omniture

Satu Pencapaian Penting | REPT BATTERO dan VENA ENERGY Tandatangani Perjanjian Rangka Kerja Terokai Pengembangan Rantaian Bekalan Tenaga Boleh Baharu Indonesia

REPT BATTERO
2023-08-10 08:30 56

JAKARTA, Indonesia, 10 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- REPT BATTERO dan syarikat tenaga boleh baharu VENA ENERGY telahpun menandatangani secara rasmi perjanjian rangka kerja untuk meninjau peluang bagi mewujudkan talian pengeluaran tempatan untuk komponen-komponen storan tenaga di Indonesia. Komponen-komponen ini juga bertujuan untuk menyokong projek mega hibrid VENA ENERGY di Kepulauan Riau yang kini sedang dibangunkan, yang akan membawakan projek storan tenaga berskala besar 8GWj. Kolaborasi yang amat penting ini menandakan pemeteraian rasmi perkongsian strategik antara kedua-dua Syarikat, ditetapkan untuk memacu pengembangan rantaian bekalan dan infrastruktur tenaga boleh baharu Indonesia dan dalam masa yang sama turut menggalakkan promosi global dan penggunaan tenaga boleh baharu.

REPT BATTERO and VENA ENERGY have officially signed a framework agreement
REPT BATTERO and VENA ENERGY have officially signed a framework agreement

Dengan sokongan daripada barisan kepimpinan kerajaan Indonesia, perkongsian antara REPT BATTERO dan VENA ENERGY bertujuan untuk menyediakan Indonesia dengan bekalan tenaga bersih yang mampan, cekap dan stabil, seterusnya melakar kemajuan penting dalam mengurangkan emisi karbon. Diperkasa oleh teknologi termaju dan penyelesaian inovatif, REPT memainkan peranan penting dalam menerapkan revolusi tenaga hijau global dengan momentum yang kuat, mendorong pelbagai negara ke arah sistem tenaga yang mementingkan alam sekitar dan mampan.

The signing ceremony in Indonesia was successfully completed
The signing ceremony in Indonesia was successfully completed

"Kami berbesar hati dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, En. Rachmat Kaimuddin, Timbalan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur dan Pengangkutan bagi menyaksikan penandatanganan Perjanjian Rangka Kerja yang penting ini. VENA ENERGY telah menyokong Indonesia dalam perjalanan transformasi tenaga hijaunya sejak tahun 2015, mentauliahkan lima projek solar dan angin daratan yang berjumlah 114 MW. Dengan Perjanjian Rangka Kerja ini, kami bermatlamat untuk membuat sumbangan yang besar kepada pembangunan rantaian bekalan domestik yang produktif dalam sektor tenaga boleh baharu, yang akan menyokong rancangan peralihan tenaga Indonesia dan meningkatkan ekonomi tempatan dengan mencipta peluang pekerjaan, mendorong pengembangan industri dan membuka peluang eksport dalam sektor ekonomi yang semakin berkembang ini," kata Nitin Apte, Ketua Pegawai Eksekutif VENA ENERGY. "Kami berterima kasih kepada Kerajaan Indonesia atas sokongannya yang berterusan dan kami berharap dapat mempercepatkan matlamat jangka panjangnya untuk mencapai rendah karbon dan kebingkasan iklim."

"Seperti yang kita sedia maklum Indonesia dan banyak negara merancang untuk mencapai Keneutralan Karbon menjelang tahun 2060 dan sedang beralih daripada tenaga konvensional kepada tenaga bersih. Di Pameran Solartech Jakarta dan Pameran SNEC Shanghai, REPT bukan sahaja menunjukkan produk dan penyelesaian bateri kami yang berkualiti tinggi, bahkan turut memaparkan kes dan strategi kami yang berjaya untuk menyokong Keneutralan Karbon Global dan Pembangunan Mampan. 10 tahun telah berlalu sejak Inisiatif Jalur dan Jalan dicadangkan pada tahun 2013. Kerajaan dan Perusahaan China membawa semakin banyak faedah kepada rakyat di Negara-negara sepanjang inisiatif itu. REPT ingin melakukan yang terbaik untuk turut menyumbang," kata Dr. Hui Cao, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif REPT BATTERO. "Dari masa ke masa, kami percaya bahawa kami dapat membina kerjasama yang hebat, mencapai kejayaan yang hebat dan mencipta masa depan yang hebat bersama-sama!"

LATAR BELAKANG VENA ENERGY

Misi VENA ENERGY adalah untuk mempercepatkan peralihan tenaga di seluruh rantau Asia-Pasifik melalui pembangunan penyelesaian tenaga boleh baharu yang mampan dan berpatutan yang menyampaikan faedah-faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang berkekalan kepada komuniti hos dan pihak berkepentingan kami. Setakat Disember 2022, mereka memiliki, membangunkan, membina, mengendalikan, mengurus dan mengkomersialkan portfolio tenaga boleh baharu projek-projek Angin dan Solar Daratan, Angin Luar Pesisir serta Storan Tenaga Pegun dan Boleh Diangkut yang berjumlah 43 GW, menerusi kehadiran tempatan yang luas dengan kira-kira 900 pekerja merentas 77 pejabat korporat dan pejabat lapangan di rantau Asia Pasifik.

LATAR BELAKANG REPT BATTERO

REPT BATTERO Energy Co., Ltd. (disingkatkan sebagai REPT BATTERO), ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan perusahaan pertama yang dilaburkan oleh TSINGSHAN Industry dalam bidang tenaga baharu. Berdasarkan kekayaan sumber lombong nikel TSINGSHAN, REPT BATTERO memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta penjualan bateri kuasa dan aplikasi peringkat-sistem dan menawarkan penyelesaian yang berkualiti tinggi untuk BEV dan storan kuasa pintar. Pada tahun 2022, REPT merupakan antara syarikat bateri storan tenaga 5 Teratas bagi penghantaran global dan No.2 bagi penghantaran bateri storan tenaga utiliti domestik. Syarikat ini berada di landasan untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan kepada lebih 150 GWj pada tahun 2025. Sila kunjungi Laman Web dan LinkedIn kami untuk maklumat lanjut.

Laman Web: www.chinarept.com 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/reptbattero/ 

Source: REPT BATTERO
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts