omniture

AIMS, Penyokong Rasmi Kejohanan AFF B23 di Thailand

AIMS
2023-08-10 09:00 29

LABUAN, Malaysia, 10 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- AIMS diumumkan pada hari ini sebagai Penyokong Rasmi Kejohanan AFF B23 (AFF U23 Championship) 2023 yang akan berlangsung di Rayong, Thailand mulai 17 hingga 26 Ogos 2023.

Aims, Official Supporter of AFF U23 Championship in Thailand.
Aims, Official Supporter of AFF U23 Championship in Thailand.

Kejohanan AFF B23 2023 menampilkan 10 pasukan kebangsaan lelaki bawah-23 tahun negara ASEAN: Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Ia mendahului Kelayakan Piala Asia AFC B23 2024 dan acara bola sepak Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022.

Aaron Chang, Ketua Pegawai Eksekutif AIMS berkata, "Kami berbesar hati dapat menjadi penyokong rasmi Kejohanan AFF B23 2023 yang berprestij, satu kejohanan belia yang penting di rantau ini. Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, kami percaya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan teruja untuk menyokong pembangunan sukan bola sepak di peringkat belia melalui penajaan ini."

Kejohanan AFF B23 2023 dijadualkan bermula pada 17 Ogos 2023, dengan perlawanan pembukaan yang mengujakan antara tuan rumah Thailand dan Myanmar di Stadium Rayong. AIMS Group teruja untuk menjadi tuan rumah kepada pelanggan kami yang disegani dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlawanan jam 8:00 malam pada 18 Ogos 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Wilayah Rayong. Acara yang menarik ini akan turut disiarkan secara langsung di Facebook melalui halaman rasmi kami, menampilkan aktiviti-aktiviti dalam talian yang berkaitan dengan AFF.

Bagi menambahkan keterujaan, kami menganjurkan cabutan bertuah Facebook yang menarik, menawarkan peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah yang hebat, termasuk Sony Playstation 5 bernilai AS$500 dan pelbagai ganjaran menarik yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan yang mendebarkan ini!

Seluruh acara akan disiarkan secara langsung melalui saluran dan platform Astro di seluruh rantau ini dan selanjutnya, bagi memastikan peminat sukan bola sepak di seluruh dunia dapat menyaksikan semua aksi dan bersorak untuk pasukan kegemaran mereka. Sertai kami bagi meraikan semangat sukan bola sepak di Kejohanan AFF B23 2023!

Untuk maklumat lanjut mengenai AIMS Group dan penajaan Kejohanan AFF B23 2023, sila kunjungi www.aimsfx.com & www.aimscap.com atau ikuti akaun media sosial mereka di FacebookInstagram dan Tiktok.

Latar Belakang AIMS Group

AIMS ialah broker kewangan yang terkenal di seluruh dunia yang menawarkan produk serta perkhidmatan dagangan premium dengan ketelusan dan teknologi dagangan inovatif di negara-negara berbeza. Setakat ini, AIMS berada di Australia, Dubai, Indonesia, Hong Kong, tanah besar China, Thailand, India, Afrika dan Sepanyol. AIMSCAP pula berada di Malaysia, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Korea. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.aimsfx.com Ikuti kami di Linkedin

Source: AIMS
Keywords: Banking/Financial Service