omniture

"Kemudahan Air Paling Progresif di Afrika" Raih Anugerah Air Industri Stockholm 2014

Stockholm International Water Institute
2014-05-28 18:15 111

DAKAR, Senegal dan STOCKHOLM, 28 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Unit Air & Sanitasi eThekwini, sebahagian daripada Majlis Perbandaran Durban di Afrika Selatan, dipilih sebagai penerima Anugerah Air Industri Stockholm tahun 2014 bagi pendekatannya yang transformatif dan menyeluruh dalam menyediakan perkhidmatan air dan sanitasi.

"Pengiktirafan ini mencerminkan usaha seluruh pasukan kami selama 22 tahun yang lalu dan merupakan penghormatan yang tinggi untuk kami semua di Durban," ujar Neil Macleod, ketua Air dan Sanitasi eThekwini.

Perlembagaan Afrika Selatan dari tahun 1996 yang dipuji sebagai model bagi rangkuman hak sosial, melindungi hak manusia terhadap air. Kerajaan tempatan telah ditugaskan untuk melaksanakannya. Tidak lama kemudian, Durban, salah satu pusat bandar utama negara ini telah meluaskan sempadan pentadbirannya bagi merangkumi 3.5 juta individu, sebilangan mereka tinggal di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan serta mempunyai pelbagai cabaran hebat yang melibatkan air dan sanitasi. Majlis perbandaran eThekwini telah membuat keputusan untuk mengatasi cabaran tersebut dengan sedaya-upaya.

Dalam tempoh 14 tahun lalu, 1.3 juta individu lagi di rantau besar Durban telah berjaya dihubungkan dengan air paip manakala 700,000 individu pula telah disediakan kemudahan tandas. Capaian kepada sanitasi dan bekalan air asas telah disediakan secara percuma untuk keluarga miskin, sementara perkhidmatan dan penggunaan yang lebih tinggi akan dikenakan kos penuh.

Unit Air dan Sanitasi eThekwini ialah peneraju usaha mencari penyelesaian sosial dan teknikal, salah satu contohnya ialah turbin mini yang dipasang di dalam paip di kawasan lereng bukit yang curam, memanfaatkan tekanan berlebihan bagi menjana tenaga elektrik untuk grid ketegangan rendah di bandar ini.

Hasilnya ialah salah satu kemudahan air dan sanitasi paling progresif di dunia.

"eThekwini telah menerajui pendekatan untuk menyediakan air yang mencukupi bagi menampung kehidupan manusia, seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan Afrika Selatan yang kini disertakan dalam dasar negara. Kaedah yang digunakan dan keputusan yang diperoleh unit Air dan Sanitasi eThekwini menjadi contoh yang hebat bagi kebanyakan komuniti di seluruh dunia yang menghadapi cabaran yang serupa," seperti yang dinyatakan oleh juri Anugerah Air Industri Stockholm (SIWA) dalam pujiannya.

Unit Air dan Sanitasi eThekwini akan menerima Anugerah Air Industri Stockholm dalam majlis yang berlangsung pada 2 September, sempena Minggu Air Sedunia di Stockholm. Anugerah tersebut disampaikan setiap tahun oleh Institut Air Antarabangsa Stockholm, bagi memberi penghormatan kepada sumbangan sektor perniagaan terhadap pengurusan air yang mampan.

Bagi mendapatkan siaran akhbar penuh, foto serta video: http://www.siwi.org/siwa2014

SUMBER  Institut Air Antarabangsa Stockholm

Source: Stockholm International Water Institute
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Awards