omniture

Shanghai Electric Serahkan Kumpulan Pertama Produk VRFB ke Eropah

Shanghai Electric
2023-08-10 08:19 65

ZARAGOZA, Sepanyol, 10 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Energy Storage Technology Co., Ltd. ("Shanghai Electric Energy Storage" atau "Syarikat") mengumumkan penyempurnaan ujian penerimaan kilang untuk peralatan bateri aliran vanadium redoks (VRFB) yang kini dalam perjalanan ke Zaragoza, Sepanyol bagi projek storan tenaga komersial, menjadikannya kali pertama Shanghai Electric menyerahkan produk bateri alirannya kepada rakan kongsi Eropah secara pukal.

Shanghai Electric Delivers the First Batch of VRFB Products to Europe.
Shanghai Electric Delivers the First Batch of VRFB Products to Europe.

Di bawah perjanjian dengan rakan kongsi tempatan di Sepanyol, yang merupakan sub-kontrak keenam yang ditandatangani oleh Shanghai Electric dengan penyedia penyelesaian storan tenaga berpangkalan di Sepanyol, Shanghai Electric Energy Storage akan membekalkan produk VRFB ditempah khas untuk projek-projek tenaga boleh baharu tempatan. Kerjasama kedua-duanya menunjukkan kebolehsuaian pasaran bagi penyelesaian bateri aliran Shanghai Electric serta keupayaannya untuk menyampaikan produk buatan khas bagi membantu negara-negara Eropah mempercepatkan langkah ke arah peralihan tenaga.

Sementara itu, Shanghai Electric dan rakan-rakan kongsi tempatan turut berbincang mengenai reka bentuk pelbagai projek sistem, yang merangkumi pembekalan sistem dan produk bekas standard. Kedua-dua syarikat juga merancang untuk bekerjasama berhubung pembinaan projek-projek berskala-MW.

Teknologi storan tenaga merupakan salah satu asas bagi revolusi tenaga boleh baharu, memainkan peranan penting dalam mempermudah pencapaian sasaran rendah-karbon dunia. Shanghai Electric, dengan rekod prestasi jangka panjangnya dalam pembangunan teknologi tenaga baharu, merupakan perintis yang menerobos sempadan penyelesaian bateri, menerajui inovasi untuk produk VRFB bagi meningkatkan keandalan, kelestarian dan kemampuan sumber kuasa boleh baharu.

Pada tahun 2023, Shanghai Electric mencapai kejayaan penting dalam bidang teknologi storan bateri menerusi pelancaran sistem storan tenaga 500kW/3000kWj, penyelesaian baharu yang mewakili kejayaan penting dalam pembangunan teknologi bateri aliran vanadium redoks (VRFB). Dengan menaik taraf faktor bentuk, fungsian dan prestasi VRFB, Shanghai Electric telah membuka kemungkinan baharu untuk storan tenaga boleh baharu, memperkasa China dan selanjutnya untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil serta menyumbang kepada masa depan yang lebih bersih dan lebih lestari.

Sistem ini menggunakan tindanan berkuasa tinggi, berprestasi tinggi 65 kW yang merupakan tindanan tunggal terbesar yang dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan China. Bateri 500 kW ini menampilkan konfigurasi 4s2p, menjadikannya modul tunggal terbesar antara bateri-bateri aliran tempoh panjang di China. Kecekapan sisi-DC sistem ini melebihi 85%, dengan kecekapan tenaga keseluruhan mencecah 90%, lalu mengurangkan kos elektrik bagi setiap kWj kepada RMB 0.2 (USD 0.028).  

Dengan elektrolitnya yang mengandungi air dan garam tak organik, sistem ini mampu beroperasi pada suhu dan tekanan normal tanpa risiko bahaya mudah terbakar atau meletup, menawarkan 20,000 kitaran cas dan nyahcas, tanpa pengurangan kapasiti dalam jangka hayatnya.

Ia dibangunkan sebagai sistem storan tenaga jangka masa panjang yang berkuasa tinggi untuk projek-projek tenaga angin dan PV solar, dengan strukturnya yang boleh diperluaskan membantu menjimatkan 50% penggunaan tanah. Modul ini mudah diangkut, cepat dipasang dan digunakan serta sesuai untuk lokasi-lokasi dengan julat suhu -30 hingga 60 darjah Celsius dan keadaan persekitaran yang sukar.

Dilengkapi dengan teknologi pengurusan bateri canggih yang dikuasakan oleh visualisasi kembar digital dan teknologi operasi, status operasi sistem ini dipantau dan dioptimumkan dengan tepat oleh algoritma pintar yang memaksimumkan perlindungan bateri, mencapai O&M pintar dan menjamin keandalan jangka panjang produk.

Inovasi perintis Shanghai Electric dalam VRFB membolehkan kumpulan ini merangkul Anugerah Jenama Inovasi Teknologi Industri Storan Tenaga China dan Anugerah Jenama Bateri Storan Tenaga China pada tahun 2023. Dua pengiktirafan ini menonjolkan kepimpinan teknologi kumpulan ini dalam storan tenaga dan keupayaannya untuk membangunkan produk VRFB termaju yang dapat memenuhi keperluan masa depan sektor tenaga baharu.

Tahun 2023 turut menyaksikan Shanghai Electric dan China Vanadium Energy Storage Technology bersama-sama memulakan pembinaan stesen storan tenaga VRFB 100 MW/600 MWj di Baicheng, Wilayah Jilin. Shanghai Electric Energy Storage bersedia untuk menyediakan produk VRFB hijau, menjimatkan dan cekap serta penyelesaian bersepadu bagi membantu menyahkarbonkan ekonomi tempatan sekali gus memperkukuh pembangunan industri tenaga baharu Jinlin.

Tatkala Shanghai Electric Energy Storage terus berinovasi untuk teknologi bateri dan meluaskan kehadiran pasaran globalnya, Syarikat ini tetap memberi tumpuan untuk menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian tenaga yang andal dan mampan. Selaras dengan komitmen ini, Syarikat ini akan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memajukan lagi pembangunan teknologi storan tenaga, meningkatkan keselamatan dan kelestarian alam sekitar produk dan perkhidmatannya serta mengusahakan inovasi untuk memperkasa dunia bagi mengurangkan jejak karbonnya dan menggalakkan masa depan yang lebih hijau buat semua.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts New products/services