Jojo ialah enjin personalisasi berkuasa AI generasi baharu, yang meningkatkan kecekapan aplikasi ZCITY. Ia menggunakan ChatGPT untuk mengubahsuai pengalaman pengguna secara pintar bagi mengukuhkan pengekalan pelanggan dan kadar penyertaan pengguna.
NEW YORK dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Ogos 2023 /PRNewswire/ --Treasure Global Inc (NASDAQ: TGL) ("TGL", "Treasure Global," atau "Syarikat"), pembekal teknologi inovatif, telah mengumumkan bahawa integrasi pembantu chatbot AI berkuasa peribadi generasi baharu, Jojo, dalam aplikasi ZCITY milik Syarikat dan kini boleh diakses oleh pengguna.
Melalui enjin analisis data TGL dan integrasi ChatGPT, Jojo menggunakan artificial intelligence dan deep learning untuk mengesan pilihan peribadi para pengguna untuk mengesyorkan promosi dan produk yang ideal bagi mereka. ZCITY menggunakan AI ini untuk menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih personal untuk para penggunanya seperti perbelanjaan asas bulanan atau pembelian atas talian.
Selain itu, fungsi-fungsi tambahan lain dijangka dapat meningkatkan pengekalan pengguna dan menarik penyertaan pelanggan-pelanggan baharu untuk meningkatkan pendapatan, serta untuk para peniaga yang ingin mendapatkan data yang lebih teliti mengenai tingkah laku pengguna dan corak perbelanjaan. Chatbot AI ini juga turut menggunakan machine learning untuk memaksimakan perbelanjaan pengguna di samping membekalkan medium pemasaran yang tepat kepada peniaga-peniaga yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan kos yang efisien.
Seperti yang diumumkan pada Mei 2023, Chatbot AI ini dikuasai enjin analisis data TGL untuk menyediakan tawaran-tawaran istimewa berdasarkan pilihan dan sejarah pembelian pengguna, seperti resit yang pernah diimbas. Apabila fungsi chatbot diaktifkan, pengguna akan dapat menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi AI untuk bertanya tentang pelbagai cadangan gaya hidup dan hiburan, seperti pilihan restoran, tawaran beli-belah, dan lain-lain. Tidak kurang juga, Jojo boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan TGL dan aplikasi ZCITY, termasuk butiran-butiran kempen dan berita-berita terkini.
"Pengguna-pengguna hari ini inginkan ciri-ciri yang mudah dan cepat, dan ramai yang yang inginkan interface yang mempunyai AI peribadi untuk pelbagai aspek seharian teknologi mereka," kata Sam Teo, Ketua Pegawai Eksekutif TGL. "Ini adalah contoh lain bagaimana TGL menggunakan inovasi dan teknologi, bersama-sama dengan analisis data, untuk menyediakan para pengguna ZCITY dengan pengalaman pengguna ganjaran yang cemerlang. TGL sentiasa di hadapan, dengan konsisten untuk membangunkan penyelesaian tercanggih untuk setiap pengguna dan peniaga kami. Penambahan Jojo ke dalam aplikasi ZCITY kami adalah langkah seterusnya dalam visi dan strategi jangka masa panjang kami untuk mengembangkan platform digital kami ke pasaran Asia Tenggara dan Jepun. Dengan keupayaan AI canggih ini, Jojo akan berfungsi sebagai pemecah pasaran yang unik untuk aplikasi ZCITY, lebih unik berbanding pesaing dan menempatkan TGL sebagai peneraju dalam penyelesaian e-dagang yang dikuasakan AI."
Mengenai Treasure Global Inc
Treasure Global merupakan sebuah syarikat penyedia solusi Malaysia yang membangunkan platform teknologi berinovatif. Treasure Global telah membangunkan dua solusi teknologi: aplikasi ZCITY, satu ekosistem digital unik yang mengubah dan memudahkan pengalaman e-pembayaran untuk pengguna, dan pada masa yang sama membenarkan mereka untuk mendapatkan ganjaran; dan TAZTE, satu sistem pengurusan digital F&B yang menyediakan peniaga dengan penyelesaian pengurusan dan automasi sehenti untuk mendigitalkan perniagaan mereka. Treasure Global juga bertindak sebagai pemegang francais utama di Asia Tenggara untuk rantaian restoran yang popular, sambil menyediakan mereka dengan penyelesaian TAZTE. Setakat 31 Mac, 2023, ZCITY telah mempunyai lebih daripada 2,400,000 pengguna berdaftar.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila lawati https://treasureglobal.co/
Kenyataan Memandang Ke Hadapan
Hebahan akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan memandang ke hadapan yang diliputi dalam Seksyen 27A dari Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan Seksyen 21E dari Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Kenyataan memandang ke hadapan sedemikian dicirikan oleh kata kerja masa hadapan atau yang bersyarat seperti "mungkin," "akan," "menjangkakan," "berhasrat," "menjangka," "percaya," "menganggarkan" dan "meneruskan" atau perkataan yang serupa. Anda harus membaca kenyataan yang mengandungi perkataan ini dengan berhati-hati kerana mereka membincangkan jangkaan dan pelan masa hadapan, yang mengandungi unjuran hasil operasi atau keadaan kewangan masa hadapan atau menyatakan lain-lain maklumat memandang ke hadapan. Kenyataan memandang ke hadapan bukanlah jaminan terhadap prestasi masa hadapan, ia adalah berdasarkan kepada sesetengah andaian tertentu dan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui, kebanyakan daripadanya adalah di luar kawalan Syarikat, termasuk yang ditetapkan dalam seksyen Faktor Risiko dari kenyataan pendaftaran Syarikat dan prospektus untuk tawaran awam permulaan Syarikat yang difailkan dengan SEC. Salinan dokumen-dokumen ini boleh didapati di laman web SEC, www.sec.gov. Kenyataan memandang ke hadapan ini tidak boleh diramalkan atau dikuantifikasikan dan akibatnya, hasil sebenar mungkin berbeza secara material samada tersurat atau tersirat daripada kenyataan memandang ke hadapan sedemikian. Syarikat tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan ini untuk semakan atau perubahan selepas tarikh hebahan ini, kecuali dikehendaki oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Hubungan Pelabur A.S.
Phil Carlson
Komunikasi Strategik KCSA
Hubungan Pelabur Malaysia
Hubungan Media
Sue Chuah, Ketua Pegawai Pemasaran
Treasure Global Inc