omniture

GDS Lancar Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya di Johor, Malaysia, Memacu Ekonomi Digital di Asia Tenggara

GDS
2023-08-11 14:07 21

Dengan memanfaatkan strategi SIJORI di Singapura, Malaysia dan Indonesia,
GDS bermatlamat untuk membolehkan rantau ini menjadi hab pengkomputeran AI bertaraf dunia

JOHOR BAHRU, Malaysia, 11 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- GDS, pemaju dan pengendali pusat data berprestasi tinggi yang terkemuka, meraikan pembukaan besar-besaran Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya pada hari ini di Johor, Malaysia. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor; En. William Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS; En. Dan Newman, Ketua Pegawai Kewangan GDS; Cik Jamie Khoo, Ketua Pegawai Operasi GDS serta para tetamu lain untuk menyaksikan peristiwa penting dalam sejarah GDS ini.

The ceremony was attended by YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Investment, Trade and Industry (left 3); Mr. William Huang, Chairman and CEO of GDS (right 3); YB Lee Ting Han, Johor State Investment, Trade and Consumer Affairs Committee Chairman (right 2); Mr. Dan Newman, CFO of GDS (left 2); Ms. Jamie Khoo, COO of GDS (right 1); and Mr. Jimmy Yu, Senior Vice President of GDS (left 1).
The ceremony was attended by YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Investment, Trade and Industry (left 3); Mr. William Huang, Chairman and CEO of GDS (right 3); YB Lee Ting Han, Johor State Investment, Trade and Consumer Affairs Committee Chairman (right 2); Mr. Dan Newman, CFO of GDS (left 2); Ms. Jamie Khoo, COO of GDS (right 1); and Mr. Jimmy Yu, Senior Vice President of GDS (left 1).

Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya GDS, turut dikenali sebagai Kampus Pusat Data NTP GDS, merupakan pusat data pertama yang dilancarkan oleh GDS di Asia Tenggara. Fasa 1 kampus ini (terdiri daripada pusat data Nusajaya 1, 2, 3 atau NTP 1, 2, 3) mempunyai jumlah keluasan lantai bersih 22,500 meter persegi, berserta jumlah kapasiti kuasa IT sebanyak 69.5 MW. Kampus ini menggabungkan reka bentuk hijau termaju dan dikuasakan oleh penyelesaian Smart DC yang paling inovatif daripada GDS, bagi membolehkan penghantaran pantas dalam 14 bulan NTP1 dan memastikan operasi berkecekapan tinggi dan rendah-karbon.

William Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS menyatakan keterujaan beliau mengenai pengembangan syarikat ini di Asia Tenggara dengan berkata, "Sebagai pengusaha pusat data yang pertama dan satu-satunya yang mengenal pasti rantau SIJORI sebagai lokasi strategik untuk penempatan pusat data, GDS menikmati kelebihan penggerak pertama yang signifikan dan memiliki kepakaran industri yang luas. Bagi mencipta sinergi, kami berusaha dengan aktif untuk membina ekosistem dengan menarik minat rakan kongsi yang strategik dan pelanggan daripada sektor AI serta industri-industri teknologi tinggi yang lain. Kami yakin bahawa kampus pusat data NTP kami akan berfungsi sebagai pemangkin untuk perjalanan rantau ini ke arah menjadi hab pengkomputeran AI yang bertaraf dunia."

GDS Nusajaya Tech Park Data Center Campus is officially launched. The campus incorporates advanced green designs and is powered by GDS' most innovative Smart DC solution.
GDS Nusajaya Tech Park Data Center Campus is officially launched. The campus incorporates advanced green designs and is powered by GDS' most innovative Smart DC solution.

Dalam era AI, perjalanan pendigitalan di Asia Tenggara memacu lonjakan permintaan terhadap infrastruktur digital yang mantap. GDS menempatkan secara strategik pusat datanya di bandar-bandar utama dalam rantau SIJORI, merangkumi Singapura, Johor di Malaysia dan Wilayah Kepulauan Riau di Indonesia. Dengan memanfaatkan kelebihan kompetitif lokasi-lokasi ini, GDS berkedudukan unik untuk menerajui pendigitalan seluruh rantau SIJORI, lalu memenuhi permintaan digital yang semakin meningkat dalam era berpandukan AI ini.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, "Projek-projek Pusat Data seperti Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya GDS sangat sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) Malaysia yang akan datang, salah satu misinya adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang rancak secara digital. Selain daripada mengesahkan lagi kaliber Malaysia yang semakin meningkat sebagai destinasi pelaburan utama untuk pusat data, mereka turut membuka jalan untuk PMKS bagi memanfaatkan lebih banyak peluang digital dan untuk mencipta pekerjaan berasaskan pengetahuan yang bergaji lebih tinggi. Dengan bahagian pasaran pusat data Malaysia diunjurkan berkembang pada kira-kira 16% (atau USD2.08 bilion) setiap tahun dari tahun 2021 hingga 2026, Malaysia benar-benar bersedia untuk menyerlahkan potensi tanpa had yang ditawarkan oleh transformasi digital. Ini pastinya akan meningkatkan semangat rakyat dan perniagaan kami, sekali gus menekankan komitmen negara kami terhadap inovasi digital, kemampanan dan pertumbuhan ekonomi masa depan."

