omniture

Sel i-TOPCon jenis-n pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran Trina Solar di Qinghai

Trina Solar Co., Ltd
2023-08-11 12:50 69

CHANGZHOU, China, 11 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Sel i-TOPCon jenis-n 210mm pertama telahpun dikeluarkan di taman sifar-bersih Trina Solar di wilayah Qinghai pada 1 Ogos, menandakan pengeluaran besar-besaran kapasiti sel i-TOPCon jenis-n 5GW. Ia merupakan satu kejayaan bagi susun atur bersepadu teknologi jenis-n Trina Solar, yang mencakupi seluruh rantaian bekalan industri dengan jongkong, wafer, sel dan modul.

Sel yang dikeluarkan di kilang Qinghai menggabungkan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n yang dikeluarkan oleh Trina Solar pada bulan Mei. Menerusi inovasi pemancar boron terpilih dan struktur TOPCon berdop tinggi dengan PECVD, kecekapan sel dapat mencecah 26%. Modul siri Vertex N 700W, dilengkapi dengan sel i-TOPCon jenis-n 210mm, menampilkan kuasa tinggi, kecekapan tinggi, hasil tenaga tinggi, keandalan tinggi dan LCOE rendah serta menawarkan pulangan lebih tinggi dan nilai lebih besar kepada pelanggan.

Platform teknologi produk 210mm, dicirikan oleh keterbukaan dan pemikiran ke hadapan, akan menerajui dengan teknologi canggih, meningkatkan kecekapan sel hingga 30%. Trina Solar telah memimpin industri fotovolta menuju era 600W+ dengan teknologi produk 210mm. Menerusi teknologi jenis-n 210mm, Trina Solar akan terus menerajui industri ini dalam era teknologi jenis-n.

Dengan sokongan daripada teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n dan penyepaduan kapasiti pengeluaran jongkong, wafer, sel dan modul, susun atur jenis-n bersepadu Trina Solar diperkukuh dan dinaik taraf. Menjelang akhir tahun kapasiti pengeluaran sel Trina Solar dijangka mencecah 75GW, termasuk 40GW sel jenis-n, kesemuanya dilengkapi dengan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n.

Dengan kilang-kilang sel dan modul jenis-n syarikat ini yang mula beroperasi secara berturut-turut sejak akhir tahun 2022, seperti kilang sel jenis-n 8GW di Suqian, kilang modul jenis-n 10GW di Changzhou dan kilang modul jenis-n 10GW di Huai'an, kesemuanya di Jiangsu, penyerahan modul jenis-n Trina Solar yang lancar dijamin selanjutnya.

Trina Solar melaksanakan pelbagai amalan sifar-bersih bagi mencapai pembangunan mampan, termasuk operasi, rantaian nilai dan pengurusan produk. Di taman perindustriannya di Qinghai, Trina Solar akan menggabungkan kekuatan teknologi dan perindustriannya dengan sumber-sumber Qinghai bagi membina sistem tenaga yang stabil dan mesra alam.

Berpegang teguh kepada misi "Tenaga solar untuk semua" dan komited untuk menjadi peneraju global bagi penyelesaian tenaga solar pintar, Trina Solar bukan sahaja memfokuskan pada pembangunan hijaunya sendiri, bahkan turut mencari rakan kongsi global bagi mengusahakan strategi pembangunan mampan, membangunkan rantaian nilai sifar-bersih dan mencipta ekosistem hijau.

  

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services