna berbayar sedia ada GoodNotes 5 boleh terus menggunakan GoodNotes 5, atau menaik taraf kepada Goodnotes 6 pada harga diskaun. Goodnotes 6 akan terus disediakan secara percuma untuk institusi-institusi pendidikan melalui Apple School Manager.

Susulan keluaran Goodnotes 6 ini, Goodnotes akan terus melabur di dalamnya dan mencipta ciri-ciri pengambilan nota AI yang akan meningkatkan pengambilan nota itu sendiri dan membolehkan pengguna memanipulasi maklumat tulisan tangan dan ditaip dengan cara baharu.

LATAR BELAKANG GOODNOTES: 

Goodnotes ialah kertas digital AI terkenal yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dilancarkan pada tahun 2011, Goodnotes bermula sebagai satu penambahbaikan kepada nota kertas fizikal — memperkenalkan keupayaan untuk mencatat nota digital tulisan tangan, mencari teks tulisan tangan dan menyusun kesemuanya dalam pustaka digital. Hari ini, Goodnotes mempelopori AI generatif untuk tulisan tangan digital dalam bidang produktiviti. Baru-baru ini, Goodnotes dinamakan sebagai Aplikasi iPad 2022 Terbaik Tahunan Apple.

Source: Goodnotes Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Publishing/Information Service New products/services Artificial Intelligence