"Susulan langkah GDS, kami telah menyaksikan kemasukan syarikat-syarikat gergasi teknologi yang terkemuka ke Taman Teknologi Nusajaya. Jelas bahawa kelebihan geografi Johor yang luar biasa telah menjadi magnet yang hebat untuk syarikat-syarikat teknologi," kata YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Beliau menambah, "Kami bersyukur atas sumbangan GDS kepada ekonomi digital kami dan menghargai kesediaan mereka untuk mewujudkan bersama persekitaran mesra perniagaan bersama kami. Kami percaya usaha bersama kami akan terus menarik pelaburan, mendorong inovasi dan memacu pertumbuhan di rantau ini."

Datuk Wira Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Investment Development Authority (MIDA), memuji pelancaran Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya oleh GDS, mengulas, "MIDA berbesar hati dapat menyaksikan peristiwa penting ini, yang merupakan langkah penting ke arah mendorong negara kami untuk berada di barisan hadapan dalam era digital ini. Malaysia ialah lokasi pilihan untuk peneraju-peneraju industri seperti GDS menempatkan pusat data terbaik dalam kelas mereka. Komitmen GDS benar-benar selari dengan Dasar Pelaburan Baharu kami demi memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan, mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memangkinkan perjalanan transformasi digital negara ini. Projek ini akan mewujudkan ekosistem rancak yang menggalakkan kolaborasi serta pembangunan penyelesaian termaju."

GDS Nusajaya Tech Park Data Center Campus (Phase 1)
GDS Nusajaya Tech Park Data Center Campus (Phase 1)

Satu laporan terkini yang diterbitkan oleh Cushman & Wakefield mengenal pasti Malaysia sebagai salah satu pasaran pusat data utama di Asia Tenggara. Dengan sumber yang banyak dan dasar kerajaan yang menguntungkan, negara ini sudah bersedia untuk menerima pelaburan dalam infrastruktur pusat data. GDS, sebagai penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan pusat data yang selamat dan andal, merebut peluang ini untuk berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri serta mewujudkan persekitaran mesra perniagaan. GDS komited untuk memenuhi keperluan pusat data rantau ini yang mendesak dan memperkasakannya untuk memainkan peranan penting dalam ekonomi digital global.

Latar Belakang GDS Holdings Limited

GDS Holdings Limited (NASDAQ: GDS; HKEX: 9698) ialah pemaju dan pengendali pusat data berprestasi tinggi yang terkemuka di China dan Asia Tenggara. Kemudahan-kemudahan Syarikat ini terletak secara strategik di hab ekonomi utama di mana permintaan terhadap perkhidmatan pusat data berprestasi tinggi tertumpu. Syarikat ini turut membina, mengendalikan dan memindahkan pusat data di lokasi-lokasi lain yang dipilih oleh pelanggannya bagi memenuhi keperluan mereka yang lebih luas. Pusat data Syarikat ini memiliki keluasan lantai bersih yang besar, kapasiti kuasa yang tinggi, ketumpatan dan kecekapan serta berbilang lewahan dalam semua sistem yang kritikal. GDS ialah pembawa dan neutral-awan, yang membolehkan pelanggannya mengakses rangkaian telekomunikasi utama serta PRC terbesar dan awan awam global yang dihoskan di banyak kemudahannya. Syarikat ini menawarkan ko-lokasi dan suit perkhidmatan bernilai tambah, termasuk perkhidmatan awan hibrid terurus melalui sambungan persendirian terus ke awan awam utama, perkhidmatan rangkaian terurus dan apabila diperlukan, penjualan semula perkhidmatan awan awam. Syarikat ini memiliki rekod prestasi penyampaian perkhidmatan selama 22 tahun, memenuhi dengan jayanya keperluan beberapa pelanggan terbesar dan paling mendesak untuk perkhidmatan pusat data bersumber luar di China. Kumpulan pelanggan Syarikat ini sebahagian besarnya terdiri daripada penyedia perkhidmatan awan hiperskala, syarikat internet besar, institusi kewangan, pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan IT selain sektor swasta domestik yang besar dan juga syarikat mutlinasional.

Source: GDS
Related Stocks:
HongKong:9698 NASDAQ:GDS
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Corporate Expansion Data Analytics Artificial Intelligence