omniture

Syarikat Penerbangan Baharu Arab Saudi Menandatangani Perjanjian Penajaan Sukan Pertamanya dengan Kelab Bolasepak Terkemuka Sepanyol

Riyadh Air
2023-08-10 22:38 0

- Riyadh Air, syarikat penerbangan Arab Saudi bertaraf dunia yang diterajui digital dan Atlético de Madrid, kelab bola sepak Sepanyol dan Eropah terkemuka mengumumkan kerjasama bersejarah
- Perjanjian berbilang tahun akan menyaksikan Riyadh Air sebagai penaja utama dan rakan kongsi syarikat penerbangan yang rasmi
- Syarikat penerbangan ini akan terus mendedahkan pencapaian utama menjelang penerbangan pertamanya pada 2025

MADRID, 10 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat penerbangan Arab Saudi bertaraf dunia yang baru dilancarkan, Riyadh Air dan kelab bola sepak terkemuka Sepanyol, Atlético de Madrid hari ini menandatangani kerjasama berbilang tahun yang menamakan syarikat penerbangan ini sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan utama yang rasmi bagi kelab bolasepak Merah dan Putih ini. Kerjasama ini menandakan peristiwa penting bagi kedua-dua pihak dan merupakan penajaan sukan pertama yang telah ditandatangani oleh Riyadh Air sejak pelancaran rasminya pada 12 Mac 2023.

Tony Douglas, CEO of Riyadh Air, and Miguel Ángel Gil, CEO of Atlético de Madrid, display the new team kit.
Tony Douglas, CEO of Riyadh Air, and Miguel Ángel Gil, CEO of Atlético de Madrid, display the new team kit.

 

Sebagai sebahagian daripada pencapaian bersejarah ini, syarikat penerbangan berpangkalan di Arab Saudi ini akan menjadi penaja utama dan rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi bagi kelab Atlético de Madrid sebagai sebahagian daripada perjanjian berbilang tahun. Selain Riyadh Air ditampilkan pada kit pasukan, kerjasama strategik ini akan menghimpunkan dua entiti yang berkongsi minat terhadap kecemerlangan, inovasi dan akan membolehkan syarikat penerbangan dan kelab ini menjangkau jutaan peminat di seluruh dunia.

Syarikat penerbangan baharu ini, yang beribu pejabat di Riyadh iaitu ibu negara Kerajaan Arab Saudi, baru-baru ini memeranjatkan dunia dengan mendedahkan salah satu pesawat uniknya semasa acara Paris Air Show pada bulan Jun 2023. Ia dijadualkan akan mula operasi pada tahun 2025, menghubungkan ibu negara Kerajaan Arab Saudi ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia menjelang 2030. Sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan natif secara digital, Riyadh Air akan mempelopori teknologi dan inovasi baharu sambil menawarkan tetamu dengan layanan baik Arab Saudi yang asli dan mesra.

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Riyadh Air sebagai penaja utama kelab kami yang baharu," kata Miguel Ángel Gil, Ketua Pegawai Eksekutif Atlético de Madrid. "Kerjasama ini menandakan peluang yang baik untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada peminat kami di seluruh dunia dan saya yakin bahawa pakatan dengan Riyadh Air ini akan meningkatkan kelab kami ke tahap yang lebih tinggi."

"Ia adalah hari yang sangat menarik untuk Riyadh Air kerana kami dapat menjalin kerjasama jangka panjang dengan Atlético de Madrid, salah satu kelab terhebat di Eropah, untuk menjadi rakan kongsi syarikat penerbangan utama mereka yang rasmi," kata Tony Douglas, Ketua Pegawai Eksekutif Riyadh Air. "Kami percaya bahawa kerjasama ini adalah padanan yang sempurna, oleh kerana kedua-dua Riyadh Air dan Atletico berkongsi komitmen yang sama terhadap kecemerlangan dan semangat untuk menghubungkan manusia dan budaya di seluruh dunia. Syarikat penerbangan ini mencipta gelombang di peringkat global apabila kami baru-baru ini melancarkan liveri yang menakjubkan dan dengan kerjasama ini, kami sekali lagi mengejutkan dunia ketika kami bergerak menuju ke arah penerbangan sulung kami pada tahun 2025. Kami berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan rakan-rakan kami di Atlético de Madrid untuk menyampaikan pengalaman yang inovatif dan menarik untuk peminat dan pengembara bola sepak."

Secara bersama-sama, Riyadh Air dan Atletico Madrid akan mentakrifkan semula masa depan kerjasama sukan, menetapkan standard baharu untuk kolaborasi dan inovasi dalam dunia bola sepak.

Tentang Riyadh Air 

Riyadh Air ialah sebuah syarikat penerbangan bertaraf dunia yang dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF). Dilancarkan pada Mac 2023, syarikat penerbangan ini akan menjadi sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang diterajui secara digital, mengguna pakai amalan kelestarian dan keselamatan terbaik global merentasi kumpulan pesawat canggihnya. Riyadh Air akan melengkapkan pesawatnya dengan ciri termaju dan terkini dengan dalaman dan pengalaman kabin yang inovatif dan terbaik dalam kelasnya, termasuk sistem hiburan dalam penerbangan digital generasi seterusnya dan penyelesaian ketersambungan. Riyadh Air akan menghubungkan tetamu ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia menjelang 2030 melalui penawaran pengalaman tetamu yang luar biasa dengan layanan mesra Arab Saudi yang tulen sebagai terasnya. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami: www.riyadhair.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183336/Riyadh_Air.jpg?p=medium600

Source: Riyadh Air
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Sports Travel Licensing/marketing agreements