omniture

UnionPay International Bekerjasama dengan Rangkaian Pembayaran Malaysia PayNet Promosikan Saling Kendali QR Rentas-Sempadan

UnionPay International
2023-08-09 22:01 64

SHANGHAI, 9 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, UnionPay International (UPI) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet, rangkaian pembayaran nasional Malaysia bersama-sama menandatangani satu perjanjian di Shanghai untuk mempromosikan penghubung kod QR rentas-sempadan dan membolehkan penerimaan penuh UnionPay App (versi tanah-besar-Cina, Hong Kong dan Macau) dan aplikasi-aplikasi bank tanah-besar-Cina disambungkan ke UnionPay App Network Payment Platform pada pedagang-pedagang QR di Malaysia. Atas dasar itu, kedua-dua pihak akan berusaha untuk membolehkan penerimaan dompet berkuasa UnionPay yang lain pada pedagang-pedagang QR di negara berkenaan serta dompet yang digunakan oleh pelanggan Malaysia pada pedagang-pedagang QR UnionPay global. Sehingga kini, UnionPay International telah menjalin kerjasama saling kendali dengan rangkaian-rangkaian kod QR tempatan di Korea, Sri Lanka, Kemboja dan Vietnam.

Sebagai pengendali DuitNow QR yang ditetapkan, standard kod QR nasional Malaysia, PayNet bekerjasama dengan semua pedagang QR di negara berkenaan yang berjumlah lebih satu juta. Melalui kolaborasi ini, pedagang-pedagang ini dapat menawarkan perkhidmatan kepada pemegang kad UnionPay tanpa sebarang adaptasi sistem atau kod QR. Pelanggan boleh membuat bayaran QR dengan UnionPay App (versi tanah-besar-Cina, Hong Kong dan Macau) atau aplikasi-aplikasi bank tanah-besar-Cina yang disambungkan ke UnionPay App Network Payment Platform. Pada masa akan datang, pedagang QR yang baru mendaftar di Malaysia akan menyokong dompet berkuasa UnionPay seperti yang ditentukan lebih awal.

En. Cai Jianbo, Presiden China UnionPay dan Pengerusi UnionPay International, berkata bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bank-bank pusat kebanyakan negara Asia Tenggara telah membangunkan sistem pembayaran mereka sendiri dan mempromosikan sambungan dua-dua pada rangkaian pembayaran kod QR. Perkongsian ini menandakan pelaksanaan pertama model saling kendali pembayaran QR rentas-sempadan UnionPay di rantau ASEAN. Selain itu, kerjasama dengan PayNet adalah amat penting untuk kedua-dua pihak: pengguna Cina yang melawat Malaysia akan dapat menggunakan produk pembayaran QR UnionPay yang mereka tahu benar demi pengalaman berbelanja yang lebih baik. Pada masa depan, penduduk Malaysia boleh membuat bayaran melalui dompet PayNet dengan mudah pada pedagang-pedagang QR UnionPay di seluruh dunia.

UnionPay, bergantung pada kelebihannya menerusi standard, teknologi, perkhidmatan dan bidang-bidang lain, telah mempercepatkan pelaksanaan penyelesaian pembayaran Saling Kendali Rangkaian QR yang menyokong penggunaan bersama produk UnionPay dan dompet luar negara pada rangkaian luar negara. Melalui model kerjasama perniagaan yang inovatif ini, rangkaian pembayaran luar negara dapat meningkatkan keupayaan perkhidmatan mereka untuk pengguna antarabangsa dengan kos yang rendah dan kecekapan tinggi.

Tatkala perjalanan rentas-sempadan disambung semula secara berperingkat-peringkat, UnionPay aktif mempercepatkan pengembangan perkhidmatan pembayaran mudah alih yang berkualiti tinggi untuk lebih ramai penduduk tempatan, menyediakan pilihan yang lebih beraneka untuk penggunaan tempatan, dalam negara dan rentas-sempadan. Baru-baru ini, Aplikasi bank digital OCBC mengakses rangkaian UnionPay, bagi membenarkan penduduk Singapura menggunakan Aplikasi bank arus perdana tempatan mereka secara langsung untuk mengimbas kod bagi membuat bayaran di China. Pengguna OCBC hanya perlu memohon kad maya UnionPay dalam aplikasi itu, yang boleh digunakan pada rangkaian kod QR UnionPay. Setakat ini, lebih daripada 20 dompet di 8 negara rantau ASEAN menyokong kod QR UnionPay.

Pada masa ini, kad UnionPay diterima di 180 negara dan wilayah di luar Tanah Besar Cina, meliputi lebih daripada 63.5 juta pedagang dalam talian dan dalam-kedai, yang melaluinya lebih daripada 16 juta pedagang turut menyokong kod QR UnionPay atau pembayaran QuickPass. Ketika ini, UPI mempromosikan lebih daripada 170 dompet di lebih 30 negara dan wilayah, menjadi daya penggerak penting untuk penyetempatan perniagaan. Dijangkakan bahawa menjelang akhir tahun ini, akan terdapat 200 dompet luar negara yang menyokong perkhidmatan pembayaran mudah alih UnionPay dan bilangan pengguna yang berpotensi dijangka melebihi 600 juta.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts Financial Technology Cloud Computing / Internet of Things